Ketenangan yang menghilang dari jiwa seorang lelaki. Jeff juga rasa lesu dan tidak bermaya selepas berpisah dengan orang yang dicintai. Tanpa Maya, Jeffry memilih untuk menenggelamkan diri dengan pekerjaan. Dia berharap hatinya mampu pasrah dan redha kerana itu adalah keinginan daripada Maya. Soal hati bukanlah perkara mudah apatah lagi merayu manusia.
Bagi Jeffry tahap cinta yang tertinggi ialah apabila kita masih mencintai namun sanggup melepaskan tetapi bodohnya dia kerana dia lupa bahawa cinta bukan hanya bersandarkan kepada komunikasi semata-mata. Cinta itu tentang kepercayaan dan kefahaman. Mana mungkin Maya akan kembali menjadi milik Jeffry jika dia sendiri merobohkan keyakinan terhadap pasangannya dan tidak memahami hati seorang perempuan.
Kali ini Jeffry benar-benar terperosok dalam gaung penyesalan. Tiada jalan keluar dan tiada tangan yang menghulur bantuan. Dia sendiri meratap rasa sesal yang tiada penghujung.
"Jeff!" Marina menjerit manja. Kedatangan Marina memang sudah dijangka.
Mentang-mentanglah perempuan itu rapat dengan ibunya, Marina membuat tempat kerja Jeffry sebagai hak milik peribadi. Datang dan pergi bila-bila masa sahaja yang dimahukannya. Kalau dengan Maya dulu tidak pernah sekalipun Maya mengambil kesempatan walaupun Jeffry merupakan pemimpin organisasi pengurusan Resort Bayu.
"Kenapa setiap kali Rina datang mesti muka Jeff monyok. Jeff tak suka Rina datang ke?" Muncung Marina sudah sedepa setiap kali merajuk.
Lihatlah dunia! Beginilah sikap Marina yang membuatkan Jeffry rasa rimas dan serabut. Kepala otaknya bukan dikhaskan untuk melayan gelagat Marina.
"So what? Kau yang jadi penyebab aku putus dengan Maya." Selar Jeffry tanpa berlapik.
"Oh my god! Jeff nak salahkan Rina? Kenapa tak salahkan diri sendiri? Dengan perempuan hodoh pun kena tinggal. Entah-entah dia ada lelaki lain dekat luar sana."
"Jaga sikit mulut kau, Rina. Aku masih bersabar lagi sekarang ni." Geraham terkacip dan saling berlaga.
Marina ketawa setiap kali mereka beradu pandang. Dia paling tidak suka lelaki berlagak suci seperti Jeffry.
"Kalau Rina tak jaga mulut Rina, Jeff nak buat apa? Hmm?" Perempuan berpakaian gaun mini itu semakin berani mendekat. Jari telunjuk dilalukan ke dada bidang Jeffry yang berbalut kemas dengan kemeja.
Riak wajah lelaki itu serta-merta berubah. Lelaki, apalagi yang nak diharapkan? Godaan wanita seperti itupun sudah luluh. Mahu bercakap soal setia? Soal percaya dan soal cukup hanya seorang wanita? Usah bermimpilah! Marina kenal bagaimana nafsu lelaki bekerja. Walaupun sudah berpunya tetapi mata masih lagi menatap wanita lain yang lebih jelita. Jadi salahkah Marina dalam hal ini? Marina kah yang menjadi punca perpisahan Jeffry dan Maya?
"See? Jangan salahkan orang lain kalau puncanya bermula dari diri sendiri." Tika Marina membisikkan kata-kata itu, rahang tajam Jeffry dibelai asyik.
"Kau bukan Maya. Dan sampai bila-bila pun kau takkan dapat gantikan dia."
Marina menyeringai sinis. Jeffry ini terlalu percaya diri. Dia fikir Marina merapatinya untuk berlutut mengemis cinta lelaki itu lagi? Kelakar. Tanpa wang dan status, Jeffry bukanlah sesiapa di mata Marina.
"Ruginya Maya tinggalkan Jeff. Mesti sekarang dia pura-pura move on dan cari lelaki-lelaki baru. Tapi kan sejak dua menjak ni Rina dengar cerita tak best pasal Maya. Dia kan tak cantik, mustahil lah orang nak bagi dia tawaran berlakon. Rina dengar dia dapat tawaran berlakon tu sebab dia jual badan dia. Apa pendapat Jeff? Kalau dulu Jeff tolong bagi duit dekat Maya tak mustahil sekarang ni dia merayu dengan cara macam tu untuk dapat tawaran berlakon."
YOU ARE READING
Popstar
RomanceMaya Asmara & Naseem Bahar Maya cuma mangsa keadaan. Mangsa kekejaman skeptikal masyarakat yang mengagungkan kecantikan.