t i g a p u l u h e n a m

57 34 10
                                    

Tiga tahun kemudian...

Dalam masa tiga tahun sahaja, macam-macam sudah berlaku. Kes-kes sosial yang berlaku dalam dunia artis juga bukanlah perkara baharu. Saban waktu ada sahaja isu yang timbul. Kes curang, kes cerai dan pelbagai lagi gosip melingkari dunia hiburan.

Walaupun dunia hiburan sedang hangat dengan gosip-gosip tersebut, di Cakerawala Productions pula keadaan masih aman tenteram. Barangkali kerana tampuk kepimpinan produksi tersebut yang memilih untuk berdiam diri dan menolak daripada menjadi sorotan media.

Selama tiga tahun jugalah, lelaki yang mendapat jolokan pengarah genius itu tidak mengeluarkan sebarang filem mahupun drama baru. Ramai yang menyoal namun si pemilik nama Naseem Bahar tidak dapat memberikan jawapan.

Sesekali Naseem merenggangkan badan sambil meraup anak rambutnya ke belakang. Draf papan cerita yang terpapar pada skrin tablet itu masih tidak berubah selama tiga tahun. Bukan Naseem tidak mencuba, tetapi kotak fikirannya seakan terbantut. Idea untuk filem dan drama baru seperti tidak dapat dihasilkan langsung walau dia sudah mencari ilham dengan melancong ke serata tempat. Agaknya inilah yang dinamakan idea block.

"Hai, abang!" Girang suara seseorang menyapa dari muka pintu pejabatnya.

Si manis dalam balutan pakaian kasual rona kuning cerah itu mula mendekati meja kerja Naseem.

"Ya, hai." Respon Naseem senada. Tenaganya sudah habis untuk bersosial dan berinteraksi dengan manusia. Asbab itu jugalah dia telah memberitahu kepada pekerjanya supaya membatalkan semua temu janji dan tidak membenarkan sesiapa untuk menemuinya kecuali jika ada hal kecemasan. Namun demikian, kemunculan Tengku Nizareen ke biliknya bukanlah hal kecemasan.

"Abang Nas macam tak happy je jumpa Reen? Reen kacau abang ke?" Suara Tengku Nizareen terus berubah sayu menggamit simpati si abang tiri.

"It's not like that, Reen. Abang gembira, cuma penat sikit. Jadi kenapa Reen nak jumpa abang hari ni?" Naseem membuat alasan sebelum mengalih topik pembicaraan mereka.

Tengku Nizareen melebarkan senyuman seraya melabuhkan duduk di kerusi. Dua buah skrip di tangannya diletakkan di hadapan Naseem.

"Reen nak minta bantuan abang check skrip ni. Sebenarnya Reen dah buat pilihan, tapi Reen nak tahu pendapat abang juga."

"Okey." Skrip dibelek tetapi Naseem cuma membaca bahagian tertentu sahaja untuk memahami alur cerita sementara Tengku Nizareen menanti dengan penuh sabar.

"Skrip ni bagus. Abang kenal Encik Tahir. Dia offer Reen watak apa?"

"Side character. Sebab itu Reen nak pilih skrip kedua. Abang kenal kan Daim Tan Sri Mokthar? Dia pengarah Loveless."

Naseem mencapai pula skrip 'Loveless'. Helaian pertama dibaca teliti sehinggalah sampai ke helaian skrip terakhir. Ada sebab kenapa Naseem bertindak sebegitu.

"Abang rasa lebih baik kalau Reen pilih skrip drama Encik Tahir." Nyata Naseem selepas selesai menilai kedua-dua skrip.

"Reen sebenarnya berat hati nak terima skrip Encik Tahir tu sebab dia offer watak sampingan dekat Reen. Kalau Daim pula, dia sendiri yang pujuk Reen untuk jadi watak utama."

"Reen memang ada hak untuk buat keputusan sendiri tapi lepas abang baca skrip arahan Daim, abang rasa skrip dia tak bermoral. Setiap adegan mesti ada bed scenes, sentuh sana sini. Watak yang dia offer kepada Reen penuh dengan ayat-ayat double meaning berunsurkan soft porn."

Tengku Nizareen mencebik tanda tidak senang mendengar nasihat itu. Kalau diikutkan memang dia akan memilih skrip Encik Tahir kalau pengarah tua itu menawarkan watak utama kepadanya. Mana mungkin dia nak berlakon sebagai watak pembantu sahaja.

PopstarWhere stories live. Discover now