e n a m

90 24 0
                                    

Kad perniagaan ditangannya direnung. Hati Maya masih berbolak-balik untuk menghubungi nombor telefon itu. Dia bulatkan tekad dan menyentuh ikon panggilan. Nombor telefon yang tertera di kad diisi ke pad panggilan.

"Helo, selamat petang. Saya Maya. Saya dapat nombor ni dari business card. Dan lelaki yang bagi kad bisnes ni dekat saya ada pesan kalau saya nak bekerja dalam bidang seni, saya boleh call nombor di kad ni." Maya mengemam bibir selepas panjang huraiannya diberi sampai tidak sempat pihak si hujung talian membalas sapaannya.

"Pardon? Who is it? Maya? I dont recall knowing someone named Maya." Lelaki yang di hujung talian bersuara. Maya menjadi gabra pula. Bimbang dia ditipu dan dipersalahkan.

"Maaf encik. Saya dapat kad perniagaan ni dari seorang lelaki yang menginap dekat Bayu Resort. Saya pernah terserempak dengan dia, dan dia berikan saya kad bisnes ni lepas saya pulangkan dompet Hermes warna coklat yang dia tertinggal."

"Hmm... Hermes awak kata? Still, I don't know who you are and how you can get my digits." Lelaki tersebut masih dengan keraguan.

"Maaf encik. Mungkin saya silap tapi dekat business card ni ada nombor encik dan nama syarikat agensi, Cakerawala Productions. Lelaki yang jatuh macam hantu ngengsot tu bagi kad ni. Saya betul-betul tak tipu." Balas Maya. Spontan dia teringatkan peristiwa yang memalukan lelaki itu.

Lama pengganti hantu ngensot itu diam di hujung talian sebelum Maya mendengar bunyi berdehem. Kalau lelaki di hujung talian masih menidakkan dia akan tamatkan segera panggilan. Mungkin dia telah ditipu oleh lelaki yang menginap di Bayu Resort itu.

"Wait, hang on. Saya rasa saya ada bagi dekat seseorang my personal business card. Do you have time like right now? If you do, let's meet. Do you drink coffee? Any kind of coffee?"

"Yes. Im available now. I do drink any kind of coffee. Kat mana encik nak jumpa?"

"Dekat PD, Kafe Meown. Don't be late." Pinta lelaki di hujung talian dan panggilan terus terputus tanpa meminta diri.

Mulut Maya ternganga. Dia yang kehairanan cuma mampu menatap skrin telefon pintarnya. Agak aneh tapi Maya tiada pilihan lain selain akur dan bersetuju. Lagipun sampai bila lagi dia nak terus menganggur dan cuma bekerja separuh masa di resort milik keluarga Jeffri.

Pintu almari pakaian dibuka. Skirt midi biru pastel paras betis menjadi pilihan, digayakan dengan blaus putih. Pakaian yang dibalut ke tubuhnya itu diperagakan di hadapan cermin. Mungkin untuk pertemuan kali pertama ini dia perlu tampil lebih formal.

"You can do this, Maya!" Ayat-ayat semangat dilaungkan kepada diri sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"You can do this, Maya!" Ayat-ayat semangat dilaungkan kepada diri sendiri.

Sumpah debaran yang dia rasa makin bertambah. Aplikasi Geraksapu dibuka. Tidak sampai lima minit, sudah tersedia kereta yang memberi perkhidmatan pengangkutan.

PopstarWhere stories live. Discover now