e m p a t

71 28 0
                                    

Selipar yang penuh dengan pasir itu dikibas-kibas. Maya mencuci kaki dengan air pantai. Angin bayu yang meniup lembut pipinya menerbitkan senyuman manis Maya. Alam selalu berjaya memujuk Maya untuk melupakan kesedihan. Angin yang memeluk tubuh, pantai membiru yang enak dilihat mata dan pasir yang dipijak semuanya mengubah suasana hati menjadi lebih baik.

Laluan gigi air menjadi tempat Maya berjalan. Sesekali ombak menolak air ke darat dan selipar Maya turut basah terkena air pantai.

"Maya."

"Hmm." Sahut Maya masih fokus merenung cengkerang yang merata di pasir pantai.

"Aku mintak maaf. Malam tu memang aku dah janji nak jumpa kau. Tapi Marina tiba-tiba telefon aku minta tolong belikan dia ubat. Dia kata tak nak menyusahkan mama dengan papa korang."

Maya mengeluh. Kenapa semua orang di sekelilingnya suka menyebut nama Marina. Adakah di depan Marina, namanya pun disebut juga?

"Jeff, kita dah kenal berapa lama?" Maya lontarkan persoalan yang berselirat dari benak kepalanya.

"15 tahun. Aku kenal kau dari sekolah rendah lagi." Jeffri memberi jawapan sambil jemarinya menyelitkan anak rambut Maya yang ditolak angin ke belakang telinga gadis itu.

"Kau kenal Marina berapa tahun?"

"Aku kenal kau dulu sebelum aku kenal Marina dan sekarang kau dan aku ada hubungan yang istimewa. Aku harap sangat kau tak salah faham. Antara aku dengan Marina memang tak ada apa-apa lagipun aku cuma anggap dia sekadar kawan. Aku suka kau dari kita kecil lagi. You're my childhood crush." Jelas Jeffri.

Penerangan Jeffri membuatkan Maya terharu. Kalaulah mama dan papa juga seperti Jeffri, pasti hidup Maya lebih ceria.

"Jeff, terima kasih sebab banyak tolong aku." Tangan Jeffri digenggam erat.

Banyak perkara yang dia terhutang budi dengan lelaki itu. Jeffri yang juga merupakan anak kepada pemilik Bayu Resort di Port Dickson dan juga Bayu Hotel di Kuala Lumpur itu sering menghulurkan bantuan kepada Maya dari segi tenaga mahupun emosi. Betapa Maya cukup bertuah dan berasa bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang sudi menerima dirinya apa adanya.

"Terima kasih je? Kau tak sayang aku?" Tanya Jeffri dan Maya berdehem.

"Hmm." Bunyian fonik itu terkeluar dari peti suara Maya.

"Jawablah betul-betul aku tak dengar. Kau sayang aku ke tak?" Pinta Jeffri kali ini nadanya tidak main-main, kelihatan serius memandang Maya.

"Sa...sayang." Terhambur juga pengakuan Maya. Jeffri sudah bantai gelak. Dia suka melihat wajah Maya yang sedang malu itu.

"Janganlah gelak." Maya yang ingin memarahi Jeffri bertukar fikiran bila dia melihat figura Marina dari jauh yang seakan-akan sedang mengintip dia dan Jeffri.

"Jom, kita ke sana." Jari dituding ke arah pohon rendang yang kelihatan redup. Maya tidak mahu tingkah mereka terus diawasi secara langsung oleh Marina.

Tanpa menyiakan peluang yang tersisa, Jeffri pantas mengejar Maya. Sengaja nak mengusik gadisnya itu. Pasangan kekasih itu saling berkejaran di gigi pantai dengan gelak tawa dan bibir yang kekal tersenyum bahagia.

Marina membuka kaca mata hitamnya. Perilaku pasangan kekasih yang disaksikannya itu cuma dipandang jijik. Dia tidak suka gadis hodoh dan buruk rupa seperti Maya diberi kasih sayang sebegitu. Botol krim pelindung matahari dipicit ke tapak tangan. Krim berwarna kuning pucat itu kemudiannya dilumurkan ke seluruh muka dan lengan.

"Eee panas nak mampus. Kena pakai banyak kalau tak jadi hitam macam Maya." Monolog Marina sendiri.

"Eh , Marina!" Suara Datin Safya jelas tidak dapat menyembunyikan rasa teruja.

"Datin!" Marina sudah berlari anak menghampiri Datin Safya yang berdiri berdekatan meja makan restoran milik wanita kaya itu.

"Hish datin apanya, panggil auntie je." Sakat Datin Safya. Suka betul dia melihat raut wajah jelita Marina.

"Yelah auntie." Marina tergelak kecil.

"Duduk, duduk. Auntie belanja." Pelawa wanita yang pemurah itu.

"Thank you auntie. Lama auntie tak datang sini, Marina rindu sangat-sangat. Hari tu sebenarnya nak singgah rumah auntie dekat KL. Tapi busy tak sempat nak curi masa."

"Tak apa Rina. Auntie faham sangat. Lagipun Marina sekarang kan famous. Kalah artis hot Malaysia." Usikan Datin Safya itu disambut dengan gelak ketawa Marina.

"Auntie ni sengaja usik Rina. Marina tak famous pun auntie. Biasa-biasa je." Kata Marina sengaja merendah diri di hadapan ibu kepada Jeffri itu.

"Biasa apanya, ramai yang minat kamu. Auntie sampai paksa kawan-kawan auntie supaya undi kamu tau."

"Auntie, thank you so much. Baiknya auntie." Marina membuat riak muka terharu.

Mempunyai hubungan rapat dengan orang yang berpangkat bukanlah suatu hal yang mudah. Puas dia cuba mengambil hati kenalan kaya akhirnya Datin Safya terbuka hati untuk melayannya dengan baik.

"Rina sihat ke? PA auntie ada juga lapor dekat auntie pasal kejadian di lobi stesen TV haritu."

"Rina okey je, auntie jangan risau. I'm always strong." Marina lebarkan senyuman. Nampaknya Maya telah membuat satu kesalahan yang besar. Di gelak jahat di dalam hati.

"Auntie selalu tertanya-tanya every single time. What's wrong with Maya? She's your real sister but she treats you and tolak you macam tu? Auntie pelik sedangkan kamu berdua ni adik-beradik tapi perangai 180 darjah lain."

Datin Safya menggeleng kepala. Hubungan percintaan Jeffri dengan Maya pun tidak direstuinya tapi Jeffri tetap berkeras dan mengugut untuk berhenti menguruskan Bayu Resort jika hubungan mereka tidak direstui. Kerana terpaksa, Datin Safya terpaksa membiarkan sahaja.

"Auntie, Rina tak terasa hati pun dengan Maya. Maybe time tu dia nak cepat dan tolak Rina tanpa sengaja. Walaupun dia tak minta maaf, Rina dah maafkan Maya. Sampai bila-bila Maya tetap adik Rina." Marina bersorak di dalam hati.

Ayat yang terpacul dari bibirnya itu jelas penuh kepura-puraan untuk menampakkan dirinya sebagai seorang malaikat dan kakak yang baik hati.

Datin Safya merenung Marina lama. Pandangan sayu seorang wanita yang sudah bergelar ibu.

"You're too kind to live in this cruel world, Marina. Tapi ingat, auntie dah anggap Rina macam anak auntie sendiri. Kalau ada apa-apa perkara terjadi terus mengadu dekat auntie. I know how to handle orang yang sengaja sakitkan hati Rina."

"Baiknya auntie. Thank you. Rasa macam ada mak kedua pula." Marina peluk erat tubuh wanita kehormat itu.

Bibir Marina terbias senyuman sinis. Satu sudah menyokongnya. Dia perlu mulakan misi yang baru pula. Marina tak ubah seperti tuba di dalam air. Beracun dan mematikan.





🪸

selamat membaca.
vote and comment.
Bye

PopstarWhere stories live. Discover now