Hujan mula turun lebih lebat bersama petir yang menyambar, membentuk goresan pada langit nan gelap. Maya masih berdiri di luar rumah mewah tanpa beralih kedudukan biarpun pakaiannya basah kuyup ditimpa air hujan.
"Kau nak apa lagi dekat sini? Dengan muka tak seberapa tapi nak mengemis cinta aku! Cermin diri kau dulu, Rozian. Ingat kata-kata aku ni sampai mati. Aku. Tak. Akan. Cintakan. Perempuan. Hodoh macam kau!" Pekik Fattah Halkum melawan suara hujan yang menggila.
Maya tersentak. Ayat itu betul-betul menusuk hatinya. Kata-kata tajam yang menghiris pilu hati, jantung bahkan limpa. Tidakkah lelaki itu memandangnya dengan sedikit sahaja belas kasihan?
Kru-kru sudah kehairanan kerana detik ini, Maya perlu menuturkan dialog seterusnya. Maya harus merayu supaya Fattah Halkum yang memegang watak sebagai Ghazi menerima Maya. Tetapi adegan itu tidak berlaku. Sebaliknya Maya bertindak mengikut gerak hati. Dia melutut di hadapan Fattah Halkum sambil matanya menatap lelaki itu dengan pandangan sama. Bukan pandangan yang penuh dengan air mata sebaliknya satu tatapan kosong. Sekosong kanvas yang diwarnakan dengan warna hitam Vantablack.
"Encik Nas macam lari dari skrip saja ni?" Tegur seorang kru tetapi Naseem mengangkat tangan menyuruh kru tersebut diam. Selagi dia belum menyebut perkataan keramat 'cut', adegan yang berlaku perlu dirakam.
"Saya minta maaf." Tutur Maya. Kali ini barisan kru produksi memberi tumpuan kepada babak kritikal tersebut. Kamera menyoroti wajah Maya yang jelas sedang menghayati watak.
"Pada mulanya saya ingatkan apa yang saya lakukan untuk awak adalah cinta. Tapi saya silap. Cara saya mencintai akan memusnahkan saya dari dalam. Saya akan hancurkan hidup awak dengan perasaan saya. This is not love. This is obsession." Tika ini air hangat mula mengalir, turun pada waktu yang sama dengan hujan yang mencurah. Rozian bakal kelemasan dalam perasaan ini.
"Obsesi saya yang hancurkan hubungan kita. Saya obses supaya saya rasa disayangi. Saya obses supaya saya rasa masih diperlukan. Hidup dengan jiwa macam ni sangat sukar. Saya perlukan cinta awak untuk itu. Untuk kepentingan diri saya sendiri. Walaupun saya nak hidup lama dengan perasaan ini, this is beyond my own will, Ghazi. Jadi ambil nyawa saya. Ambil nyawa saya dengan tangan awak. Tanpa cinta awak, saya takkan boleh bernafas, Ghazi. Setiap malam saya menderita tanpa henti. Jadi tolong saya hapuskan rasa sakit ini. Heal me by killing me. Please." Maya mengonggoi dalam tangisan seraya mengambil tangan Fattah Halkum dan dibawa ke leher sendiri.
"Cut!" Jerit Naseem. Hakikatnya, dia masih terkesan dengan adegan tadi. Babak yang dilakonkan oleh Maya berjaya meninggalkan impak unik dalam sudut plot penceritaan.
Julia yang mendengar laungan 'cut' segera mengambil peluang menghampiri Maya dan memberikan gadis itu sehelai tuala bersih untuk mengelap badan.
"Saya rasa awak ada silap dekat babak tadi, Maya. Bila awak tukar the whole setting, you break the outline of the story. Skrip bahagian awak memang lari sikit tadi." Encik Qayyum, selaku penulis skrip mula mendapatkan Maya. Nampaknya mereka terpaksa merakam semula adegan tadi.
Naseem yang melihat pula mempunyai perspektif yang tersendiri. Pada pendapatnya babak tadi terlalu sempurna. Tidak perlu ditokok tambah dengan adegan yang berlarutan. Babak tadi sudah menjelaskan hidup Rozian sebagai seorang wanita obsesif yang cintanya bertepuk sebelah tangan.
"Tak perlu. It's not that bad. The outline of this story isn't straightforward so we can change a little bit. Saya rasa adegan tadi lebih baik berbanding skrip asal. Dari awal lagi memang Rozian dah tunjuk tanda yang dia obses dengan Ghazi. The whole point is, Rozian sepatutnya buang perasaan obses dan menjadi diri dia sendiri kan? So this scene is a great start for that." Ulas Naseem dengan muka serius.
Apabila tuan pengarah sudah masuk campur, kru-kru lain menerima dengan patuh. Babak tadi memang ada kesannya kepada plot asal cerita.
"Daim, kau pula rasa macam mana?" Naseem menyeru seorang lagi pengarah yang asyik dengan telefon pintar di tangan.
"Ha? Ya. Okey je kot. Korang boleh proceed." Komen Daim tanpa perasaan. Mata pula langsung tidak berkalih dari skrin telefon.
Rasanya hampir kesemua pelakon dan kru veteran industri seni Malaysia mengenali gerangan pengarah yang bergandingan dengan Naseem yang mengarah drama Cinta Muka Buku. Sebuah drama yang bakal ditayangkan di slot Akasia.
Daim Tan Sri Mokhtar. Lelaki kaya dan anak somebody. Daim juga pernah mengarahkan beberapa filem yang pecah panggung dan drama popular. Dia cuma akan membolot perhatian media dan populariti jika karya seni yang dihasilkan sukses di mata penonton. Namun realiti sikap Daim di set penggambaran berbeza. Daim tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diharapkan. Perangainya membuatkan kru di belakang tabir serta orang bawahan terseksa.
"Maya, awak boleh ubah beberapa dialog dan suaikan mengikut keselesaan awak. You can make it versatile but stick to the plot." Pesan Naseem lagi.
"Terima kasih, Encik Nas."
"Next scene! Lighting and camera get ready." Naseem menyambar papan cerita yang telah siap dilakar. Pen menari-nari di kertas itu membuat lakaran perubahan baru dalam babak-babak tertentu supaya lebih terperinci.
Maya mengambil tempat di kerusi rehat. Dada masih berdebar-debar hebat. Kembang-kuncup hatinya bila dipuji sebegitu. Pujian Naseem membawa maksud lakonan Maya sudah mencapai tahap yang memuaskan dan adegan tadi tidak perlu diulang beberapa kali kerana percubaan pertama sudah memadai.
"Maya jom tukar baju. Nanti demam pula sebab pakai baju lembap." Ajak Julia. Air hujan yang turun juga merupakan prop untuk babak lakonan Maya.
"Okey Ju. Sekejap lagi saya tukar." Sahut Maya.
Ting!
Bunyi notifikasi mesej menyebabkan skrin telefon Maya menyala. Kepala dijengukkan cuba mengintai isi kandungan mesej yang terpapar pada skrin.
-Marina-
pengarah famous contact aku dan offer aku jadi pelakon dalam drama terbaru dia. Mesti kau jealous. Btw maya, auntie safya ada keluarkan produk krim pemutih.
Jangan lupa try🤭Melihatkan nama pengirim dan isi mesej yang diterima, Maya terus mengeluh. Marina memang tiada kerja lain ke? Tidak bolehkah Maya menjalani hidup dengan tenang tanpa diganggu oleh anasir jahat yang menjelma sebagai kakak kandungnya sendiri?
Telefon ditutup. Memang Maya tidak mahu membalas mesej tersebut. Tiada gunanya dia bertegang urat dengan Marina yang tidak tahu erti mengalah. Membazir air liur, membazir kudrat dan membazir masa.
Ting!
Sekali lagi bunyi notifikasi kedengaran. Maya sudah tahu siapa gerangan yang mengirim pesanan teks kepada nombornya. Mungkin Marina geram kerana mesej yang dihantar tidak mendapat balasan.
Jangkaan Maya meleset apabila mesej yang dibaca bukanlah daripada Marina sebaliknya daripada majikannya sendiri a.k.a Encik Naseem.
-Encik Nas😎-
Malam ni dinner sekali nak?
Tak payah bawa Julia.Eh? Dah kenapa? Buang tabiat ke?
🪸
Happy reading.
Okey next bab dah masuk fasa mengorat.
Eeee tak sabarrr😼
Btw saya mintak maaf sebab lambat update. Bab kalini dah separuh siap seminggu yang lepas tapi saya tak dapat nak siapkan. Harini baru sambung menaip.Anyway, enjoy!
YOU ARE READING
Popstar
RomanceMaya Asmara & Naseem Bahar Maya cuma mangsa keadaan. Mangsa kekejaman skeptikal masyarakat yang mengagungkan kecantikan.