t i g a p u l u h t u j u h

49 25 8
                                    

Meja di hujung restoran menjadi pilihan Maya kerana sudut terpencil itu memberikannya privasi. Maya datang ke Restoran Widya Seafood malam ini bukan kerana untuk menikmati makanan laut sebaliknya untuk memenuhi undangan daripada lelaki yang mengenalinya itu. Ralph.

Siapa sangka yang Ralph merupakan makhluk Tuhan yang menyelamatkan Maya di Pantai Port Dickson tiga tahun yang lalu. Sungguh ajaib bagaimana cara takdir bekerja.

Walaupun sukar untuk Maya percaya tetapi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ralph itu mengingati satu-persatu apa yang terjadi pada tarikh yang menyedihkan bagi Maya. Nama hospital tempat Maya mendapatkan rawatan pun dia ingat. Kesangsian Maya mula pudar seiring dengan waktu.

"Hai, maaf lambat. I siapkan princess dulu." Dari kejauhan, Ralph muncul bersama seorang gadis kecil.

Situasi ketika ini menyebabkan riak tidak selesa tercetak jelas pada wajah Maya.

"Your daughter?" Dalam pada tidak mahu bersangka buruk, Maya bertanya. Kalau bawa anak mestilah akan bawa bini juga. Tidak mahulah berlaku drama tuduhan menyondol pula nanti.

"Ya. Amanda salam dengan auntie"

Kanak-kanak itu menggeleng, menolak untuk bersalam namun dia meluru merangkul Maya di hadapannya.

Anak kecil yang bernama Amanda mendongakkan kepala merenung Maya yang masih tertanya-tanya mengapa tubuhnya mendapat pelukan percuma daripada anak perempuan Ralph itu.

"Mama!"

"Amanda! It's not nice to call someone like that. Sorry Asmara. Anak I memang selalu panggil macam tu dekat semua perempuan yang dia jumpa. Harap you tak terasa hati." Ralph menebalkan muka memohon maaf kerana ulah anaknya.

"It's okay, Ralph. Hello Amanda. Nice to meet you, I'm Asmara." Maya mencapai tangan kecil itu untuk berjabat tangan.

"Hi mama, I'm Amanda. I'm six years old." Amanda menyeringai sengih menampakkan barisan gigi yang jarang dan tidak tersusun rapi.

"Amanda, stop calling her like that." Sekali lagi Ralph menjadi singa.

"Call me auntie, Amanda."

"Okay auntie." Sahut Amanda patuh dan respon gadis kecil itu membuatkan Ralph terlopong. Kalau dia nasihat bukannya anaknya akan dengar.

Selesai melayan telatah Amanda, mereka mula mengambil tempat duduk masing-masing.

"Asmara order apa sahaja yang you nak makan. Harini I belanja."

Jujur, Maya kekok juga dipanggil dengan nama keduanya itu. Majikan dan semua rakan tempat kerjanya memanggil dia dengan nama 'Asma' tetapi bila datang sahaja Ralph, lelaki itu mengomel mengatakan dia perlu memanggil nama seseorang menggunakan tiga konsonan kata. Maya tidak faham isi kepala bapa orang itu tetapi dia biarkan sahaja. Selagi tidak mengancam dan memberi bahaya, lantaklah. Itu prinsip mudah yang Maya pegang sekarang ini.

"Tak perlu susah-susah. Lagipun sekejap lagi saya ada kerja part time." Maya menolak sopan. Dia pun kalau boleh memang nak cepat-cepat berlalu pergi.

"Ya ke? I harap I tak kacau masa you. I'm really sorry kalau I buatkan you tak selesa."

"It's fine. Saya datang sebenarnya cuma nak bagi ini. I think this is yours." Seutas kalung yang terukir nama 'Amanda' diserahkan kembali kepada pemilik asalnya.

"This is... mine. Macam mana you boleh jumpa? Dah lama I cari. Wait a minute! I terjatuhkan rantai ni masa I selamatkan you dulu ke?" Seakan baru berjaya mencantumkan kepingan puzzle, mata Ralph menjadi semakin bercahaya.

PopstarWhere stories live. Discover now