e n a m b e l a s

47 27 0
                                    

Kipas tangan mengibas muka yang sarat dengan tempelan mekap. Seorang gadis sibuk membantu duta baru produk Salon Sri Safya untuk membersihkan wajah jelita itu.

Sesi pemotretan akhirnya berakhir lebih awal dari waktu yang dijangkakan. Perut Marina juga sudah berkeroncong menahan lapar. Kalau tidak mengenangkan Datin Safya yang turut berada di studio sudah lama dia mengamuk di hadapan jurufoto dan pekerja lain. Muka yang penuh kepura-puraan ditampal.

"Rina dah siap buang mekap? Auntie ingat nak ajak Rina lunch sekali. Ke Rina ada urusan lain selepas ni?"

"Boleh auntie. Rina nak pakai mekap balik, nanti Rina turun jumpa auntie." Sahut Rina sambil tersenyum.

"Okey cepat sikit. Auntie tak suka menunggu lama."

Marina, di dalam hati sudah berbakul menyumpah seranah si datin dan satu keturunan wanita itu. Di luaran pula dia menayang wajah manis buat tatapan Datin Safya.

Selepas memakai riasan nipis, Marina turun ke lantai bawah menggunakan lif. Datin Safya yang berbicara sesuatu dengan pekerja spa dirapati.

Marina sangkakan restoran yang dituju berjarak jauh. Baru dia berangan untuk merasa menaiki kereta Mustang milik Datin Safya. Rupanya restoran tersebut di sebelah spa itu sahaja.

"Jom, auntie berhajat nak ajak Rina makan di restoran baru. Kata kawan auntie makanan diorang sedap. Entahlah kena ke tak dengan selera auntie."

Saat pintu restoran terbuka, mereka disambut oleh seorang penyambut tetamu. Marina melilaukan mata mencari tempat yang selesa.

"Eh? Macam pernah nampak." Suara terkejut Datin Safya mendapat perhatian Marina. Laju Datin Safya membawa diri ke meja yang dihuni oleh seorang wanita.

"Nailah, kan?"

Puan Nailah yang sedang menyantap hidangan di hadapan mata terkejut dengan sapaan tiba-tiba Datin Safya. Kutleri diletakkan kembali ke sisi pinggan.

"Ya, Saya Nailah. Puan..."

"Takkan you dah lupa? I Datin Safya, isteri kepada Dato' Bayu. You tahukan rangkaian hotel dan resort milik suami I?"

"Maaf, saya terlupa. Dato' Bayu kawan suami saya. Ini anak perempuan datin ke?" Puan Nailah menukar tumpuan kepada Marina yang setia di samping Datin Safya.

"Bukan. Marina duta produk di salon I. Marina kenalkan ini Puan Nailah isteri Tengku Ismail, kawan uncle."

Mendengarkan nama keturunan disebut oleh Datin Safya, Marina pantas hulurkan tangan untuk bersalam.

"Jemputlah duduk. Saya pun datang seorang hari ini." Pelawa Puan Nailah kepada dua orang manusia itu. Sekadar mahu berbudi bahasa tetapi tidak sangka Datin Safya dan Marina betul-betul duduk.

Seorang pelayan datang membawa buku menu. Datin Safya memesan jus avokado bersama salad salmon sementara Marina memesan stik daging sirloin dan fresh lemonade. Betul-betul lawan tauke!

"I dengar suami you tolak gelaran Tan Sri? Why? Kalau suami you dapat Tan Sri, you akan jadi Puan Sri."

"Suami saya cakap dia belum bersedia untuk terima gelaran Tan Sri. Lagipun gelaran tu tak membawa apa-apa makna kepada keluarga kami." Ujar Puan Nailah.

Ramai yang mengata suaminya menolak tuah. Walaupun kebenarannya hanya dia dan Tengku Ismail sahaja yang tahu. Tengku Ismail tidak mahu mereka sekeluarga terlalu disanjung dan lupa diri kerana pangkat dan harta. Suaminya cuma menginginkan keberkatan dalam keluarga mereka.


Datin Safya mengherotkan bibir. Dia mula merasakan Puan Nailah hipokrit. Konon-kononnya tidak mahu gelaran, pangkat dan harta. Kalau mahu bersederhana sangat kenapa berkahwin dengan Tengku Ismail? Duda kaya yang berharta tujuh keturunan pun tidak akan habis?

Dia tahu asal-usul Puan Nailah. Kalau wanita itu tidak berkahwin dengan Tengku Ismail, jangan mimpilah dia akan memandang wanita itu dengan hormat.

Setiap kali perjumpaan persatuan pun Puan Nailah tidak memunculkan diri walaupun sudah diajak. Jadi benarlah kata orang bahawa si pipit tidak reti bergaul dengan enggang. Sekalipun berkahwin dengan orang kaya, si pipit tidak akan dapat beradaptasi dengan kehidupan mewah.

"Anak you apa khabar? I dengar filem dia dapat sambutan." Datin Safya mengubah topik untuk mencari gali tentang kehidupan anak lelaki Puan Nailah.

"Alhamdulillah. Rezeki daripada Allah. Naseem pun memang dah berusaha keras."

"Anak mak cik pelakon ke?" Marina yang diam dari tadi mula mencelah.

"Anak dia pengarah. Kebetulan Marina ni pernah masuk Dewi Remaja. Kalau anak you perlukan pelakon, boleh panggil Marina untuk berlakon sekali dalam drama atau filem." Kata Datin Safya.

"Kalau nak berlakon mungkin Marina boleh sertai uji bakat dulu. Nas biasanya akan adakan uji bakat untuk cari pelakon yang sesuai. Tapi buat masa sekarang dia tengah sibuk lagi dengan drama. Nanti Marina follow Nas dekat Instagram. Kadangkala anak mak cik update dekat sana." Cadang Puan Nailah yang akan ditolak mentah-mentah.

"Alah tak payah nak uji bakat sangatlah. Marina ni cantik dan boleh berlakon. You cakap sekarang dia tengah sibuk dengan drama kan? Ha apa kata you suruh dia masukkan Rina dalam drama tu sekali. Bagi je watak antagonis ke protagonis ke." Sampuk Datin Safya.

Permintaan Datin Safya itu menyebabkan Puan Nailah dihimpit rasa serba-salah. Bukan dia tidak boleh membantu tetapi dia tahu bagaimana etika kerja anaknya. Takkanlah dia mahu lebih sudu dari kuah.

"Nanti mak cik cuba cakap dengan Nas. Kalau ada berita baik, mak cik akan bagitahu Rina."

"Anak you takkanlah you takut pula? You kan mak. Paksa sajalah kalau dia tak nak." Selar Datin Safya geram. Inilah masanya untuk menggunakan kuasa seorang bonda. Bukankah syurga itu tempatnya di bawah telapak kaki seorang ibu?

"Bukan, datin. Saya cuma tak mahu kerja anak saya terganggu sebab saya. Sebagai mak, saya sentiasa menyokong tindakan anak saya asalkan apa yang dia buat tidak melanggar peraturan dan hukum Tuhan."

"Yalah. I pun sokong anak lelaki I. Tapi tak ada pula I tunggang agama macam sesetengah orang lain. Kalau you rasa susah sangat nak minta anak you bagi job dekat Rina, then tak payah tolong. No offense. I tak terasa cuma nak bagitahu."

Gaya percakapan Datin Safya masih sama. Sengaja dia gunakan nada suara sebegitu untuk memaksa Puan Nailah supaya akur dengan permintaannya.

"Maaf datin. Rina jangan risau, nanti mak cik bagitahu dekat anak mak cik."

Datin Safya mengerling Marina di sisi. Tidak susah untuk mempergunakan orang lain. Tambah lagi kalau orang itu selemah Puan Nailah yang tiada pendirian teguh.

Orang baik tidak patut wujud di dunia yang telah membarah dengan virus kekejaman.







🪸


Happy reading
Bye.

PopstarWhere stories live. Discover now