Percikan bunga api melata di langit. Suasana malam itu dirancakkan lagi dengan hirup-pikuk manusia dan beberapa pertunjukkan dari penghibur tempatan.
Jeffri yang duduk bersila berlapikkan tikar berkelah kini bertukar posisi. Kakinya dilunjurkan. Badan yang lenguh direbahkan ke tikar. Mata menatap dada langit yang penuh bintang.
Pesanan ringkas dari Maya belum dibuka sampai sekarang. Sejujurnya Jeffri kelelahan. Bukan dia tidak percayakan Maya. Kalau Maya memberi penjelasan pun dia akan cuba untuk percaya. Tapi bagaimana kalau apa yang dikongsi oleh Marina itu benar? Sehandal itukah Maya berlakon di hadapannya?
"Jeff! Kat sini rupanya. Rina ingatkan Jeff tak datang tadi." Tanpa rasa segan Marina melabuhkan duduk di samping Jeffri.
Jeffri mendengus. Tidak suka betul masa bersendirian diganggu. Marina sering kali menceroboh tempat privasi dirinya.
"Kau nak apa ni?" Bentak jejaka itu.
"Jeff selalu marah-marah dekat Rina. Padahal Rina layan Jeff baik je. Jeff bencikan Rina ke?" Muka Marina cemberut.
Bukan sekali dua dia dilayan seperti pengemis oleh Jeffri. Banyak kali! Sampaikan tidak terhitung jumlahnya. Semuanya sebab Maya.
"Dah kau selalu ganggu aku." Senada alasan itu diberi.
"Rina minta maaf. Rina tak bermaksud nak ganggu Jeff. Tak apalah kalau Jeff tak suka Rina. Rina minta maaf banyak-banyak."
"Aku bukan tak suka kau Rina. Aku cuma tak suka cara kau layan Maya dan burukkan Maya." Jeffri mengeluh perlahan sambil bangkit untuk bersila di sebelah Marina.
"Apa maksud Jeff tuduh Rina macam tu? Rina burukkan Maya? Bila masa? Sampai hati Jeff tuduh Rina. Kalau bencikan Rina sekalipun jangan tuduh Rina macam tu. Maya tu adik Rina semestinya Rina sayang Maya. Rina tak tergamak lagi la nak burukkan Maya." Marina seperti biasa membawa watak wanita tersakiti. Matanya memberat kerana bulu mata palsu dan takungan air jernih.
"Tapi selama ni Maya kata..."
"Maya kata Rina burukkan dia?" Marina memintas kata Jeffri yang masih berusaha membela Maya.
"Jeff patutnya dengar cerita dari side Rina juga. Bukan Maya saja. Rina faham kalau Jeff lagi percayakan Maya. Siapalah Rina ni kan dekat mata Jeff. Surat yang Jeff terima bertahun-tahun dulu mesti Jeff ingat Maya yang bagi kan?"
"Surat? Apa maksud kau?"
"Oh maknanya Maya tak pernah explain siapa sebenarnya yang tulis surat tu. I see." Marina mengukir senyuman sinis.
"Surat yang Jeff terima masa Jeff belajar dekat England dulu semuanya Rina yang tulis. Tapi silapnya Rina minta tolong Maya untuk poskan. Surat terakhir Rina, 'I'll waiting for you and when you come back here, Ill confess everything. My feelings, my love for you.' Jeff rasa surat tu Maya ke yang tulis?" Dedah Marina.
Jeffri terpempan. Ayat pengakuan yang dibacakan kembali oleh Rina itu memang ada tertulis di surat terakhir yang diterimanya. Jadi selama ini yang mengirim surat dengan kata-kata rindu dan luahan hati kepadanya itu ialah Marina? Bukan Maya yang disangkakan selama ini.
"She knew all along yang Rina sukakan Jeff. She did everything to make you choose her not me."
"Stop it Rina!" Jeffri mula naik angin. Dia bukan bermaksud nak memarahi Marina cuma penjelasan perempuan itu terlalu banyak untuk ditafsirkan oleh mindanya.
YOU ARE READING
Popstar
RomanceMaya Asmara & Naseem Bahar Maya cuma mangsa keadaan. Mangsa kekejaman skeptikal masyarakat yang mengagungkan kecantikan.