d u a p u l u h l i m a

52 26 0
                                    

Kad jemputan yang bercorak kerawang emas bergemerlapan mewah sungguh kelihatan memukau. Sebaik sahaja dibuka dan isinya dibaca, Maya mengoyak senyuman. Rupanya jemputan untuk menghadiri program Malam Anugerah Bintang yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

"Maya tak pernah tahu pun ada program macam ni sebelum jadi artis."

"Ya, program ni baru dibuat. Saja nak rapatkan hubungan sesama rakan artis. Kalau Maya join mana tahu boleh dapat tawaran berlakon ke? Tambah kenalan artis lain ke, kan?"

"Betul juga. Tapi Maya tak ada baju yang sesuai untuk pakai. Nampak macam majlis ni tetapkan tema Glam and Glamorous."

"Pasal pakaian jangan risau. Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, Maya akan dapat sponsor. Semalam Encik Nas minta Ju bawa Maya ke satu butik ni. Jadi kita akan pilih pakaian yang sesuai untuk Maya."

"Terima kasih, Ju. Pasal malam nanti siapa je yang dapat jemputan selain Maya?"

"Girl crush Ju pun datang tau. Maya kenal Huda? She's so beautiful and soft spoken. Kalau ada rezeki untuk jumpa dia malam ni, Ju akan minta dia tandatangan dekat baju Ju terus." Julia menjerit teruja. Membayangkan dia akan mendapat peluang untuk bertemu dengan artis kegemarannya juga sudah membuatkan dia tidak sabar.

Maya tersengih memerhati gelagat Julia. Siapa tidak kenal Huda? Kalau ada yang mengangkat tangan memang nyatalah orang itu berbohong. Huda merupakan satu-satunya pemenang rancangan hiburan Mencari Ratu yang dapat menembusi pasaran hiburan Asia dengan bakat unik yang dimilikinya. Sebut saja nama Huda, pangkalan peminat artis jelita itu sangat besar. Bahkan populariti Huda melimpah sehingga ke negara-negara Asia Tenggara lain.

"Maya pun pernah dengar cerita pasal Huda. Ramai yang kata dia tak sombong dengan peminat dan selalu hormat orang lain. Such a beautiful soul." Gumam Maya dalam kekaguman.

Intinya, figura yang diberi nama Huda sememangnya sempurna. Putih mulus bak bidadari dan hati bersih sesuci murni.

Itu pendapat Maya pada mulanya tetapi kenapa di realiti komen-komen daripada netizen dan Julia tentang Huda jauh meleset sama sekali?

"Hello!" Jari runcing memetik di depan muka Maya. Lagaknya seakan ingin mencari gaduh.

"You buta ke? Tak nampak I dekat sini?" Sindiran itu menyebabkan wajah Maya berbahang malu. Kejadian antara mereka sebenarnya turut disaksikan oleh beberapa pasang mata.

Melihatkan Maya yang kekal membisu, Huda merengus geram. "Dress ni Dior yang sponsor. So tell me, how the heck are you going to clean up this mess?" Gaun cerah rona kuning lembut yang tersarung pada tubuh langsing Huda sudah comot dengan kesan air kranberi sehinggakan membentuk tompok-tompok yang mengotorkan gaun indah itu.

"Saya minta maaf. Saya tak sengaja dan tak perasan cik lalu belakang." Muka menunduk menekur permaidani. Maya tidak berani menentang mata Huda yang penuh aura berbahaya.

"What a bullshit excuse! Who are you? Macam mana you boleh masuk dan join Malam Anugerah Bintang ni? Nak kata artis, I tak pernah nampak. Don't bother to leave, I'll call security first." Huda meraba-raba keberadaan telefon pintarnya di dalam clutch bag di tangan.

"Saya...saya dapat jemputan untuk datang." Maya tidak betah dituduh mula mengeluarkan kad jemputan yang diterima.

Huda menyambar kad jemputan dengan paksaan. Alis matanya terangkat. Pandangan beralih pula ke wajah Maya. Seriously, she's mid or below average.

Tanpa rasa bersalah kad jemputan itu dikoyak dan setiap kepingan yang terkoyak dilempar ke muka Maya.

"Now you don't have one. Security! Anyone, tolong panggil security." Pekik Huda sambil berpeluk tubuh.

PopstarWhere stories live. Discover now