l i m a

65 21 0
                                    

Tepukan gemuruh dari pengunjung dan barisan pelakon serta kru produksi di panggung wayang itu menjentik rasa puas hati Naseem Bahar atau lebih mesra dipanggil Nas. Sebagai pengkarya seni yang banyak mengarahkan drama dan filem pecah panggung, Naseem rasakan filem kali ini juga mampu mengutip jutaan ringgit.

"Congrats Nas. The movie, storyline, the plot dengan barisan pelakon yang mantap-mantap. Bukan setakat lima bintang, 10 bintang pun aku kasi. This is the work of genius." Komen Zainul Rahman yang juga merupakan sutradara teater terkenal.

"Kalau orang teater pun bagi rating berbintang-bintang maksudnya filem Encik Nas kali ini memang terlebih gempaklah." Seloroh jurukamera yang turut membantu menjayakan filem 'Arungan'.

'Arungan' merupakan sebuah filem yang mengetengahkan konsep pengembaraan dan pertempuran di lautan berlatarbelakangkan masyarakat Melayu ketika zaman kemuncak peradaban.

"Encik Nas, selepas ni media nak temu ramah. Mungkin boleh bersedia di depan sana." Durrah, penulis skrip filem 'Arungan' menunding jari ke arah meja dan kerusi yang menjadi fokus media ketika ini.

"Thanks, Durrah." Balas Naseem mesra.

"Dijemput barisan pelakon utama, pengarah dan penulis skrip untuk temu ramah sempena penayangan premier Filem Arungan!" Ucapan daripada pengerusi majlis itu disambut dengan tepukan daripada para hadirin.

Lensa kamera berkelip banyak kali. Pancaran lensa di kiri dan kanan itu sedikit pun tidak menganggu mereka yang berada di atas pentas khas.

"Terima kasih kepada semua yang hadir untuk premier filem 'Arungan'. Seperti yang kita tonton tadi, filem Arungan merupakan buah tangan yang bercirikan masyarakat klasik dan turut menampilkan pertarungan kapal buatan masyarakat tradisional pada zaman dahulu kala. Baiklah kita akan teruskan dengan sesi temu ramah barisan kru produksi dan juga para pelakon." Durrah yang menjadi jurucakap kepada barisan pelakon di atas pentas itu mempersilakan para wartawan untuk mengemukakan sebarang soalan.

Ada beberapa wartawan yang mengangkat tangan mahu menjadi orang pertama memberi soalan di premier filem kali ini.

"Salam, saya dari AkhbarKita. Soalan saya ini kepada tuan pengarah, Encik Nas. Encik, bagaimana dengan pemilihan barisan pelakon untuk filem kali ini? Sebab ada desas-desus yang mengatakan dua orang pelakon terkenal bergaduh untuk merebut watak dalam filem 'Arungan' ini?" Soalan daripada wartawan hiburan itu menggeletek hati Naseem.

"Saya tak ada nak spill tea ke apa, cumanya pada mula pembikinan filem 'Arungan', pihak produksi sebenarnya memang ada masalah dari segi pemilihan pelakon yang boleh bawak watak macam apa yang saya nak. Sebab tu saya ada bincang dengan Puan Durrah, penulis skrip 'Arungan'. Kami sepakat nak buat uji bakat untuk tengok siapa dan sejauh mana pelakon yang terpilih boleh bawa watak tersebut. Berkenaan pergaduhan tu saya memang tak terlibat dan tak ada kaitan dengan produksi kami. Alhamdulillah barisan pelakon yang kami pilih memang sangat terbaik. Terima kasih kepada Huda, Amrun, Jan dan yang lain-lain. Diorang sangat berdisiplin dan selalu improve diri. Itu sahaja dari saya."

"Encik Nas, bagaimana dengan perancangan mengenai filem Arungan ni? Akan menembusi pawagam negara lain juga ke?" Soalan lain pula dilontarkan oleh Kayla, wartawan muda dari TV83.

"Setakat ni, yang pihak kami rancang insha Allah, filem 'Arungan' akan masuk pasaran panggung di Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Taiwan. Negara-negara ni akan jadi tempat kita tengok 'market' dulu."

Ramai juga yang menekup mulut tidak percaya. Untuk sebuah filem memasuki pasaran hiburan negara lain bukanlah suatu hal yang mudah. Namun filem arahan Naseem semestinya berpeluang besar untuk meneroka pasaran hiburan bukan setakat di negara-negara Asia Tenggara malah negara rantau Asia lain.

PopstarWhere stories live. Discover now