d u a p u l u h t i g a

58 30 0
                                    

Kaki yang tersarung kasut kulit hitam menapak masuk ke ruangan pejabat pengurusan Cakerawala Productions. Langkahnya dibawa ke sebuah bilik kecil yang menjadi ruangan pejabat sementara. Jaket sut dilepaskan dari badan lalu disangkut pada penyangkut pakaian yang tersedia sebelum punggung dihempas kasar ke kerusi. Sebuah komputer riba yang telah tersedia di atas meja itu dibuka.

Ketukan pada pintu membantutkan nawaitu Naseem untuk membaca e-mel penting.

"Ya, masuk."

Selepas izin diberi, pintu bilik kerja itu terkuak dan seorang lelaki muda melangkah mendekat serta menyapa Naseem dengan hormat.

"Ruz?" Naseem mengecilkan mata, cuba mengecam sosok tetamu yang dilihatnya.

"Kursus Komando saya dah tamat. Jadi saya akan sambung bekerja sebagai pembantu peribadi bos."

"Bukan kau nak jadi polis ke?"

"Eh? Mana ada bos! Kursus Komando yang saya join buka untuk orang awam juga. Amacam bos? Saya makin sado kan?" Ruz yang memakai t-shirt berlengan pendek mula memperagakan lengannya. Sengaja menunjuk-nunjuk otot lengan yang bertambah saiz.

Naseem membuang keluhan. Keberadaan lelaki bernama Kamaruzzaman di Cakerawala Productions memang agak membantu cuma mulut lelaki itu seperti burung murai tercabut alat sulit.

"Apa-apa jelah." Malas memberi tumpuan, Naseem beralih fokus kepada komputer riba di hadapannya.

"Bos buat renovation ke?"

"Ya."

"Cantik. Pandai bos pilih. Penuh satu bilik tu dengan cermin."

Dahtu? Tanya lagi padahal dah nampak!

"Ruz?"

"Ya, bos?"

"Jangan puji aku. Aku tahu taste aku ada class yang tersendiri tapi bila kau puji aku rasa mual."

"Hahaha. Mesti bos ingat saya gay."

"Cukup. Tak perlu mention pasal seksualiti kau. Aku malas ambil tahu."

"Tapi saya straight bos!"

"Kebetulan kau ada dekat sini lebih baik kau uruskan task baru." Sepucuk sampul surat bersaiz A4 dihulurkan kepada Ruz.

Ruz yang sudah biasa menerima kandungan informasi seperti itu lekas membuka dan membaca helaian dokumen tersebut.

"Bos nak saya bunuh dia ke?" Saat ini tatapan Ruz berubah. Wajah penuh keriangan tadi berubah ngeri.

"Kau gila ke?! Ini bukan cerita mafia don."

"Hehe, maaf bos. Apa yang bos nak saya buat?"

"Kerja kau sangat senang. Kau cuma perlu stalk dia. Ganggu privasi dia tapi bukan cederakan dia. Kau boleh buat semua tu?"

"Boleh bos. Maksudnya bos nak saya hantar surat layang berisi ugutan dan simbah cat merah depan pagar rumah dia?"

"Boleh tahan idea kau ni. Satu lagi, hidden camera. Guna hidden cam."

"Baik bos! Consider it done. Berapa lama bos nak saya mengintip dia?"

Dagu yang mula tumbuh rambut-rambut halus diurut perlahan. Gaya Naseem sedang fokus berfikir tentang masa depan.

"Berapa lama? Hmm... mungkin sampai tikus mati?"

"Maksud bos?" Ruz terkebil-kebil tidak faham. Tikus siapa yang mati?

PopstarWhere stories live. Discover now