t i g a p u l u h l i m a

79 35 14
                                    

Warning: suic*d* alert


🪸


Maya keluar dari perut kereta selepas dia selesai membuat pembayaran dengan wang kertas. Rumah keluarga yang sudah berbulan-bulan tidak dijejaki itu masih berdiri gah pada pandangan matanya. Tangga di tepi rumah didaki untuk dia naik ke tingkat atas.

Setiap derap langkah, Maya berusaha mengumpulkan keberanian. Dia takut dalam masa yang sama dia juga berharap semuanya akan berlalu baik-baik sahaja. Maya mengetuk pintu dan memberi salam mengharapkan kehadirannya malam ini bakal disambut oleh Puan Majihah.

Bunyi pintu dibuka dari dalam dan Maya sudah bersiap sedia dengan senyuman nipis.

"Kau buat apa datang sini? Bukan ke kau dah hidup berdikari di Kuala Lumpur sana?" Sembur Puan Majihah.

"Mama, Maya minta maaf. Maya dah tak ada tempat lain selain dari rumah kita." Maya masih terpana namun digagahi juga dirinya untuk menyusun kata-kata yang sopan.

"Rumah kita? Sejak bila rumah ni jadi rumah kau? Aku dengan suami aku pemilik rumah ni. Kalau kami tiada nanti, segala harta benda dan tanah ni akan jadi milik Rina."

"Tapi Maya kan anak mama dengan papa juga?" Birai mata Maya mulai basah. Hairan atas sebab apa Puan Majihah menyebut tentang hal pembahagian harta.

"Pergi aku kata! Jangan datang menagih simpati dekat rumah ni. Kau bukan lagi anak aku. Kau dah jadi artis sekarang kan? Buat apa kau perlu datang ke rumah ni lagi? Pergilah jalani hidup baru kau di Kuala Lumpur tu."

"Maya minta maaf, Mama." Kaki Puan Majihah dipaut. Kalau Puan Majihah meminta kakinya dicium pun Maya sanggup melakukannya.

"Lepas! Jangan pegang kaki aku. Aku tak ada anak yang derhaka macam kau. Sebab kau, suami aku meninggal. Kau yang menjadi punca bala menimpa keluarga aku." Puan Majihah tumpas setelah gagal menahan emosinya.

Dia sangkakan Encik Mansor cuma demam biasa namun setelah ditahan di wad dan diperiksa oleh doktor pakar, antibodi Encik Mansor melemah kerana jangkitan kuman yang telah menyerang organ penting. Sampai hari ini Puan Majihah masih tidak percaya yang Encik Mansor sudah tiada, meninggalkan mereka dan menjadikan dia seorang balu.

"Mama? Papa... Papa meninggal? Kenapa Maya tak tahu? Kenapa mama tak telefon Maya?"

"Anak tak guna! Kau yang tak angkat call Marina. Kau block nombor dia lepas tu kau persoal pula kenapa kau tak tahu." Herdik Puan Majihah. Dia berang kerana Maya berani mempersalahkan Marina walaupun yang bersalah ialah Maya sendiri.

Tuduhan si ibu melukakan sekeping hati seorang anak. Maya tidak pernah menyekat nombor Marina. Bahkan dia sendiri tidak menerima panggilan mahupun mesej daripada Marina perihal keadaan Encik Mansor.

"Maya tak pernah buat macam tu, Mama. Rina yang tak beritahu Maya. Macam mana Maya nak tahu?"

Pang!

"Kau jangan salahkan orang lain, Maya. Kau sendiri yang tak mengenang jasa dan budi orang tua yang dah bersusah-payah besarkan kau untuk jadi seorang manusia."

"Sampai hati mama cakap Maya macam tu. Apa kurang Maya berbanding Rina? Kenapa mama selalu lebihkan dia? Maya ni bukan anak kandung mama dengan papa ke?" Rintih Maya.

Maya sedar dia bukan anak kesayangan, tidak seperti Marina yang ditatang bak minyak yang penuh. Maya hidup tidak ubah seperti seorang pengemis. Dia mengemis kasih sayang dan cinta daripada orang di sekelilingnya.

"Aku pun berharap kau bukan zuriat yang lahir dari rahim aku. Semasa mengandungkan kau macam-macam bala menimpa keluarga ni. Lepas jadi artis, perangai kau semakin teruk. Dari kecil sampai besar panjang, kau tak habis-habis nak malukan aku . Dasar pelacur!"

"Mama..."

Teganya mulut seorang ibu sehingga sanggup melemparkan cemuhan sebegitu kepada anak sendiri. Apa beza Maya dengan Marina? Apa yang perlu dilakukan oleh Maya untuk merapatkan jurang perbezaan itu? Dia cemburu dengan Marina yang tidak perlu bersusah-payah untuk mengemis kasih sayang dan cinta manusia lain.

Puan Majihah seolah-olah terbawa-bawa dengan emosi. Dia tidak pernah mengandaikan Maya akan menconteng arang ke mukanya sebegitu rupa. Dia benci dengan perbuatan Maya kerana dia pernah mengalami hal yang melukakan.

Sebelum arwah Encik Mansor berubah, arwah suaminya kerap kali kantoi membawa wanita muda ke hotel. Arwah curang ketika dia sedang sarat mengandungkan Maya. Kalau tidak kerana pujukan keluarga, dia sudah pasti akan menggugurkan kandungannya ketika itu. Peristiwa malang yang berlaku menjadikan dia trauma dan bila anak perempuan sendiri yang melakukan hal tersebut, Puan Majihah tidak dapat menerima kelakuan Maya.

"Berambus! Aku dah tak nak tengok muka kau dekat sini. Kalau kau berani pijakkan kaki ke rumah aku lagi, aku akan buat laporan polis." Ugut Puan Majihah tanpa belas kasihan.

"Mama, Maya minta maaf. Tolong ampunkan Maya. Maya tahu salah Maya terlalu besar. Maya janji Maya takkan ambil hati kalau mama lebihkan Rina daripada Maya." Mengonggoi Maya dalam tangisan lebat.

"Aku dah tak nak tengok muka kau dekat sini. Aku muak! Kau faham tak? Aku benci tengok muka kau yang hodoh dalam rumah aku ni! Kau dengan anak aku, Rina umpama langit dengan bumi. Aku tak ada anak yang memalukan macam kau! Pergi! Aku jijik dengan kau! Perempuan murah!"


Puan Majihah menolak tubuh Maya supaya menjauh. Pintu dibanting keras dengan harapan Maya akan berlalu pergi. Jiwa seorang wanitanya terluka. Dia tahu semua gosip tentang Maya. Buat masa sekarang dia tidak mahu bertemu bahkan bercakap dengan Maya.



Esakan Maya kedengaran. Tangan menepuk dada sendiri berkali-kali. Kenapa rasanya cukup sakit sekali? Semua yang berlaku terlalu perit untuk dia hadapi. Dia tidak kuat. Maya yang mahu meratapi kesedihan itu tersentak dengan bunyian ombak yang menghempas pantai.


Tubuh ditolak supaya berdiri, dengan longlai kakinya menapak ke arah pantai. Beg pakaian yang beroda diheret bersama walaupun sesekali gerakan beg tersangkut akibat jalan yang berpasir.

Ketika kakinya mencecah gigi air, beg pakaian ditinggalkan di situ. Kasut Dr Cardin yang tersarung turut ditanggalkan. Maya berkaki ayam, memijak buih-buih ombak di tepian pantai. Langit malam yang gelap ditatap tanpa perasaan.

Tiada bintang pada malam itu. Tiada sebutir pun bintang yang menerangi dada langit. Kosong, gelap dan dingin. Kosong yang menghentak realiti ke dalam benak Maya. Gelap seakan masa depan perempuan itu dan dingin yang menggigit sehingga ke ulu hatinya.

"Mungkin dunia ni tak perlukan orang macam aku." Gumamnya sendiri.

Paras air laut yang pada mulanya cuma membasahi tapak kaki yang telanjang kini kian menenggelamkan separuh badan Maya. Dia tidak berhenti, sebaliknya dia meneruskan langkah yang pasti.

Maya pergi dengan keyakinan bahawa dunia sudah tidak memerlukan dirinya lagi. Dunia yang kejam untuk didiami oleh seseorang yang tidak sempurna seperti Maya. Dunia yang kejam kerana dipenuhi oleh manusia serakah yang skeptikal dengan rupa paras wanita. Dunia yang meranapkan segala harapan dan keinginan untuk dia bertahan hidup.

'Selamat tinggal.'

Kelopak mata ditutup dan Maya sudah bersedia untuk hilang segala-galanya. Dia merelakan tubuhnya dibawah arus.

Saat air mula mencecah paras leher, tangan Maya tiba-tiba disambar oleh sebuah harapan. Maya gentar tetapi bolehkah dia berharap sekali saja lagi?




🪸


Happy reading.
Oleh sebab sebahagian makhluk bumi excited, saya pun excited. So saya update satu chapter lagi. Kiranya double update harini hehehe
Bab ni cuma penambah perisa sebelum maya betul betul mendunia. Bye

PopstarWhere stories live. Discover now