Titisan embun dari dedaun hijau, jatuh menimpa bumi. Setiap titis embun itu umpama sebutir berlian yang berkilauan. Jari Maya bergerak ingin menyentuh air embun yang tergantung pada daun namun belum sempat bersentuhan, embun itu terlebih dahulu jatuh menitis.
"Maya, jom masuk." Ajak Julia.
Maya berganjak dari pokok hiasan yang terdapat di hadapan bangunan Cakerawala Productions. Dia menapak mengekori rapat pengurusnya yang sudah melangkah masuk ke dalam bangunan.
Di dalam lif, masing-masing cuma diam tidak memecahkan kesunyian. Maya sendiri perasan Julia sudah tidak banyak berbicara dengannya. Kalau sebelum ini, Julia suka bercakap seperti murai tercabut ekor dan wanita itu tidak akan berdiam walaupun untuk satu minit.
"Ju...," panggil Maya.
Pintu lif terbuka saat kata-kata Maya masih tersekat di kerongkong.
Julia terlebih dahulu melangkah keluar dari lif menuju ke bilik majikannya, Naseem. Pintu bilik kerja lelaki itu diketuk dan selepas keizinan diberi, Julia dan Maya menapak masuk.
Galaxy Tab S10+ setia di tangan. Barangkali Naseem sedang membaca akhbar elektronik yang kini tersedia dalam bentuk aplikasi dan boleh dibaca secara atas talian.
"What is wrong with both of you? Kenapa berita-berita macam ni boleh wujud?"
"Maaf Encik Nas. Saya dah hubungi pihak media dan page gosip supaya take down berita pasal tu." Jelas Julia yang tampak gugup.
Naseem sedang marah, Julia pula ketakutan. Saat ini cuma Maya yang dilanda kekeliruan. Berita apa? Dia tidak mengetahui apa-apa.
"Berhenti buat gosip yang boleh calarkan nama syarikat. Saya tak nak nama Cakerawala terpalit sama dalam gosip artis." Kali ini tatapan Naseem lurus menentang mata Maya.
Kepala Maya menunduk. Keluar saja dari pejabat Naseem dia akan terus bertanya kepada Julia tentang gosip yang mencalarkan nama syarikat Cakerawala.
"Dan ini. Ada satu syarikat kewangan bagi tawaran kontrak duta kepada Maya. Baca kontrak dan tengok berapa payment yang mereka offer." Sebuah fail disua kepada Julia.
Julia yang pada mulanya teragak-agak untuk menyambut terpaksa mengambil jua saat dia memahami signal yang ditunjukkan oleh Naseem.
"Kami minta diri dulu, Encik Nas." Pamit Julia. Naseem mengangguk kemudian kembali memandang skrin tablet tanpa langsung melirik ke arah Maya.
Julia terlebih dahulu berlalu manakala Maya statik di tempat yang sama.
"Err... Encik Nas, saya...,"
"Kalau pasal kerja awak boleh beritahu Julia." Potong Naseem tanpa mengangkat muka.
"Bukan." Maha menidakkan.
"Maya, I'm working. I have lots of tasks that need to be done quickly."
"Maaf tapi Encik Nas tak permainkan saya, kan?"
Naseem kekal tidak memberi sebarang respon.
"Saya takut Encik Nas cuma nak main-main dan pergunakan saya."
Tablet diletakkan ke atas meja. Naseem bangkit dari kerusi dan bahu Maya disentuh.
"Saya cuma pandang awak, Maya. Buat masa sekarang banyak hal yang terjadi jadi saya kena uruskan kerja cepat-cepat."
Anak mata kebiruan lelaki itu dipandang. Maya ingin mencari kejujuran di sebalik mata itu.
"You should go. Julia mesti tengah tunggu awak dekat luar."
Naseem berpaling dan lelaki itu melabuh duduk kembali di kerusi empuk.
Dia tipu. Naseem menipu Maya. Maya bahkan tidak berani meluah apa yang difikirkan benaknya. Biarlah segala rasa itu bersemadi di hatinya.
Tanpa berlanjutan bicara, Maya pergi dengan hati yang terkilan.
Laju Maya bergerak untuk mengejar Julia yang disangka akan menunggunya di luar pejabat Naseem. Sama seperti tadi, Julia mengambil inisiatif untuk mogok bisu.
"Julia, Maya minta maaf. Tapi Maya nak tanya sebenarnya gosip apa yang dah berlaku?" Lengan Julia yang laju berjalan diraih.
Maya memang tidak cekap tetapi dia boleh membaca air muka orang. Sekarang raut wajah Julia melakar rasa menyampah yang dapat difahami oleh Maya.
"Maya, awak kena sedar diri. Awak bukan popular sangat. Sepatutnya awak tak buat masalah dan menyusahkan saya. Awak ingat saya tak penat ke uruskan awak dan bersihkan nama awak? Tolonglah jangan tambah gosip lagi. Nasib baik mood Encik Nas hari ni baik. Kalau apa-apa jadi dekat kerja saya sekarang semuanya berpunca dari awak tau. Jadi tolong bekerjasama dengan baik. Saya boleh buat kerja saya dengan tenang dan awak buat kerja awak. Jangan terlibat dengan gosip-gosip lagi."
Panjang lebar Julia menerangkan apa yang terbuku di sanubari. Maya pula terkedu kerana dia tidak pernah tahu Julia mengalami masalah sebegitu.
"Sebab Huda ke?" Satu nama terpacul keluar dari mulut Maya.
Julia mengeluh berat. Dia tidak tahulah sama ada Maya terlalu bodoh atau besar kepala. Puncanya dari sikap tidak sedar diri Maya yang menyerang Huda sewaktu Malam Anugerah Bintang beberapa hari yang lalu.
"Ju, Maya boleh jelaskan. Apa yang berlaku sebenarnya bukan silap Maya. Maya tak sengaja tumpahkan air sampai terkena baju dia. Tetapi apa yang dia cakap lepas tu buatkan Maya marah." Ulas Maya untuk memperbetulkan cerita.
"Maya, wake up to reality! Kalau awak jelaskan sekarang pun the damage has been done. Awak tahu tak peminat Huda serang media sosial Cakerawala dan tuduh agensi ni tak jaga Huda dengan baik? Mereka tuduh agensi Cakerawala buli Huda. Huda tu aset penting Cakerawala dan awak, you're just nobody. Bila-bila masa sahaja Encik Nas boleh terminate contract dan buang awak dari agensi ni."
Ketika ini Maya bagai dibungkam dengan fakta. Apa yang diperkatakan oleh Julia ada benarnya. Dia bukan artis terkemuka di Malaysia. Maya sekadar seorang perempuan yang tiba-tiba sahaja terjun ke dalam dunia hiburan. Bakat Maya pula tidaklah terlalu hebat. Rupa biasa-biasa dan bakat biasa-biasa. Memang mustahil untuk Maya menjadi artis terkenal yang luar biasa.
"Sign ni. Kontrak sebagai duta ini sahaja yang mampu selamatkan awak. Kalau awak tolak tawaran ni, memang tak ada lagi sutradara lain yang nak ambil awak berlakon."
Itulah kenyataan pahit yang Maya perlu terima. Kemanisan yang dia kecapi beberapa bulan yang lalu hanya sandiwara untuk Maya percaya bahawa dia bertuah dan berbakat. Detik ini, Maya sudah tiada apa-apa dan tiada sesiapa untuk menyokongnya.
"Apa salah Maya dekat Ju? Maya tak pernah layan Ju dengan teruk. Kenapa?" Tanya Maya yang sudah tidak sabar.
Orang di sekeliling Maya sudah berubah secara drastik tanpa Maya sendiri ketahui asbab musababnya.
"This is your fault. Jangan salahkan orang lain, Maya. Awak sendiri yang banyak kekurangan." Nasihat Julia terselit sindiran halus.
Ibarat peluru yang menghentam, setiap sendi tulang-temulang pada sekujur tubuh Maya mula melemah. Maya tidak berdaya untuk menjelaskan kebenarannya.
Perkara paling sukar untuk dilakukan ialah meyakinkan para peminat bahawa artis yang dipuja dan disanjung bukanlah sebaik yang disangka.
🪸
Selamat membaca.
Tengah rajin nak update.
mulanya saya anggarkan dalam
30+ bab je. Tapi ini tak nampak
lagi klimaksnya. So harap dapat
tulis sampai 40+ bab ☺️.
Sebab tetiba rasa gatal
nak publish story baru
YOU ARE READING
Popstar
RomanceMaya Asmara & Naseem Bahar Maya cuma mangsa keadaan. Mangsa kekejaman skeptikal masyarakat yang mengagungkan kecantikan.