d u a p u l u h l a p a n

39 29 0
                                    

Beg kertas berisi pakaian berjenama yang dibeli sewaktu di Pavilion tadi diletakkan ke atas sofa. Marina menjerit kecil. Tawa riangnya kedengaran kerana dia baru saja mendapatkan bayaran atas usaha kerasnya 'melayani' Daim, si sutradara kaya.

"Rina baru balik?" Tegur Puan Majihah saat terperasankan Marina yang berada di ruang tamu.

"Ya, mama. Papa mana? Tak nampak batang hidung pun." Soal Marina. 

Puan Majihah mengeluh. Sejak semalam lagi dia cuba menghubungi Marina tetapi panggilannya tidak dijawab.

"Papa masuk wad sebab demam. Semalam mama call kamu tak dapat. Mama nak bagitahu kamu pasal papa."

"Oh, okey. Kalau macam tu Rina masuk bilik dulu la ma."

"Rina tak nak melawat papa dekat hospital ke?" Hairan Puan Majihah kerana air muka anaknya tidak menggambarkan sebarang kekhuatiran.

"Rina penatlah, mama. Semalaman Rina tak tidur sebab busy shooting." Dalih Marina.

Puan Majihah bukan tahu pun apa yang dia buat semalam. Bagi si ibu pula, mustahil anak kesayangannya akan menipu.

"Yalah. Besok Rina free ke? Kalau free boleh tolong mama jaga kedai kita esok."

Marina berdecit sebal. "Tak naklah mama. Pekerja mama kan ada? Rina ni artis mama. Tak ada class la nak jaga kedai macam tu. Rina nak masuk bilik untuk rehat."

Puan Majihah cuma mampu merenung kepergian anak sulungnya. Hati ibu mana yang tidak terluka apabila mendengar bicara sebegitu dituturkan oleh zuriat sendiri? Kedai cenderamata yang telah diusahakan berpuluh tahun itulah yang menjadi sumber rezeki selama ini untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Mungkin suatu hari nanti Marina akan matang. Itulah doa tulus dan harapan sang ibu yang tidak didengari oleh si anak.

Marina yang menonong berjalan langsung tiada rasa risau tentang keadaan kesihatan bapa kandung sendiri.

'Alah, setakat masuk hospital sebab demam bukan sakit teruk pun. Esok lusa papa mesti dah boleh keluar wad.' Bisik hati Marina.

Tiada apa-apa pun yang perlu dirisaukan dengan keadaan bapanya itu.

Marina berbaring di atas katil tanpa membersihkan diri terlebih dahulu walaupun dia seharian suntuk berada di luar.

Iphone 15 Pro Max miliknya dikeluarkan dari beg tangan. Jari meluncur ke atas dan ke bawah mencari jika ada gosip-gosip terkini yang menarik di aplikasi TikTok.

Sedang asyik menatal kandungan informasi di media sosial, ada satu gosip mengenai Maya yang menarik minatnya. Komen-komen daripada netizen dibaca dan barulah Marina mengetahui hujung pangkal cerita. Sempat dia ketawa geli hati melihat majoriti netizen mencaci Maya. Silap besarlah kalau Maya cari gaduh dengan Huda. Peminat Huda sangat ramai. Kalau jiwa tak kental memang boleh murung setahun.

Timbul satu idea dari akal Marina untuk mengapi-apikan suasana sekarang. Walaupun gosip tersebut telah diturunkan dari akaun pihak media namun netizen masih memperkatakan perihal isu hangat tersebut. Marina dapat merasakan sekarang merupakan masa terbaik untuk dia bersinar dan dikenali ramai.

Lantas dia memuat naik satu story di laman sosial Instagram dan satu hantaran di akaun Tik Tok miliknya. Kapsyen yang paling dramatis digunakan agar pancingnya mengena kali ini.

"Adik, baliklah rumah. Papa tengah sakit.
Jangan cari gaduh dengan orang lain."

Cukup ringkas pesanan yang disampaikan. Tidak sampai sejam akaun media sosial miliknya diserbu oleh para netizen yang mula bertanyakan tentang maksud hantaran yang dimuat naik.

pedoinjail: kenapa tak chat je. Adik sendiri kan.
               ↪️ marinana: dia block i sis. Mama pun kena block
               

taerimaksh: wuish anak derhaka. Harap tak disumpah
                  ↪️ marinana: 😭 i malu sebab dia buat perangai
                   yulienhj replied to marinana: not your fault❤️🥹

Marina terkekeh ketawa seorang diri. Dia kasihan dengan Maya yang bernasib malang. Walaupun kasihan, Maya layak mendapat pembalasan seperti itu. Sejujurnya Marina rasa tindakannya adalah yang paling tepat. Cuma kematian Maya yang mampu meredakan keadaan sekarang.


🪸

"Bos. Ada gosip baru pasal perempuan tu." Ruz memberi tablet kepada Naseem. Namun huluran Ruz tidak bersambut.

"Tak sempat kita buat gosip dah timbul gosip pasal dia. Dia tak layak jadi artis, bos. Nampak problematic. Tapi bagus juga sebab sekarang dah banyak media cover cerita pasal dia."

"Ruz."

"Ya, bos?"

"Aku rasa semua ni tak cukup. Pergi apartment dia dan simbah cat warna merah dekat pintu rumah tu."

"Saya nak buat macam tu juga bos. Tapi lepas fikir dua tiga kali, nanti kalau dia buat laporan polis macam mana?"

"Aku akan uruskan pasal tu."

"Baik. Sekarang juga saya buat." Tutur Ruz penuh semangat.

"Sekarang dia ada dekat rumah. Kau nak kantoi ke?"

"Aik? Macam mana bos boleh tahu dia ada dekat rumah? Ayok, bos intai dia melalui hidden camera yang saya pasang tu ek?" Usikan Ruz bagai meniup bara api.

"Kalau aku cakap kau bodoh mesti kau marah, kan? Aku ni bos dia. Aku tahu jadual kerja dia dan sekarang dia tak ada job. Kat mana lagi dia nak merayau kalau tak melepet dekat rumah?" Sangkal Naseem.

"Oh ek? Betul juga kata bos. Maaf bos. Saya pergi buat sekarang."

"Tunggu dulu! Yang kau tergesa-gesa sangat ni kenapa?" Dahi Naseem berkerut marah asbab sikap tidak penyabar Kamaruzzaman.

Telefon dikeluarkan dari kocek seluar. Sempat Naseem meletakkan jari telunjuk ke bibir sebagai isyarat menyuruh Ruz diam sebelum dia mendail nombor telefon Maya.

"Hai, Maya. Boleh kita jumpa? Saya tiba-tiba teringatkan awak."

Ruz yang mendengar ayat-ayat manis atasannya mula mengemam bibir menahan tawa yang akan terlepas. Tindakan Ruz itu mendapat jelingan tajam daripada Naseem.

"Okey. See you later." Ujar Naseem sebelum mematikan talian.

"10 minit lepas dia turun, kau naik ke apartment dia." Arah Naseem lagi.

"Bos, sebenarnya bos nak hidup dia hancur sampai tahap macam mana? Sebab bagi saya hidup dia dah cukup menyedihkan. Kalau orang biasa yang diserang bertubi-tubi dengan gosip macam ni dan dihentam dengan caci maki netizen, saya tak rasa mereka akan hadapi dengan tenang."

"Kau kesian dengan dia ke sekarang ni?"

"Tipu kalau saya cakap tak kesian. Saya tahu dia dah buat salah besar dan menjadi punca Tengku Nizareen ambil keputusan untuk bunuh diri. But boss, you know how this will end, right?"

"Di mata aku, dia pembunuh. Dia tetap pembunuh." Walaupun Tengku Nizareen dikhabarkan masih hidup, semua itu tidak mengubah hakikat bahawa Tengku Nizareen membunuh diri kerana Maya.

"Jadi bos nak dia bunuh diri juga?" Soalan yang paling berani itu dilontar bagi mendapat secebis jawapan.

"Ya."

Her death would bring him solace, as he had always desired.



🪸


Happy reading

PopstarWhere stories live. Discover now