"Reen?"
Panggil Naseem dan Tengku Nizareen segera berkalih. Bibir gadis itu melebarkan senyuman manis. Semanis kopi susu yang dibancuh oleh Puan Nailah.
"Tu peux toujours parler français, n'est-ce pas ? (Awak masih boleh bercakap bahasa Perancis, kan?)"
"Oui, je me souviens encore de tout. Pourquoi me demandez-vous cela, monsieur ? (Ya, saya masih ingat semuanya. Kenapa awak tanya saya begitu, tuan?"
"No reason." Nafi Naseem kerana soalan sebenarnya bukan tentang itu. Dia mahu tahu sejauh mana Tengku Nizareen mengingati kisah lampau.
"Abang masih tak percaya yang Reen memang Reen ke?" Duga Tengku Nizareen.
Wajahnya sayu kerana kecil hati diberi soalan sebegitu.
"It's not like that. Abang cuma nak tahu apa yang jadi dekat Reen selama Reen hilang sebelum ni." Naseem tidak mampu berselindung lagi. Dia mahukan kebenaran.
"Reen tak sedia lagi untuk cerita. Reen masih trauma. Maaf abang." Pelupuk mata Tengku Nizareen merembeskan cecair hangat. Naseem diburu rasa bersalah. Seharusnya dia tidak memaksa Tengku Nizareen yang masih lagi trauma.
"No, Reen. Abang yang patut minta maaf sebab paksa Reen. Abang cuma tertanya-tanya betul ke Reen...diari Reen?"
"Abang baca diari Reen?" Teka Tengku Nizareen. Malahan tekaan itu tepat mengena ke sasaran. Naseem memang membaca diarinya.
"Maaf, abang tak sengaja. Abang tahu abang dah langgar privasi Reen. Abang..." Tergagap-gagap Naseem cuba menjelaskan situasinya. Dia tidak mahu adik tirinya salah sangka.
"Tak apa abang. Reen tak marah. Cuma terkejut. Jadi abang mesti ingat Reen bunuh diri kan?"
Alis mata Naseem terangkat. Kalau hal itu disebut sendiri oleh Tengku Nizareen bermakna gadis itu masih mengingati luahan yang terkandung dalam diari peribadinya.
"Abang masih tak faham jadi abang nak Reen jujur. Did you really do that?"
"Mustahil! Reen sayangkan keluarga kita. Reen mengaku apa yang Reen alami masa tu sangat menyakitkan dan melukakan hati Reen. Tapi Reen tak akan sesekali bunuh diri dan tinggalkan orang yang Reen sayang. Mungkin Reen terlalu tertekan dan tulis macam-macam dalam diari Reen. Tapi Reen takkan bunuh diri semata-mata sebab itu."
"Reen..."
"Reen takut sangat abang. Reen cuma nampak air di sekeliling dan langit yang gelap. Tak ada seorang pun yang selamatkan Reen. Dia nampak Reen jatuh."
Tubuh badan Tengku Nizareen menggigil. Dia memeluk badan dan kuku jari-jemari mengcengkam kulit lengannya.
"Ada orang tolak Reen." Sambung gadis itu lagi.
Pengakuan Tengku Nizareen seperti ada kilat yang menyambar. Cerita sebenar yang akhirnya terungkap selepas 11 tahun.
"Siapa? Siapa yang berani tolak Reen?"
"Reen—Reen tak ingat muka dia." Tengku Nizareen mendongak, melawan pandang renungan si abang tiri.
"Ini tentang nyawa, Reen. Reen antara orang yang terpenting dalam hidup abang. Mustahil abang akan tutup mata kalau ada orang sengaja cederakan orang yang abang sayang. Siapapun orangnya, abang akan pastikan dia dapat balasan."
"Kepala Reen sakit." Adu Tengku Nizareen sambil memicit pelipis kepala.
"Abang tolong Reen naik atas." Tengku Nizareen dipapah untuk mendaki anak tangga.
Silap Naseem kerana tidak bersabar dan terlalu memaksa Tengku Nizareen untuk mengingati saat-saat tragis yang telah berlaku dalam hidup gadis itu.
"Reen minta maaf sebab susahkan semua orang dalam rumah ni." Nyata Tengku Nizareen ketika dia duduk di birai katil.
"Reen tak pernah susahkan sesiapapun. Baik abang, ibu mahupun ayahanda. Kami semua sayangkan Reen."
Baru dua tiga malam Tengku Nizareen berada di sini, keadaan gadis itu telah berubah. Dia takutkan kolam ikan dan kolam renang di sebelah rumah. Tengku Ismail yang mengetahui ketakutan puterinya terus mengarahkan pekerja untuk memgeringkan air di dalam kolam dan memindahkan ikan ke akuarium yang kini dijaga oleh pekebun di rumah mereka.
Lain pula ceritanya ketika larut malam. Dua malam gadis itu melelapkan mata, dua malam jugalah mereka terjaga kerana jeritan Tengku Nizareen yang mengalami mimpi ngeri. Kata gadis itu ada air laut di sekitarnya. Mereka cuma melakukan apa yang terdaya untuk memulihkan semula semangat Tengku Nizareen.
"Kalau Reen mati mungkin keadaan akan jadi lebih baik dari sekarang."
"Reen!" Entah kenapa Naseem naik angin. Barangkali kerana sikap Tengku Nizareen yang selalu putus semangat berbeza dengan Tengku Nizareen semasa remaja dahulu yang sentiasa optimis dan berfikiran positif.
"Apa pun yang berlaku bukan salah Reen. Tolong jangan sekalipun Reen fikir, Reen menyusahkan semua orang. Sepanjang kehilangan Reen, kami semua terseksa. Ibu hilang selera makan, ayahanda tak sihat berbulan-bulan lepas Reen hilang di laut dan abang—abang tak mampu nak terima hakikat pasal insiden tu. Abang masih berharap yang suatu hari nanti Reen akan balik juga ke rumah ni. Sekarang doa kami dimakbulkan dan Reen kembali. Abang tahu Reen masih trauma tapi abang minta tolong jangan putus asa demi ayahanda, demi ibu dan demi abang juga."
Teresak-esak Tengku Nizareen menghamburkan tangisan. Kulitnya yang cerah terus memerah.
"Reen minta maaf." Pinta si gadis dalam tangisan lebat.
Naseem menyentuh genggaman tangan Tengku Nizareen dengan berhati-hati layaknya sebutir permata yang mudah tergores.
"Shh. Jangan nangis dah. Sekarang Reen kena tidur."
Tengku Nizareen patuh dan menurut. Dia lantas berbaring menelentang bersama patung Pink Panther kesayangannya. Naseem pula membantu menyelimutkan Tengku Nizareen.
Saat ingin berlalu, tangan Naseem diraih oleh Tengku Nizareen.
"Abang, Reen pun sayangkan abang." Ungkap Tengku Nizareen jujur.
Jeda.
Rimbunan perasaan di hati Naseem ini tidak perlu wujud. Namun dia telah terlambat untuk mencantasnya. Kata-kata sayang yang diterima oleh Naseem telah ditafsirkan dengan perspektif berbeza.
"Ya. Selamat malam, Reen."
"Selamat malam juga, abang."
🪸
Happy reading.
So sape yang tolak minah ni?🤨
Ke dia halusinasi?
YOU ARE READING
Popstar
RomanceMaya Asmara & Naseem Bahar Maya cuma mangsa keadaan. Mangsa kekejaman skeptikal masyarakat yang mengagungkan kecantikan.