t i g a p u l u h e m p a t

56 31 8
                                    

Matahari naik meninggi di ufuk timur. Simbahan mentari itu memeras keringat si perempuan bertopi yang laju berjalan. Sesekali dia menoleh kiri dan kanan melihat para wartawan yang menunggu di bawah lobi pejabat Cakerawala Productions. Maya menarik nafas lega kerana dia datang dengan keadaan bersedia. Baju yang dipilih juga tidak terlalu menarik perhatian. Mukanya juga terselindung dengan pelitup muka.

Semua harapan Maya sudah pecah berderai. Gambar-gambar miliknya yang sedang dipapah oleh Dato' Afgan ke bilik hotel semalam telah tersebar di media sosial. Gosip itu telah mengundang pelbagai kecaman dari masyarakat. Semestinya semua kata-kata yang dilemparkan kepada Maya berkonotasi negatif dan berunsurkan hinaan.

Pengikut di platform media sosialnya bertambah. Asbab mereka mengikutinya adalah untuk mencaci setiap tindakan yang bakal Maya lakukan di masa akan datang.

Maya sudah tiada pilihan lain. Buat masa sekarang dia hanya mahu meyakinkan Naseem bahawa semua berita tersebut tidak benar sama sekali. Berikutan itu jugalah, Maya membawa diri ke pejabat Cakerawala dengan memakai pelitup muka dan topi untuk menyembunyikan identiti daripada wartawan hiburan yang sibuk mengejarnya.

"Saya ada urusan penting. Boleh ke saya jumpa dengan Encik Nas?" Pinta Maya kepada pembantu am yang tidak pernah dikenalinya di luar bilik kerja Naseem. Entah sejak bila wanita tersebut menggantikan posisi Ruz.

"Cik ni siapa ya? Encik Nas tak nak terima tetamu hari ini. Dia sibuk." Halang wanita tersebut.

"Tapi...ini penting. Saya kena jumpa dia sekarang juga."

"Maaf cik. Encik Nas memang tak nak jumpa sesiapa hari ni. Kalau hal yang cik maksudkan terlalu penting, cik boleh tinggalkan memo atau mesej. Nanti saya sampaikan kepada Encik Nas."

"Saya Maya." Maya menyelak pelitup muka yang dipakai. Niatnya supaya kerani itu mengenali diri Maya.

"Maya? Oh. Artis ke?"

Air muka Maya berubah kelam mendengar balasan si kerani.

"Kejap saya inform Encik Nas dulu."

Maya setia menunggu sampailah kerani itu memberi khabar bahawa Naseem telah memberi izin untuk Maya masuk. Selesai mengucapkan terima kasih, Maya menerpa ke pintu pejabat Naseem.

"Encik Nas." Serunya perlahan. Dia cuba menebak apa yang terkandung dalam hati Naseem melalui air muka lelaki itu tetapi nol. Tiada ekspresi emosi yang keterlaluan. Lelaki itu kekal datar dan tenang.

Bilik yang dihiasi dengan cermin di setiap penjuru menjadikan keadaan bilik seakan lebih luas dan kelihatan seperti 'memerangkap' tetamu yang masuk.

"Gosip pasal saya tak betul. Dato' Afgan sengaja nak perangkap saya. Semalam dia yang..."

"Saya dah terminate kontrak awak dengan Cakerawala Productions." Senafas Naseem nemberitahu.

"Encik Nas..." Lidah Maya seakan-akan kejung.

"Ini kontrak yang pernah awak tandatangani dulu. Terma dan syarat masih sama, takkan berubah. In the end, awak langgar kontrak. Kelakuan awak dah memburukkan nama Cakerawala." Tenang suara Naseem menggugat keharmonian emosi Maya.

"Saya tak salah. Saya diperangkap Encik Nas. Sumpah demi Tuhan, saya tak tipu."

"Kalau awak dah tak ada apa-apa benda penting nak cakap, awak boleh pergi. Nanti peguam syarikat akan hantar surat perintah mahkamah untuk awak."

"Saya tak curang, Encik Nas. Sumpah! Saya tak buat apa-apa pun dengan Dato' tu." Beria Maya mengangkat tangan menyatakan sumpah dan taat setia hatinya cuma kepada lelaki itu.

PopstarWhere stories live. Discover now