d u a p u l u h s e m b i l a n

50 28 2
                                    

Pintu dibuka dari dalam. Sekujur tubuh yang berdiri di hadapan Maya mula menanggalkan kasut lalu melangkah masuk walaupun Maya sendiri belum sempat menyapa.

"Encik Nas?"

"Hmm?" Naseem menyahut dan tangannya menutup pintu sebelum tombol kunci dipulas.

"Kenapa?" Muka Maya yang kehairanan dielus lembut.

"Encik Nas?"

"Shhh." Naseem merangkul Maya ke dalam pelukan erat. Dia tidak mahu Maya mengatakan apa-apa. Tubuh Maya ditarik jauh dari muka pintu.

Alat kawalan televisyen ditekan untuk menyalakan kotak empat segi berwarna itu.

Maya menurut setiap langkah dan tindak Naseem. Saat dia mahu melabuh duduk di sisi Naseem, pinggang Maya ditarik sehingga perempuan itu terduduk si atas riba Naseem.

"Encik Nas!" Jerit Maya dek terkejut.

Naseem, manusia yang sukar dijangka. Maya tidak tahu apa yang ada di fikiran lelaki itu.

"Saya sakit, Maya." Adu Naseem.

Kepalanya disandarkan pada bahu Maya. Ucapan tersebut semakin membuatkan Maya kerisauan.

"Encik Nas dah pergi hospital? Sakit dekat mana?"

Naseem mengangkat muka. Tangan Maya diletakkan pada dada bidangnya.

"Kat sini. Sakit dekat hati." Mereka berpandangan cukup lama.

"Sebab awak selalu panggil saya Encik Nas. Sampaikan saya benci dan sakit hati dengan panggilan tu." Sambung Naseem.

"Encik Nas betul-betul cintakan saya ke?"

Panahan soalan itu tepat membidik ke jantung Naseem.

"I love you." Tiga patah kata tanpa perasaan. Naseem bukan setakat pengarah, dia juga mampu berlakon. Kalau berpura-pura mencintai seseorang juga dia mampu lakukan, inikan pula menghancurkan orang tersebut.

"Tapi kenapa firasat saya kata Encik Nas tipu?" Bening mata jernih Maya direnung.

"Maya nak saya buktikan macam mana? I will do anything for you." Kekura tangan Maya dikucup penuh romantis.

"Encik Nas cuma nak badan saya, kan?" Kini Maya beralih dari pangkuan Naseem. Dia bangun dan menjarakkan diri jauh dari lelaki itu.

"It's not true, darling. Saya datang sini sebab saya nak bertanggungjawab dan juga sebab saya sayang awak. I'm sorry for leaving you like that. Saya serius, Maya. Tolong percayakan saya."

Maya berasa tidak senang duduk mendengar rayuan Naseem. Ada rasa gusar, bahagia dan takut di dalam dirinya.

Naseem yang melihat Maya masih membisu mula merapatkan jurang antara mereka. Dia kemudiannya melutut di hadapan Maya. Benda berharga yang tersimpan di dalam poket dikeluarkan kemudian ditunjukkan kepada perempuan itu.

"Will you marry me, Maya Asmara?"

Maya terbeliak tidak percaya. Macam mana lamaran ini boleh terjadi?

"Anggap ini semua insurans supaya awak percayakan saya." Tangan wanita itu diraih lalu jari manis tangan kanan disarungkan sebentuk cincin bertahtakan berlian.

"Encik Nas..."

"Masih tak percaya dekat saya?" Teka Naseem.

Mata Maya berkaca. Inilah kali pertama Maya merasakan kebahagiannya begitu dekat. Walaupun pelbagai dugaan melanda tetapi Naseem hadir dalam hidupnya dan memberi sinar bahagia.

PopstarWhere stories live. Discover now