Naseem yang duduk bersilang kaki kelihatan santai di sofa sambil menganalisis Maya yang seperti hilang roh di hadapannya itu. Dia berdehem cuba menarik wanita itu kembali ke alam realiti.
"Maya, awak nampak lost in thought. Something bothering your mind?"
"Yep. I just broke up few days ago." Entah kenapa mulut Maya ringan berkongsi cerita. Mungkin kerana aura santai Naseem yang peramah dan mudah didekati.
Naseem tertawa kecil. Patutlah muka Maya monyok dari pagi. Dia faham tidak semua proses percintaan berjalan lancar. Adakalanya perhubungan menjadi terombang-ambing diuji ombak dan badai.
"It's fine, Maya. Take your time to heal yourself. Times will heal everything."
"It is true?"
"Takkan lah saya nak menipu kot."
"Saya bagi contoh. Kalau Encik Nas sayang seseorang, tiba-tiba orang tu tinggalkan Encik Nas. Encik akan automatik hilang perasaan ke dekat orang tu?"
Naseem menunduk. Soalan Maya lebih mencabar dari kebiasaan. Memorinya menarik dia ke masa lampau sewaktu baba dan Nizareen meninggalkan Naseem untuk menghadap Sang Pencipta.
"Tak juga. Hati mustahil tak akan ingat segala kenangan sepanjang hidup bersama. Walaupun orang tu dah tak ada, perasaan saya takkan berubah. Dulu dan selamanya, sayang tu tetap akan ada selama-lamanya. Tapi, masa. Masa akan bantu kita lupakan rasa sedih tu. "
"Lucky her. Jadi, saya cuma perlukan masa kan? Sibukkan diri sampailah saya boleh lupakan semuanya."
"Good." Sahut Naseem Bahar.
"Let's get back to business. Baca semua dari page first sampai last. Make sure awak faham semua baru tandatangan." Dokumen tebal yang dipenuhi dengan huruf-huruf komputer itu disua ke arah Maya.
"So, lepas ni saya bekerja bawah agensi Encik Nas ke?"
"Ye. So do well kalau awak tak nak kontrak kerja ni kena terminate." Naseem memberi amaran secara halus. Untuk kekal sebagai artis di bawah naungan agensi syarikatnya, mereka perlu bekerja keras dan sentiasa memberikan komitmen yang terbaik.
"Of course, boss." Ujar Maya. Dia terus membelek muka surat terakhir dokumen itu sebelum menurunkan tandatangan.
"Eh Maya? Awak tak baca semua ke?" Terkejut Naseem dibuatnya dengan tindakan Maya. Selamba sahaja gadis itu menandatangani kontrak mereka tanpa membaca terlebih dahulu kandungan yang tercatat di dalamnya.
"Kenapa? Memang kena baca ke? Tebal sangat la. Malas saya." Adu Maya. Naseem sudah menepuk dahi. Bahaya sungguh perangai Maya ni. Kalau dibuatnya Naseem senaraikan syarat-syarat mengarut nanti macam mana?
"Suka hati awak lah. Selamat datang ke Cakerawala Productions. Grow your potential and work hard." Pen yang masih digenggam oleh Maya diletakkan ke tepi. Tangan wanita itu dijabat secara paksa.
"Tahniah Encik Nas sebab dapat pekerja macam saya." Maya menayang senyuman manis menampakkan giginya yang tersusun dalam barisan sempurna.
"Saya akan assign seorang PA untuk awak. Sebenarnya dia lebih kepada manager. But, please treat her with respect. Urusan jadual kerja awak akan dikendalikan oleh Julia depends on flexibility kerja. Nanti apa-apa dia akan update. Buat sementara waktu, company akan daftarkan awak ke kelas lakonan dan kelas nyanyian."
"Err Encik Nas. Saya nak tanyalah, saya ni kerja bahagian apa ya?" Tanya Maya masih tidak faham skop kerja yang dia perlu jalankan.
Sepanjang perbincangan mereka di Kafe Meown sebelumnya, Naseem meminta Maya untuk menjadi suara latar dan dia hanya perlu berada dalam studio kerana suara latar itu akan disimpan dalam bentuk rakaman suara.
YOU ARE READING
Popstar
Storie d'amoreMaya Asmara & Naseem Bahar Maya cuma mangsa keadaan. Mangsa kekejaman skeptikal masyarakat yang mengagungkan kecantikan.