t i g a p u l u h s a t u

58 29 2
                                    

Artis Suam-Suam Kuku Kaki Judi?

Surat khabar yang memaparkan berita hiburan itu dicampak ke atas muka Maya.

"Ju? Kenapa?" Terkejut bukan kepalang Maya kerana mukanya menjadi mangsa. Helaian akhbar yang jatuh ke lantai dikutip kembali.

"Mulai hari ini saya bukan pengurus awak lagi Maya. Sekarang awak uruskan semua sendiri. Kalau pihak media cari awak, pandai-pandailah awak lari." Tegas Julia. Perkara yang berlaku sekarang bukan lagi dalam kawalannya jadi dia tidak akan membiarkan dirinya turut musnah kerana ulah Maya.

Maya yang masih bingung mencapai surat khabar dan dalam kandungan berita, namanya terpapar jelas di dada akhbar. Siap ada ruangan tambahan tentang pandangan dan ulasan daripada mufti lagi berkenaan isu tersebut. Maya menelan saliva yang terasa kesat.

"Kenapa semua jadi macam ni? Ju, Maya minta maaf."

"Aku dah banyak kali pesan dekat kau, Maya. Setiap kali nak sign apa-apa kontrak baca dulu semua. Jangan main hentam saja. Kau seronok sangat nak jadi famous ke sampai dah tak peduli job apa yang masuk? Asal ada orang offer semua kau sebat!" Pedas. Tajam. Menyakitkan hati. Lengkap semua pakej tersebut dalam bicara Julia. Tiada guna dia berlembut dengan Maya kalau perempuan itu masih besar kepala dan gila populariti.

"Ju, sumpah! Maya dah baca semua. Tak ada pun dalam kontrak nyatakan yang syarikat kewangan tu rupanya sebuah syarikat perjudian. Maya tak tahu apa-apa pun." Terang Maya keresahan.

"Benda dah jadi Maya. Aku rasa kau memang tak layak jadi artis. Dekat media sosial sekarang nama kau tengah naik sebab gosip murahan macam ni. Bukan setakat kau terkena, nama Cakerawala pun terpalit sama. Kau fikir sendiri apa yang kau nak jawab dengan Encik Nas nanti."

Empunya nama yang disebut tiba-tiba sahaja muncul tanpa diseru. Maya pantas mengelap linangan air mata di pipinya. Dia tidak mahu Naseem menghidu hubungan dia dengan Julia yang semakin hari semakin renggang.

"Masalah apa lagi kali ni?" Terlepas keluhan berat si majikan. Dia sudah agak Julia dan Maya akan berada di bilik rehat. Naseem sebenarnya sudah mendengar semua ucapan daripada Julia. Kalau benar Julia ingin berhenti dari menjadi pengurus Maya, itu adalah satu langkah yang bagus.

"Julia, buat masa sekarang awak akan kembali bekerja di ofis dan bukan lagi jadi pengurus artis. Awak boleh keluar, saya masih ada perkara yang saya nak bincang secara peribadi dengan Maya." Perintah Naseem.

"Terima kasih, Encik Nas." Ucap Julia dengan riak wajah bahagia. Sekurang-kurangnya dia bakal selamat dan tidak terheret sama dalam gosip Maya.

Setelah Julia berlalu barulah Naseem memandang ke arah Maya.

"Saya tak tahu macam mana nak jelaskan kepada Encik Nas. Banyak hal yang berlaku dalam minggu yang sama buatkan saya jadi penat. Selepas Encik Nas datang ke rumah saya, ada orang simbah pintu rumah saya dengan cat merah . Saya tak pernah berhutang dengan ah long. Saya nak buat report polis tapi Julia tak bagi. Sekarang isu ni pula. Saya tak tahu apa yang saya kena buat."

"Maya, saya minta maaf. Semua ni berlaku sebab saya nak bantu awak dapatkan job. Silap saya sebab tak selidik terlebih dahulu pasal syarikat tu. Mesti gosip macam ni mengganggu awak kan?" Kata Naseem. Walhal, lelaki itulah punca semua permasalahan yang berlaku sekarang.

"Encik Nas tak salah. Salah saya sendiri sebab tak kaji betul-betul tentang job yang saya terima."

Naseem mengangguk bak burung belantuk, mengakui sebahagian besarnya merupakan kesilapan dari pihak Maya sendiri.

"Saya rasa saya kena minta mereka turunkan iklan saya sebab saya tak nak terlibat sebagai artis yang mempromosikan judi." Lirih Maya bersuara saat menyampaikan keinginan.

"Maya. Sebenarnya, kontrak mereka dah nyatakan yang iklan akan run setiap 3 bulan dalam masa setahun. Kalau awak minta mereka turunkan iklan, saya takut syarikat mereka akan saman awak. Bila mereka saman awak, saya yakin mereka takkan minta ribuan ringgit mungkin boleh cecah berjuta sebab awak sendiri yang langgar kontrak."

"Habis nanti macam mana? Memang tak ada cara lain ke Encik Nas?" Maya yang terdesak kelihatan sangat menarik pada pandangan Naseem.

"Erm. Saya tak dapat tolong tapi saya ada kenal seseorang yang boleh tolong awak." Naseem mula memasang jerat.

"Siapa, Encik Nas? Kawan Encik Nas ke?"

"Dato' Afgan."

Sebaris nama itu tidak pernah dikenali oleh Maya. Benarkah Dato' Afgan boleh membantu mengeluarkan Maya dari kemelut gosip ini?


"Maya, jangan susah hati. Saya akan uruskan semua. Cumanya mungkin nanti kita perlu jumpa dia untuk bincang pasal ni terlebih dahulu."

Maya menyokong penjelasan Naseem tanpa sedikit pun keraguan. Zahirnya, dia menaruh kepercayaan kepada Naseem. Kesudian lelaki itu untuk menolongnya tanpa meminta balasan sedikit sebanyak membuatkan hati Maya tersentuh.

"Dah jangan buat muka monyok. Apa kata kalau Maya senyum dan fikir positif? Sebelum ni pun ada saja gosip lebih kurang macam ni menimpa artis lain. Kalau mereka boleh survive inikan pula awak, Maya. Janji saya masih sama. You're my star. My brightest star."

Perlahan-lahan bibir Maya merekah dengan senyuman. Bintang. Impiannya untuk menjadi bintang terang buat Naseem mula terwujud. She will be his brightest star forever.

"Lepas semuanya dah selesai, apa kata kalau kita bertunang?"

"Ber—Bertunang?" Terperanjat Maya dengan lamaran itu.


"Ya. Saya dah janji, jadi saya akan kotakan janji saya."



"Tapi..."

"Maya, awak takkan reject saya kan?"

Mereka saling beradu pandang. Sejujurnya Maya tidak berani untuk menolak bahkan untuk menerima. Setiap dari pilihan yang ada, kedua-duanya membuatkan Maya berasa tidak layak diberikan pilihan tersebut. Bagaimana dia, seorang perempuan yang biasa-biasa akan menjalani hidup di samping Naseem sebagai pemilik rusuk kiri lelaki itu?


Rasa tidak percaya diri Maya semakin menebal. Tahap keyakinannya punah-ranah. Ajaibnya, Naseem masih menawarkan Maya sebuah harapan. Harapan yang Maya sendiri takut untuk menerimanya.



"Sayang, tak apa. Saya faham. Awak masih ada banyak masa untuk fikir tentang hubungan kita. Saya nak awak tahu yang saya sangat-sangat sayangkan awak seikhlas hati saya." Pujuk Naseem lembut.



Hari itu, Maya memutuskan untuk bergantung harap kepada Naseem seutuhnya. Lelaki yang dicintai namun perasaan suci Maya itu tercemar dengan dendam dan benci.







🪸




Happy reading uolls
Hehe

PopstarWhere stories live. Discover now