Maya menyumbat earbuds di telinga. Paparan lagu di skrin telefon dileret ke kiri beberapa kali sehinggalah dia menemui senarai lagu yang diminati. Kepala diangguk-angguk perlahan menikmati muzik genre Indie yang menusuk ke saluran pendengarannya.
Let's fall in love for the night
And forget in the mornin'
Play me a song that you like
You can bet I'll know every line
I'm the boy that your boy hoped that you would avoid
Don't waste your eyes on jealous guys, fuck that noise
I know better than to call you mineSesekali Maya menyanyi kecil sambil menghayati lirik lagu. Mop di tangannya menjadi ganti sebagai mikrofon. Tanpa sedar tingkahnya itu diperhatikan oleh mata seseorang.
Fon telinga dicabut serentak dengan bunyi tepukan tangan dari muka pintu. Hampir luruh jantung Maya dibuatnya.
"Such a lovely voice." Puji lelaki itu bersama senyuman.
"Ahh... thank you. I'm sorry for taking your time. Cleaning takes time longer..."
"Tak apa. Saya dah check out. Naik balik sebab nak pick up barang tertinggal. I drop my wallet. Brown colour, Hermes. Ada nampak tak?"
"Oh. Yang ni kan?" Satu dompet kulit yang diserahkan kepada bekas penghuni bilik itu kembali.
"Thanks. By the way, awak nampak muda. Kalau berminat dengan seni mungkin awak boleh hubungi saya." Sekeping kad perniagaan mula bertukar tangan.
Pada kad nama itu tertera jelas nama sebuah syarikat, nombor telefon pejabat, emel dan juga lokasi pejabat.
"Cakerawala Productions? Encik..." Maya mengangkat muka namun figura lelaki tadi sudah hilang dari pandangan mata.
Laju betul sahih ada kuasa magik kerana boleh menghilang dalam sekelip mata. Maya jengulkan kepala ke luar bilik dan dia tengok lelaki yang segak bergaya tadi ayu bersimpuh betul-betul di tengah laluan yang menghubungkan bilik-bilik lain.
"Eh encik okey ke?" Maya menyoal risau. Tambah lagi bila lelaki itu tak ubah seperti hantu ngensot dengan lagaknya yang mengengsot di atas lantai.
"Okey. Okey. Jangan risau." Sambil meringis sakit lelaki itu sedaya upaya cuba untuk berdiri.
Maya cuma mampu menggaru kepala yang tidak gatal. Pelik-pelik saja pelanggan Bayu Resort yang ditemuinya. Bila melihatkan lelaki itu sudah mampu berdiri, Maya masuk kembali ke bilik dan menyambung kerja-kerja pembersihan. Kad perniagaan yang diterima oleh Maya tadi disimpan dalam saku seluar kargo yang dipakainya.
"Maya."
Sekali lagi hampir melompat keluar jantung Maya bila disergah sebegitu. Maya mengurut-ngurut dada. Dia menjeling lelaki yang tersenyum seperti seorang pesalah di hadapan.
"Jeff terkejut aku! Bagilah salam dulu lain kali." Tegur Maya dengan muka cemberut.
"Sorry Maya. Assalamualaikum sayang." Sapa Jeffri kembali. Mendengar sahaja ucapan salam daripada Jeffri itu Maya menahan senyum.
"Ehem! Waalaikumussalam. Ada apa?" Riak mukanya cuba dikawal sebaik mungkin bimbang diusik oleh Jeffri.
"Sekarang dah pukul 1.00 petang. Kau tak nak lunch ke? Jangan cakap kau diet pulak harini."
"Cepatnya dah pukul satu? Sorry tapi aku tak boleh lunch sekali. Ada hal. Hari ini aku part time half day tau. Pape roger, Jeff. Bye!" Maya kelihatan kelam-kabut mencapai alatan pembersihan dan mengangkat plastik sampah yang telah dikumpulnya.
YOU ARE READING
Popstar
RomanceMaya Asmara & Naseem Bahar Maya cuma mangsa keadaan. Mangsa kekejaman skeptikal masyarakat yang mengagungkan kecantikan.