Riuh-rendah suara di bilik kerja membuatkan Julia cuba melarikan diri ke ruangan lain. Mana tidaknya, dengan beberapa orang kru produksi yang sakan berborak seperti di Pasar Basah. Julia inginkan ketenangan saat ini kerana dia ada misi penting. Lantas pantri menjadi tempat pilihan pertama Julia.
Julia beruntung kerana ruang pantri yang lengang itu memberinya sedikit ketenangan jiwa. Mesin kopi percuma yang berada di sudut dinding dituju. Dia menekan butang-butang tertentu pada mesin itu untuk membuat pilihan minuman. Tidak sampai tiga minit, secawan kopi hangat frappucino siap untuk diminum.
Julia mula melilau mencari tempat yang strategik untuk dia duduk sambil menikmati kopi kegemaran. Kornea matanya terlihat sosok tubuh yang dikenali, lantas tubuhnya bergerak merapat. Tempat duduk di sebelah Maya segera diisi. Maya menoleh seketika dan mereka saling berbalas senyuman.
"Tahniah untuk drama pertama Maya. Walaupun ada sikit je scenes but you are the best. Maya pernah ambil kelas lakonan dengan professional ke dulu?" Sakat Julia.
"Terima kasih Ju. Semuanya sebab Ju juga yang banyak tolong Maya." Ungkap Maya merendah diri.
"Dah sedia ke untuk next drama? Kali ni watak dia lebih berat tau sebab kena main emosi. Tapi kan Julia yakin Maya mesti boleh buat sebab Julia rasa Maya akan jadi pelakon wanita yang paling hebat di Malaysia."
"Shh, Ju. Jangan cakap kuat-kuat nanti orang tuduh Maya rasuah Ju supaya puji Maya."
Kedua-dua gadis itu tergelak. Julia sangkakan Maya tidak pandai melawak, nyatanya gadis itu pandai mengambil hati dan membuat jenaka. Hari ini Julia mula melihat Maya dari perspektif yang berbeza. Gadis seperti Maya juga mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri.
"Maya, nanti kalau Maya dah mula penggambaran drama jangan rapat sangat dengan hero drama tu tau. Maya kena hati-hati."
"Kenapa?" Maya bertanya dalam kehairanan.
"Sebab Ju dengar dia suka mengayat perempuan. Macam biasalah pelakon lelaki yang baru naik. Ada rupa sikit ada bakat sikit terus poyo. Jadi, dia akan fikir semua wanita ni terkejar-kejar nak dekat dia. Ingat, jangan termakan dengan kata-kata manis lelaki. Dia tu pematah hati berjaya."
"Oh. Apa nama dia, Julia?" Maya terkebil-kebil bingung. Dia belum lagi tahu kesemua senarai casting untuk drama terbaru nanti. Barangkali Naseem sudah memberitahu Julia terlebih dahulu.
"Fattah. Fattah Halkum."
Sebaik sahaja nama pelakon tersebut disebut oleh Julia, air kopi yang diminum oleh Maya tersembur keluar. Maya yang mahu ketawa membatalkan hasratnya saat melihatkan riak wajah bersahaja Julia.
"So, umm...kenapa dia pilih stage name macam tu?"
"Sebab dalam industri seni dekat Malaysia ni dah ramai pelakon dan penyanyi menggunakan nama Fattah. Ada Fattah Hedon, Fattah Kayky, Fattah Hatty, dan macam-macam lah yang patah. So, dia nak kelainan dan unik dia pilih Fattah Halkum."
Maya mencerna maklumat yang baru diterima. Dia faham kalau nama pentas yang sama digunakan seperti pelakon lain, peminat dan media akan keliru. Lagi-lagi kalau ada sebarang kontroversi. Tidak pasal-pasal yang tidak bersalah pun boleh terpalit sekali.
"Ingat Maya, jaga diri." Ulang Julia lagi.
"Baik bos!"
🪸
Hari pengambaran drama Cinta Muka Buku tiba dalam sekelip mata. Maya masih gementar namun dia mencari cara untuk menenangkan dirinya. Pilihannya tentulah kismis minda.
YOU ARE READING
Popstar
RomanceMaya Asmara & Naseem Bahar Maya cuma mangsa keadaan. Mangsa kekejaman skeptikal masyarakat yang mengagungkan kecantikan.