"Selamat pagi semua". Kata cikgu Faridah kepada pelajar 4 Amanah. Kelas paling pintar,Cikgu Faridah ialah cikgu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
"Selamat pagi cikgu Faridah". Balas pelajar 4 Amanah.
"Semua boleh duduk. Hari ni kita ada pelajar baru". Kata Cikgu Faridah kepada pelajar 4 Amanah. Semua pelajar kelihatan berbisik antara satu sama lain.
"Cikgu, siapa pelajar baru tu?" Tanya Zeti pada Cikgu Faridah. Zeti adalah budak paling popular di sekolah itu.
"Ahmad Daniel, awak boleh masuk". Apabila Ahmad Daniel mendengar namanya dipanggil dia terus masuk ke dalam kelas 4 Amanah dengan bergayanya.
Satu kelas terpegun dengan kekacakan yang dimiliki oleh Ahmad Daniel. Pelajar perempuan memandang Ahmad Daniel tanpa berkelip , kecuali seorang pelajar perempuan. Dia langsung tidak memandangnya.
"Nama pelajar baru kita ni ialah Ahmad Daniel. Dia baru menetap di Kuala Lumpur, sebelum ini dia menetap di Johor baharu selama 3 tahun. Kamu semua dah tahu serba sedikit tentang Ahmad Daniel, jadi awak boleh duduk dekat sebelah Kamal". Kamal adalah ketua kelas bagi 4 Amanah. semasa Ahmad Daniel menuju ke tempat duduknya dia hanya memerhati gadis yang duduk di meja yang paling belakang. Gadis itu ialah Puteri Syasya.
Selepas beberapa mata pelajaran, tibalah waktu rehat. Semua pelajar pergi ke kantin kecuali Puteri Syasya dan Ahmad Daniel. Puteri Syasya tidak ke kantin kerana duitnya telah diambil oleh 2 orang remaja perempuan sewaktu hendak ke sekolah tadi.
Semasa Puteri Syasya sedang membuat latihan yang diberi oleh cikgu, Ahmad Daniel duduk di kerusi berhadapan dengan Puteri Syasya. "Hi. Saya Ahmad Daniel". Kata Ahmad Daniel kepada Puteri Syasya sebagai tanda membuka bicara.
"Saya Puteri Syasya". Balas Puteri Syasya dengan suara agak perlahan.
"Sedap nama, macam orangnya". Balas Ahmad Daniel dengan tersenyum. Puteri Syasya tekun dengan kerja sekolahnya. Dia langsung tidak menoleh ke arah Ahmad Daniel, kerana Puteri Syasya malu apabila berbual dengan lelaki.
"Nanti kita berbual lagi. Ok?". Kata Ahmad Daniel kepada Puteri Syasya. Ahmad Daniel terus duduk di mejanya. Beberapa minit kemudian pelajar 4 Amanah pun tiba. Mereka pun belajar seperti biasa.
~bersambung~
#maaf kalau bahasa melayu saya tak berapa betul *∩__∩
YOU ARE READING
Cinta awak selamanya√
RomantizmHanya dengan satu salah faham, Puan Mariah menyangka Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang mabuk bercinta. Ahmad Daniel! Puteri Syasya amat membenci jejaka itu kerana lelaki itu telah memalukannya di hadapan semua pelajar di dalam kelas mereka. wal...