Assalammualaikum. Sorry baru skrg sy muncul semula setelah sekian lama menghilangkan diri.. Akhirnya.. Sy dpt juga sambung cerita ni, so slmt membaca.. Maaf klau ade bnyk typo.. Dah lama tak menaip.. Haha
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•Keesokan harinya, pada waktu rehat, Ahmad Daniel pergi berjumpa dengan Kamal di sebuah restoran, manakal Puteri Syasya keluar makan bersama Farah.
"So, korang macam mana?" Kamal memerhati wajah Ahmad Daniel yang kelihatan muram.
"Aku dah tak tahu nak buat apa, sejuk beku je, tak boleh nak cair langsung." Ahmad Daniel menghirup jus oren yang dipesan olehnya.
"Kau trylah pikat hati dia. Kalau kau bagi ayat manis je pun, tak ada guna. Kau kena juga buat something bagi dia angau dengan kau." Kamal menaikkan keningnya sambil memberi senyuman penuh makna.
"Maksud kau?" Ahmad Daniel masih lagi tidak dapat menangkap apa yang ingin dikatakan oleh Kamal.
Kamal membisik sesuatu ke telinga Ahmad Daniel. Dia mengangguk tanda mengerti dan tersenyum dengan rancangan yang dicadangkan oleh Kamal. Untung ada kawan yang dapat membantu ni.
Pukul 9:30 malam
Puteri Syasya sedang menonton cerita kegemarannya di kaca televisyen. Dia memberikan tumpuan sepenuhnya pada cerita kegemarannya. Korang rasa cerita apa paling romantik? Mestilah cerita Korea.. Kan kan kan? Hahah
Ahmad Daniel yang baru turun dari bilinya terus menuju ke arah Puteri Syasya, dia duduk di sebelah Puteri Syasya. Tetapi Puteri Syasya masih lagi leka dengan cerita kegemarannya.
"Awak tengah tengok cerita apa ni?" Ahmad Daniel terus meneliti wajah Puteri Syasya.
"Korea." Mata Puteri Syasya langsung tidak beralih dari terus memandang televisyen.
"Oh." Ahmad Daniel merapatkan kedudukannya dengan Puteri Syasya.
Puteri Syasya tidak mempedulikan langsung apa yang dilakukan oleh Ahmad Daniel. Matanya memang benar-benar memberi tumpuan.
"Awak..." Ahmad Daniel memanggil Puteri Syasya demgan lembutnya.
"Hmm.. Janganlah kacau, pergi main jauh-jauh." Puteri Syasya memandang Ahmad Daniel sekilas dan menghalaunya supaya beredar dari situ.
"Tak nak! Saya nak duduk sini juga." Ahmad berpeluk tubuh dan menarik muka tanda merajuk.
"Suka hati awak, tapi jangan kacau saya." Puteri Syasya bercakap dengan Ahmad Daniel tapi matanya menghadap televisyen. Kau fikir aku nak pujuk kau? Pujuklah diri sendiri.
Ahmad Daniel geram dengan Puteri Syasya yang langsung tidak mempedulikannya. Tiba-tiba dia teringat dengan rancangannya di kembali normal. Tak boleh merajuk lama lama nanti plan tak jadi.
30 minit kemudian, cerita yang ditonton oleh Puteri Syasya sudah tamat. Puteri Syasya ingin bangun dari kedudukannya, tetapi tangannya ditarik hingga dia terduduk semula.
"Awak ni kenapa?! Tak nampak ke saya nak bangun?!" Puteri Syasya memandang Ahmad Daniel dengan perasan geram.
"Saya nak cakap something."
"Apa dia? Cakaplah." Tangan Puteri Syasya masih lagi dipegang oleh Ahmad Daniel, walaupun Puteri Syasya menarik tangannya dari genggaman Ahmad Daniel tapi gagal.
"Minggu depan, kita pergi honeymoon."
"Apa? Honeymoon? Awak pergilah seorang, saya tak nak pergi." Puteri Syasya tidak lagi memandang wajah Ahmad Daniel kerana marah dengan apa yang diberitahu oleh Ahmad Daniel. What? Honeymoon? Orang yang kahwin dengan perasaan cinta je layak pergi honeymoon.
"Kalau saya pergi seorang, itu bukan honeymoon tapi travel. Saya tak kira minggu depan kita pergi juga." Ahmad Daniel tetap tidak mahu mengalah. Dia harus meneruskan rancangannya.
"Kalau saya kata saya tak nak pergi?" Puteri Syasya memandang Ahmad Daniel.
"Kalau awak tak nak pergi, dalam rumah ni pun boleh jadi tempat honeymoon kita." Ahmad Daniel mendekatkan wajahnya dengan wajah Puteri Syasya.
Puteri Syasya mula panik dengan apa yang ingin dilakukan oleh Ahmad Daniel. Dia menolak wajah Ahmad Daniel dan terus berlari ke tangga sambil berkata. "Saya tetap tak nak pergi!"
"Saya tetap akan cari jalan supaya kita pergi sama-sama."
Seminggu kemudian. Di dalam bilik pejabat Ahmad Daniel
"Puteri, nanti lepas lunch awak ikut saya pergi tapak projek dekat Ampang." Ahmad Daniel memandang tepat wajah isterinya yang sedang duduk di hadapannya.
"Baik Encik Daniel, ada apa-apa lagi?" Puteri Syasya memandang Ahmad Daniel.
"Nanti lunch dengan saya, tak ada alasan." Ahmad Daniel cepat-cepat menghabiskan ayatnya apabila melihat Puteri Syasya ingin menolak.
Puteri Syasya menarik muka."Yelah. Encik Daniel." Puteri Syasya terus keluar dari bilik Ahmad Daniel.
Selepas waktu lunch Ahmad Daniel dan Puteri Syasya menaiki kereta untuk pergi ke tapak projek yang dikatakan oleh Ahmad Daniel. Tapi sebenarnya Ahmad Daniel sudah membuat perancangan seterusnya.
Mereka menuju ke Ampang seperti yang dikatakan oleh Ahmad Daniel. Puteri Syasya pelik kerana bukan ke 2 minggu yang lepas mereka sudah ke sini tetapi kenapa Ahmad Daniel ke sini lagi? Ah lantak ah yang penting dia tak bawa aku pergi tempat yang bukan-bukan.
"Encik Daniel, sekarang dah nak dekat pukul 6:00 petang, bila kita boleh balik?" Puteri Syasya bertanya pada Ahmad Daniel.
"Dah nak baliklah ni, kejap." Ahmad Daniel pergi nerjumpa dengan pengurus bangunan tersebut, beberapa minit kemudian mereka meninggalkan tempat itu.
Di dalam kereta Puteri Syasya sudah terlelap akibat terlalu penat berdiri, berjalan kesana ke sini mengikuti Ahmad Daniel. Ahmad Daniel memandang wajah Puteri Syasya sekilas. Kalau holeh dia nak tenung je wajah Puteri Syasya tetapi disebabkan dia tengah memandu dia batalkan niatnya.
Puteri Syasya tersedar dari tidur setelah mendengar suara seseorang memanggilnya berulang kali. Aduh! Memekak betullah. Puteri Syasya masih lagi dalam keadaan mamai menjawab. "Apa dia?"
"Kita dah sampai ni." Ahmad Daniel memerhati wajah isterinya yang sedang mamai. Haish isteri siapalah yang comel sangat ni? Isteri Ahmad Daniellah.
"Dah sampai rumah ke? Kenapa lama sangat." Puteri Syasya menggosok matanya.
"Bukan rumah, tapi Cameron Highland." Ahmad Daniel menjawab dan dia terus menutup telinganya.
"What?! CAMERON HIGHLAND?! DANIEL!!" Boleh pecah cermin kereta bila Puteri Syasya menjerit. Nasib baik dekat tempat letak kereta ni sunyi je, kalau tak mahunya aku kena belasah sebab mengganggu ketenteraman orang lain.
Puteri Syasya memandang Ahmad Daniel dengan renungan tajam manakal Ahmad Daniel hanya menayang gigi dambil membuat muka tak bersalah.
Bersambung....
YOU ARE READING
Cinta awak selamanya√
RomanceHanya dengan satu salah faham, Puan Mariah menyangka Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang mabuk bercinta. Ahmad Daniel! Puteri Syasya amat membenci jejaka itu kerana lelaki itu telah memalukannya di hadapan semua pelajar di dalam kelas mereka. wal...