Waktu lunch..
Puas juga Puteri Syasya menolak perlawaan Ahmad Daniel untuk mengajaknya keluar lunch sama-sama, macamlah Ahmad daniel tak tahu yang dia nk jumpa klien waktu lunch tapi tetap nak ikut, lepas kena bebel baru tak jadi.
Puteri Syasya menunggu di restoran yang tidak jauh dari pejabatnya, sedang asyik termenung seseorang menegurnya. "Cik, Cik Puteri Syasya ke?" Seseorang menegurnya.
"Ye saya. Encik siapa?" Puteri Syasya memandang lelaki di hadapannya pelik. Lelaki yang bermuka ala-ala mamat korea berkulit putih memandang ke arah Puteri Syasya.
"Saya Rayan, sepatutnya bos saya yang datang jumpa dengan Cik Puteri, tapi disebabkan dia ada emergency jadi dia tak dapat nak datang." Rayan menarik kerusi di hadapan Puteri Syasya.
"Ouh. Tak apa, saya faham. Kalau macam tu, kita makan dulu and then baru bincang. Boleh?" Perut Puteri Syasya dah berbunyi minta diisi.
"Oh. Boleh boleh. Lagi pun saya pun tengah lapar juga ni." Rayan memanggil pelayan untuk mengambil pesanan mereka.
Situasi Ahmad Daniel~
Kamal dan Ahmad Daniel masuk ke dalam restoran yang sama dengan Puteri Syasya.
"Eh, itu Puteri kan?" Kamal menunjukkan ke arah gadis yang dirasakan seperti Puteri Syasya. Mereka duduk ditempat yang tersorok sedikit jadi Puteri Syasya tak perasan kehadiran mereka di situ.
"Haah, dia jumpa klien." Ahmad Daniel melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Kamal.
"Handsome siot klien dia. Tak cemburu ke?" Kamal melihat Ahmad Daniel yang berhadapannya.
"Aku bukannya kaki cemburu macam kau. Kau jangan nak jadi syaitan dalam rumah tangga aku, kang ada juga orang yang dapat makan penumbuk aku ni." Kedengaran Ahmad Daniel berkata serius tetapi hanyalah bergurau.
"Gurau je, jangan marah. Ok?"
"Yelah, aku dah lapar ni. Panggil pelayan." Ahmad Daniel menyuruh Kamal memanggil pelayan.
Tiba-tiba seseorang datang menuju ke arah Puteri Syasya. "Hai Puteri." Zeti berada di belakang Puteri Syasya. Puteri Syasya berpaling dan terlihat senyuman sinis yang diberikan. Rayan hanya memandang pelik ke arah perempuan yang seksi itu.
"Kau buat apa dekat sini? Tak nampak ke aku tengah sibuk meeting ni?" Puteri Syasya malas hendak melayan minah gedik ni. Buat migrain je nanti.
"Meeting? Atau pun boyfriend baru."
Ahmad Daniel yang terlihat situai itu cuba menuju ke arah mereka tetapi dihalang oleh Kamal. "Kau kenapa?"
"Kita tengoklah apa diaorang nak buat. Mana tahu masa ni Puteri ada nak cakap sesuatu yang mungkin susah kau nak dengar."
Ahmad Daniel duduk semula di tempatnya. Risau juga Ahmad Daniel terhadap isterinya manalah tahu minah tu simbah air ke apa ke, tak ke naya.
"Boyfriend? I'm not player, ok?" Puteri Syasya malas hendak memandang wajah sinis Zeti.
Kini Zeti berada di sisi meja. "Yeke? Kau tak payah nak menipu akulah, aku tahu perempuan jenis kau ni, hanya pandang duit je. Aku kesian dekat Daniel sebab kahwin dengan perempuan macam kau."
"Lagi kesian dekat kau, sebab terkejar-kejar benda yang tak mungkin kau miliki. Untuk pengetahuan kau, aku tak akan sesekali melepaskan milik aku kepada orang yang macam kau! Daniel cintakan aku, aku cintakan Daniel. Jadi dia akan jadi milik aku sampai aku mati! Hanya milik aku seorang! Faham minah tak tahu malu?!" Hampir seluruh pelanggan di dalam restoran itu memandang mereka berdua. Rayan juga hanya berdiam diri tak nak masuk campur. Ahmad Daniel dan Kamal sudah melopong mendengar luahan hati Puteri Syasya.
Zeti begitu geram apabila dihina sebegitu rupa, dia mengambil air dan menyimbah ke arah Puteri Syasya, seluruh bajunya habis basah terkena air. "Itu balasan kau kerana hina aku!"
Ahmad Daniel yang terlihat situasi semakin menegang terus meuju ke arah Puteri Syasya dan membuka kot yang dipakainya lalu memakaikan kepada Puteri Syasya. Puteri Syasya terkejut dengan kehadiran Ahmad Daniel di situ.
"Zeti! Kau tak ada adab ke? Kau,blah dari sini sekarang!" Ahmad Daniel menghalau Zeti keluar dari restoran itu. Zeti hanya mengetap bibir dan dia berlalu dari situ.
"Awak okay?" Ahmad Daniel memandang ke arah Puteri Syasya.
"Saya okay."
"Sorry Cik Puteri, saya pergi dulu, lain kali kita bincang lagi. And saya nak minta maaf kalau sebab saya semua ni jadi." Rayan memohon maaf kepada Puteri Syasya.
"Sokay. Next time, kita bincang lagi pasal ni." Rayan terus beredar dari situ.
"Saya nak balik pejabat." Puteri Syasya bersuara.
"Awak balik rumah jelah, baju awak dah basah tu."
"Saya ada baju spare, saya balik pejabat dulu." Puteri Syasya terus berlalu dari situ. Semua pelanggan di dalam restoran itu memandang ke arahnya. 'Pandang, pandang. Apahal? Tak pernah tengok drama spontan ke apa?' Puteri Syasya mengomel di dalam hati.
Ahmad Daniel duduk semula ditempatnya tadi. "So? Kau dah dengar luahan hati dia. She love you."
"Are you sure? Mana tahu dia just cakap je sebab tengah marah." Ahmad Daniel cuba mencari kepastian.
"Puteri ni jenis dia akan cakap benda yang memang dia maksudkan, tak kiralah waktu dia marah ke, terluka ke." Kamal cuba nempercayakan Ahmad Daniel.
"Tapi, aku tak pasti betul atau tak apa yang dia cakapkan tadi." Kamal bersuara.
"Kau ni cakap macam tak pernah sekolah. Berbelit, kejap kata itu kejap kata ini. Haish... Aku pang kau jap lagi." Ahmad Daniel sudah mengangkat tangan ala-ala nak menampar seseorang.
"Sorrylah. Jangan marah, aku pun tak tahu betul ke tak. Kalau kau nak kepastian kau tanya dia sendiri. Okay? Aku lapar ni, jom makan dulu."
Puteri Syasya terus masuk ke dalam biliknya. Beberapa orang memandang Puteri Syasya pelik kerana baju yang dipakai oleh Puteri Syasya pada waktu pagi tadi berbeza dari sekarang.
"Zeti! Kalau kau nak sangat Daniel kau ambillah! Kau fikir aku kisah ke?! Perempuan tak ada adab betul! Suka-suka hati kau je siram air dekat aku. Kau fikir aku besen ke?" Meluap-luap api kemarahan Puteri Syasya.
Hi pembaca CINTA AWAK SELAMANYA.. Sorry sbb sy dh lama tk update, almaklumlah busy sgd². Dan sorry if bab kali ini agak pendek. Memang agak busy tahun ni... Huhu.. Mesti pembaca tertunggu tunggu bilalah sy nk update, so hari ni sy update... Hahaha... Maaf if bab kali ini sy bnyk typo.. Tp sebenarnya bab seblom ni pon sy bnyk typo.. Hahaha... Bab yg akan dtg x thu lh bila sy boleh update... Haish... Thun ni mmg agak menyeramkan bagi sy.... Huhuhuu takutnya~~ hahahah... Anyway just enjoy your reading.... Bye bye..
YOU ARE READING
Cinta awak selamanya√
RomanceHanya dengan satu salah faham, Puan Mariah menyangka Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang mabuk bercinta. Ahmad Daniel! Puteri Syasya amat membenci jejaka itu kerana lelaki itu telah memalukannya di hadapan semua pelajar di dalam kelas mereka. wal...