Seminggu sudah berlalu, mereka menjalankan kehidupan seperti biasa, malah lebih bahagia dari dulu. Ahmad Daniel dan Puteri Syasya ke pejabat dengan menaiki kereta Ahmad Daniel.
"Sayang nanti kita lunch sama-sama eh?" Ahmad Daniel mengerling ke arah Puteri Syasya. Tengah bawa kereta tak boleh nak tenung lama-lama takut kemalangan pula.
"Okey." Sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulut Puteri Syasya. Ahmad Daniel masih fokus memandu kereta. Keadaan mereka sunyi sehinggalah tiba di pejabat.
Ahmad Daniel melihat jam tangannya. Sudah pukul 1:00 petang. Ahmad Daniel keluar dari biliknya lalu menuju ke bilik Puteri Syasya. Puteri Syasya arkitek mesti ada bilik sendiri.
"Sayang jom lunch."
"Jom." Puteri Syasya yang sedang membuat kerjanya berhenti lalu mencapai beg tangan dan berlalu pergi.
Di dalam kereta~
"Kita nak lunch dekat mana?" Puteri Syasya memandang Ahmad Daniel yang sedang memandu.
"Hmm.. Sayang nak makan dekat mana?"
"Kita makan dekat restoran ibulah."
"Okey sayang." Ahmad Daniel memandu ke destinasi yang ingin mereka pergi.
Semasa Puteri Syasya dan Ahmad Daniel masuk ke dalam restoran kelihatan Farah dan Kamal sedang makan bersama. Puteri Syasya dan Ahmad Daniel menuju ke arah mereka.
"Woi beb, korang bercinta kan?" Terkejut Farah apabila diterjah oleh Puteri Syasya. Nasib baik tak terpelanting sudu yang dipegang.
"Salam mana salam? Terkejut aku!" Farah sudah membebel.
"Assalammualaikum." Puteri Syasya duduk disebelah Farah dan Ahmad Daniel duduk di sebelah Puteri Syasya.
"Wei Daniel! Duduklah sebelah aku, nak juga berkepit dengan isteri kau." Kamal bersuara.
"Eleh suka hati akulah, kau jealous kan?"
"Tak ada masa aku nak jealous dengan kau."
Kalau dah jumpa kawan apa lagi? Berborak jelah kerjanya. Haha..
Pukul 9:45 malam.
Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang menonton televisyen di ruang tamu. Puteri Syasya melentokkan kepalanya di bahu Ahmad Daniel.
"Abang, esok sayang balik lambat tau, sebab ada meeting dengan klien."
"Sayang balik pukul berapa? Nanti abang ambil sayang."
"Tak apa, esok sayang naik kereta. Boleh kan?" Puteri Syasya memeluk Ahmad Daniel.
"Boleh, tapi hati-hati tau." Ahmad Daniel mencium dahi Puteri Syasya. Dia memandang wajah isterinya lama.
Puteri Syasya berasa mukanya sudah merah menahan malu dengan pandangan Ahmad Daniel. "Kenapa abang pandang sayang macam tu?"
Ahmad Daniel mendekatkan wajahnya dengan Puteri Syasya lalu terus merapatkan bibirnya dengan bibir Puteri Syasya. "Sayang nampak seksilah malam ni."
Muka Puteri Syasya sudah merah. "Abang jangan nak gatal eh! Sayang nak tengok tv."
Ahmad Daniel sudah tergelak. Puteri Syasya malas hendak melayan suaminya, dia terus menonton televisyen tanpa menghiraukan Ahmad Daniel yang merenungnya.
Keesokan harinya, Ahmad Daniel risau keberadaan Puteri Syasya. Jam sudah menunjukkan ke angka 8 malam. Tapi Puteri Syasya masih lagi belum pulang. Beberapa minit kemudian, pintu utama diketuk. Ahmad Daniel bergegas membuka pintu, tidak sempat Ahmad Daniel mengelak mulutnya ditekup dengan kain oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, matanya mula layu dan akhirnya dia tidak sedarkan diri.

YOU ARE READING
Cinta awak selamanya√
RomansaHanya dengan satu salah faham, Puan Mariah menyangka Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang mabuk bercinta. Ahmad Daniel! Puteri Syasya amat membenci jejaka itu kerana lelaki itu telah memalukannya di hadapan semua pelajar di dalam kelas mereka. wal...