Keesokan harinya, Puteri Syasya pergi ke pejabat lebih awal dari biasa, dia tak mahu terserempak dengan Ahmad Daniel, tetapi apabila difikir lagi, dia tak dapat mengelak, almaklumlah, bos sendiri, dekat pejabat jumpa juga.
Puteri Syasya memasuki lif yang sudah tersedia terbuka. Puteri Syasya menekan butang 'tutup' untuk menutup pintu lif, tetapi seseorang menahan dari luar.
'Alamak, siapa yang nak masuk ni? Naluri aku kata Encik Daniel yang tahan. Hope-hope naluri aku salah.' Puteri Syasya berbisik dihati sendiri.
Pintu lif kembali terbuka dan terpampanglah wajah Ahmad Daniel yang berkaca hitam dan perasan kacak tu. Ahmad Daniel merenungnya. Hehe
'Andwae!!!!.' Puteri Syasya menjerit di dalam hatinya. Ahmad Daniel memasuki lif itu, dia membuat seperi Puteri Syasya tidak wujud di situ.
'Dah kenapa bos aku ni? Buang tabiat ke? Ataupun dah bisu? Selalunya dia yang paling riuh-rendah.' Sekali-sekali Puteri Syasya memandang wajah Ahmad Daniel dari tepi.
"Kenapa awak pandang saya? Rindu eh nak dengar suara saya yang merdu ni?" Ahmad Daniel perasaan dengan pandangan Puteri Syasya. Mungkin terlampau kacak di mata Puteri Syasya, sebab tu asyik pandang-pandang jer dia. Perasan betul Ahmad Daniel ni.
"Tolonglah Encik Daniel. Jangan perasan boleh tak? Saya pelik jer tengok Encik Daniel hari ni, diam semacam je." Puteri Syasya menahan malu. 'Alamak! Macam mana boleh kantoi! Tulah kau! Lain kali jaga mata, jaga hati. Tutup rapat-rapat.'
"Yelah tu, cakaplah awak rindu...." Ahmad Daniel sengaja memanjangkan perkatan 'rindu' untuk melihat reaksi Puteri Syasya.
"Malas saya nak layan Encik Daniel. Boleh sakit otak saya." Puteri Syasya membuat muka selamba.
Beberapa minit mereka di dalam lif tambah-tambah lagi ada Ahmad Daniel. Memang boleh sakit kepala Puteri Syasya melayan mamat romeo perasan handsome tu, akhirnya terbuka juga pintu lif itu. Puteri Syasya terus keluar dari situ. Tak tahan berada dekat dengan Ahmad Daniel.
"Eh, awak! Tunggulah saya!" Ahmad Daniel menjerit memanggil Puteri Syasya yang sudah berada di hadapan darinya.
"Asal pulak aku nak tunggu kau." Puteri Syasya bercakap sendirian...
Puteri Syasya tidak mempedulikan jeritan Ahmad Daniel, kali ini dia memang geram dengan lelaki itu. Dia tidak peduli jika Ahmad Daniel mahu pecatnya sekali pun.
Kini Puteri Syasya berada di dalam biliknya. Ahmad Daniel turut masuk ke dalam bilik Puteri Syasya.
"Encik Daniel buat apa dekat bilik saya ni? Encik Daniel tak ada kerja ke?" Puteri Syasya memandang tepat ke mata Ahmad Daniel, tetapi jantungnya berdegup kencang, dia cepat-cepat melarikan pandangannya. Menyesal pulak terlebih berani, sekarang diri sendiri yang malu.
"Saya nak cakap, malam ni jangan lupa, makan malam bersama keluarga kita tau, pakai cantik-cantik tau sayang. Bye bye. Love you." Ahmad Daniel sempat mengenyitkan matanya ke arah Puteri Syasya sebelum berlalu pergi ke biliknya.
Puteri Syasya menanahan malu teramat sangat dengan kelakuan gatal Ahmad Daniel.
Pukul 12:50 tengah hari.
Ahmad Daniel dan Alina membincangkan soal kerja di dalam pejabat Ahmad Daniel. Alina adalah pembantu peribadinya.
"Encik Daniel, kalau tak ada apa-apa lagi, boleh tak saya keluar waktu lunch dah dekat ni." Alina melihat jam tangan yang berwarna coklat cair itu.
"Ok, awak boleh keluar." Ahmad Daniel membenarkan Alina keluar. Alina berdiri dari tempat duduk dan melangkah ke pintu keluar, tetapi tiba-tiba Ahmad Daniel memanggilnya dan membuat langkah Alina terhenti, dia pusing menghadap Ahmad Daniel.
"Ye Encik Daniel?." Alina senyum kelat. Maklumlah tengah lapar, tiba-tiba je bos panggil lagi.
"Awak panggil Puteri Syasya suruh masuk ke bilik pejabat saya sekarang. Saya ada hal nak bincang dengan dia." Kata Ahmad Daniel memberi pesanan kepada Alina sebelum keluar.
Alina mengangguk tanda mengerti, dia terus keluar dari pejabat Ahmad Daniel.
Beberapa minit kemudian, seseorang mengetuk pintu. Ahmad Danil tersenyum kerana dia pasti garangan yang mengetuk pintu itu adalah Puteri Syasya. "Masuk."
Alina membuka pintu dan berdiri di hadapan Ahmad Daniel. Ahmad Daniel kecewa, senyumannya mati kerana bukan Puteri Syasya di hadapannya.
"Maaf Encik Daniel, Puteri Syasya, dia dah keluar."
"Oh.. tak apalah kalau macam tu, awak boleh pergi lunch." Ahmad Daniel membuat senyum kelat di hadapan Alina.
Alina menuntup pintu. Ahmad Daniel keluar dari pejabat, dia ingat mahu mengajak Puteri Syasya keluar makan bersama, tapi.....
"Fakrul, sorry lambat. Awak dah lama tunggu ke?." Puteri Syasya memohon maaf kepada Fakrul. Mereka selalu keluar makan bersama. Farah? Kekadang je... busy, dah jadi bos katakan.
"Saya pun baru sampai, awak nak makan apa?." Fakrul memerhati Puteri Syasya yang sedang menarik kerusi untuk duduk dihadapannya.
"Erm... macam biasa jelah." Puteri Syasya senyum ke arah Fakrul.
Seorang pelayan lelaki menuju ke arah meja mereka. Selesai mengambil pesanan mereka berdua, pelayan tersebut berlalu pergi.
"So?." Fakrul membuka bicara.
"So?" Puteri Syasya pelik.
"Kenapa saya tengok awak macam stress je? Ada masalah dekat tempat kerja ke?" Fakrul bertanya apabila melihat wajah Puteri Syasya yang kelihatan kepenatan.
"Memang stress pun. Lagi-lagi bila ada mamat poyo tu?" Rungut Puteri Syasya kali ini dia betul-betul ingin meluahkan segalanya pada Fakrul.
"Mamat poyo? Siapa?" Fakrul pelik. Siapa yang dimaksudkan oleh Puteri syasya sebenarnya.
"Awak mesti kenal Ahmad Daniel kan?"
"Mestilah kenal, mamat romeo dekat sekolah kita dulu." Apabila Fakrul teringat pasal Ahmad Daniel, dia berasa cemburu kerana lelaki itu cuba mendekati Puteri Syasya semasa zaman persekolahan.
"Awak tahu tak dia tu...." Belum sempat Puteri syasya menghabiskan ayatnya, kedengaran seseorang memberi salam.
"Assalammualaikum." Ahmad Daniel berada di belakang Puteri Syasya. Fakrul membuat reaksi terkejut apabila terlihat Ahmad Daniel.
'Kau tak ada tempat lain ke? Dari dulu nak menyebok je bila aku dengan Puteri.' Fakrul mengetap bibirnya.
'Daniel!!!!!! Kau buat apa dekat sini?!! Tak ada tempat lain ke?!!' Puteri Syasya tidak menoleh ke belakang kerana dia tahu Ahmad Daniel ada di belakangnya.
Bersambung...
Hai.... saya minta maaf kalau ade tersalah ejaan atau tertypo..
Saya harap korang teruskan membaca cerita ini. Dan saya minta maaf sekali lagi, minggu ini mungkin saya tak dpt update bab seterusnya. Maklumah, budak sekolah... peperiksaan~~... tp insyaallah minggu dpn saya update bab baru.. jgn lupa vote and share² lah dekat kwn² cerita 'CINTA AWAK SELAMANYA'

YOU ARE READING
Cinta awak selamanya√
RomanceHanya dengan satu salah faham, Puan Mariah menyangka Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang mabuk bercinta. Ahmad Daniel! Puteri Syasya amat membenci jejaka itu kerana lelaki itu telah memalukannya di hadapan semua pelajar di dalam kelas mereka. wal...