BAB 16

3.4K 100 3
                                    

Tiba-tiba Puan Mariah membuka pintu bilik Farah. "Puteri? kenapa menjerit? kamu nampak hantu ker?".

"Haah ibu, Puteri memang nampak hantu pun." kata Farah memerli Puteri Syasya.

"Ibu! mana adalah! Puteri stress ni!." Puteri merengek seperti kanak-kanak yang tidak dapat memiliki sesuatu yang dimahukan.

"Stress sebab seseorang bu, merajuk dengan boyfriend." Farah mereka-reka cerita, sambil itu dia tergelak dengan renungan Puteri Syasya yang begitu menakutkan.. seram~~

"Lah, yeke? patutlah menjerit macam nak roboh rumah ni. okay okay, ibu nak masuk bilik, jangan merajuk lama-lama, nanti Daniel cari orang lain baru tahu." Puan Mariah berlalu pergi meninggal mereka berdua.

"Farah!!! kau tengok sekarang! ibu dah fikir aku memang betul-betul ada hubungan dengan Daniel!!! we!!!!!!!! semuanya kau punya pasal lah!! aku nak merajuk!!! jangan pujuk!!!" Puteri Syasya menarik muncungnya lalu terus keluar dari bilik Farah. Farah ketawa terbahak-bahak.

KEESOKAN HARINYA~

Puteri Syasya masuk ke dalam bangunan yang dipenuhi dengan pekerja-pekerja disitu. Puteri Syasya menekan butang lif. Beberapa minit menunggu akhirnya pintu lif terbuka. Puteri Syasya memasuki lif yang tiada orang langsung didalamnya. Semasa Puteri Syasya hendak menutup lif, tiba-tiba seseorang telah menekan butang lif untuk menahan lif itu tertutup.

Puteri Syasya terkejut melihat seseorang yang amat dikenalinya. Zeti! wanita yang amat dibencinya sejak bangku sekolah menengah lagi.

"Hi Puteri. Tak sangka you kerja dekat sini? how your life? happy?" Tanya Zeti sambil tersenyum sinis.

"Kau tahu tak? sekarang ni, aku dah jadi girlfriend kepada Daniel." Kata Zeti dengan begitu angkuh sekali, Puteri Syasya hanya memekakkan telinganya dari mendengar Zila merapu benda yang bukan-bukan.

'Jadi? kau fikir aku kesah? kau couple dengan mamat kasanova tu lagi bagus. dua-dua kasanova, dapat anak nanti, aku rasa bukan setakat kasanova, kasabahasa kasagila! semua ada.' Puteri Syasya bermonolog lalu tersenyum dengan kata-katanya sendiri.

"we! kau dengar tak?" Zeti bengang dengan Puteri Syasya seperti tidak mengendahkan apa yang dikatakan.

"Aku dengar." Dingin Puteri Syasya membalas.

Setelah beberapa minit didalam lif bersama Zeti, akhirnya tiba juga pejabat tempat Puteri Syasya bekerja. Zeti keluar dari lif diikuti Puteri Syasya dibelakangnya.

"Asal kau ikut aku?" Tanya Zeti pelik.

"Aku kerja sini." Puteri Syasya berjalan pantas lalu terus ke meja kerjanya. Zeti terkejut.

"What?!! kerja sini? no! kalau dia kerja dekat sini! Pasti dia kan rampas Daniel! no way! aku tak akan benarkan!"

"I nak jumpa dengan Daniel." Tanya Zeti kepada setiausaha Daniel.

"Ada buat temu janji?" Tanya Lili kepada Zeti.

"I ni girlfriend dia, tak akan nak kena buat appointment?" Zeti bengang dengan jawapan Lili. Tanpa mempedulikan Lili dia terus menuju ke bilik Daniel.

"Sayang!." Kata Zeti gedik.

"Maaf Encik Daniel! saya dah cuba halang..." Belum sempat Lili menghabiskan ayatnya, Daniel telah memotong kata-katanya.

"It's okay. Awak boleh keluar." Lili terus keluar dari pejabat Daniel.

"Kau buat apa dekat sini?" Tanya Daniel sedikit bengang.

"Jumpa you lah." Kata Zeti dengan Suara gediknya. dia cuba memeluk Daniel. Tetapi ditengking oleh Daniel.

"Apa kau ni?! aku tak selesa lah! aku tak suka kau! kau keluar sekarang!" Daniel menengking Zeti sekuat hatinya. Ramai pekerja turut terdengar dengan suara jeritan Daniel.

Zeti sedikit takut dengan jeritan Daniel, dia terus keluar dari pejabat Daniel.

"I akan tetap dapatkan you." kata Zeti kepada dirinya.

Cinta awak selamanya√Where stories live. Discover now