BAB 17

3.4K 98 1
                                    

2 bulan kemudian.

Puteri Syasya masih melayan Daniel seperti selalu, dingin.

Puteri Syasya dan Farah kini berada di ruang tamu sedang menonton televisyen.

"Puteri, ibu ada something nak cakap ni." Puan Mariah duduk disebelah Farah.

"Apa ibu?" Tanya Puteri Syasya, matanya masih lagi memandang skrin televisyen.

"Petang tadi, ada orang hantar rombongan meminang. Mak dah terima." Selamba sahaja ucapan daripada Puan Mariah.

"Hah! Siapa yang hantar? Kenapa ibu terima?!" Puteri Syasya terkejut, Farah juga begitu. Mereka memandang tepat ke arah Puan Mariah.

"Siapa lagi? kalau bukan kekasih Puteri. Daniel." Puan Mariah berkata-kata membuat Puteri Syasya lagi terkejut.

"Esok, family Daniel nak datang rumah, nak bincang pasal kamu berdua." Kata-kata Puan Mariah membuat Puteri Syasya lagi marak-membara dengan Daniel.

'Apahal dengan Daniel ni?! haish! kau memang nak cari gaduh ni!!'  Puteri Syasya bermonolog sendiri. Puteri Syasya meninggalkan Puan Mariah dan Farah yang masih terpinga-pinga.

"Kenapa dengan Puteri tu?" Tanya Puan Mariah kepada Farah.

"Terkejut kot. Tak apa, nanti Farah tolong tengok-tengokkan Puteri." Farah cuba melindungi Puteri Syasya yang sebenarnya tengah marah dengan tindakan Daniel.

Puteri Syasya terus masuk kebiliknya, dia terus mengambil telefonnya lalu mendail nombor seseorang, dia menekan butang 'call'. Beberapa minit menunggu terdengar suara seseorang memberi salam.

"Assalammualaikum." Jawab seseorang.

"Waalaikummusalam, encik Daniel! Kenapa encik Daniel hantar rombongan meminang petang tadi?!" Puteri Syasya sungguh marah.

"Sebab saya suka awak." Ringkas jawapan dari Ahmad Daniel. Puteri Syasya terdiam seketika.

"Encik Daniel, saya ni cinta zaman sekolah awak, cinta monyet jer. Sekarang ni kita dah dewasa." Puteri Syasya tetap membela dirinya, tiada tercalit walaupun sedikit perasaannya terhadap Ahmad Daniel.

"Apa susah sangat awak nak terima saya?" Ahmad Daniel pelik dengan Puteri Syasya. Semua gadis tidak kira cantik atau tak pasti akan menyukainya. Tetapi, Puteri? Tak akan tiada langsung perasaan terhadapnya.

"Saya tak ada jawapan untuk soalan Encik Daniel." Puteri Syasya terdiam.

"So? Apa kata awak kahwin jer dengan saya, nanti awak boleh kenal saya dengan lebih dekat. Dan masa tu, awak pasti akan menyesal sebab tak pernah menyukai saya dari dulu." Ahmad Daniel mencabar Puteri Syasya.

"Encik Daniel gila ke?" Tanya Puteri Syasya mengambil kepastian. Tanpa disedari keningnya terangkat.

"Awak rasa?" Ahmad Daniel cuba menaikkan darah Puteri Syasya.

"Kalau kita dah kahwin, tapi saya still tak cintakan Encik Daniel macam mana?" Puteri Syasya membuat pertaruhan terhadap Ahmad Daniel.

"Ok, saya akan buat sampai awak jatuh cinta dengan saya, dan masa tu awak pasti tak akan lepaskan saya." Kata Ahmad Daniel. Jantung Puteri Syasya bagaikan terhenti.

"Saya tak nak kahwin dengan Encik Daniel!!" Puteri Syasya terus mematikan panggilan.

"Kita tengok, awak pasti akan cintakan saya." Ahmad Daniel tersenyum sendiri.



Cinta awak selamanya√Where stories live. Discover now