Bab 25

3.4K 72 2
                                    

"Hahahaha..." Ahmad Daniel ketawa tanpa henti.

"Dah dahlah tu." Puteri Syasya bersuara.

Beberapa minit kemudian Ahmad Daniel berhenti ketawa. Puteri Syasya masuk ke dalam biliknya lalu berbaring di atas katil. Ahmad Daniel menutup pintu dan mendekati Puteri Syasya.

"Tak sangka isteri saya ni tak cukup matang lagi rupanya." Ahmad Daniel berbaring di sebelah Puteri Syasya, dia memerhati seluruh ruang bilik itu, lalu dia melihat Puteri Syasya di sebelahnya.

"Comel betul isteri aku bila tengah tidur ni." Ahmad Daniel membukakan lilitan tudung shawl milik isterinya. Lalu dia berbaring semula sambil menghadap isterinya. Tangan Ahmad Daniel mengusap-usap pipi milik Puteri Syasya. Ahmad Daniel mendekatkan mukanya dengan muka Puteri Syasya perlahan-lahan, tiba-tiba Puteri Syasya bergerak dan memusingkan badannya bertentangan dengan Daniel. Daniel berasa malu.

'Bukan rezeki. Baik aku pergi solat asar.' Daniel berkata di dalam hatinya.

Selesai sahaja solat asar, dia mengejutkan isterinya untuk solat.

"Awak, bangun. Solat asar." Ahmad Daniel menggoncangkan tubuh Puteri Syasya perlahan-lahan.

"Hmmm." Puteri Syasya bangun perlahan-lahan. Dia masuk ke dalam bilik air lalu terus menunaikan kewajibannya sebagai hamba Allah.

Ahmad Daniel? Dah lesap tak tahu ke mana.

Selesai solat, Puteri Syasya terus ke dapur untuk menolong Puan Mariah.

"Ibu." Puteri Syasya berdiri di sebelah puan Mariah yang sesang mengacau lauk yang dimasaknya.

"Ibu, nampak Daniel tak?" Tanya Puteri Syasya sambil melilaukan matanya seperti mencari sesuatu.

"Dia kata dia nak keluar kejap, nak jumpa kawan katanya." Kata Puan Mariah.

'Jumpa kawan? Minah gedik ke? Atau Kamal?' Pelbagai soalan yang berlegar di kepalanya. Buat apa aku nak kisah? Suka hati dialah nak keluar dengan siapa pun. Minah gedik ke, minah tempang ke? Ada aku peduli? Haish Puteri stop! Stop! Jangan fikir pasal dia.

"Puteri, tolong belikan ibu gula dengan serbuk lada hitam. Boleh?"

"Boleh. Duit?" Kata Puteri Syasya sambil tersengeh.

"Ambillah dekat dompet ibu." Puan Mariah menunjukkan dompetnya yang berada di atas meja makan.

"Tak apa ibu, kali ini biar Puteri belanja." Puteri Syasya berlalu ke biliknya untuk mengambil beg dompet. Sesampai di depan bilik Farah, dia membuka pintu tanpa memberi salam.

Farah yang baru keluar dari bilik air terus terkejut. "Woi penyamun! Kau ni suka sangat masuk bilik aku tanpa salam. Mana salam kau? Dah terbang pergi London eh?" Kata Farah sambil memperbetulkan bajunya.

"Hehe, jangan marah. Aku nak ajak kau pergi kedai? Nak ikut." Puteri Syasya tersengih.

"Kau pergilah, aku banyak kerja tak siap lagi. Dengan kerja pejabat belambak lagi ni." Kata Farah sambil menujukkan mejanya yang dipenuhi pelbagai dokumen-dokumen yang perlu disiapkan segera.

"Hm... yelah, aku pergi dulu. Assalammualaikum." Puteri Syasya menutup pintu semula. Kedengaran suara Farah menjawab salam itu.

Puteri Syasya berjalan perlahan-lahan untuk ke kedai yang jaraknya dari rumah memakan masa 5 minit untuk sampai. Tiba-tiba kedengaran suara yang amal dikenali memanggilnya.

"Puteri!" Fakrul memanggil Puteri Syasya. Fakrul duduk sama kawasan dengan rumah Puteri Syasya, dikira jiran jugalah.

"Eh, Fakrul. Awak nak pergi kedai juga ke?" Mereka berjalan bersama.

"Haah, nak beli barang sikit." Fakrul menjawab pertanyaan Puteri Syasya.

"Oh, pergi sekalilah."

"Daniel tak marah ke?" Tanya Fakrul untuk kepastian. Manalah tahu tiba-tiba Ahmad Daniel muncul and then belasah dia, ada juga yang masuk balai polis.

"Daniel? Dia mesti faham, awak kan kawan saya." Puteri Syasya berkata sambil tersenyum. Fakrul tertawan dengan senyuman Puteri Syasya, dalam masa yang sama dia cuba mengelak perasaan suka itu hadir kerana dia tahu Puteri Syasya dah jadi milik orang lain.

Akhirnya mereka sampai di kedai.

"Awak nak beli apa?" Tanya Puteri Syasya kepada Fakrul selepas mereka masuk ke dalam kedai runcit itu.

"Saya nak beli gula dengan lada hitam." Kata Fakrul sambil membelek barang yang ada di situ.

"Eh? Samalah." Kata Puteri Syasya. Kebetulan yang ada hikmah ni. Hahaha

"Kebetulan ni? Kebetulan yang ada hikmah." Puteri Syasya dan Fakrul gelak dengan ayat yang dikatakan oleh Fakrul.

Tiba-tiba telefon Puteri Syasya berbunyi. Dia melihat skrin telefon itu. "Daniel? Apahal dia call aku ni?" Puteri Syasya mengangkat panggilan tersebut.

"Assalammualaikum. Awak dekat kedai ke? Tunggu dekat sana, saya datang ambil."

"Eh, awak! Tak payah saya boleh jalan ka.." Belum sempat Puteri Syasya menghabiskan ayatnya Ahmad Daniel sudah menutup telefon.

"Mamat sewel ni?!! Suka sangat buat aku marah!"

"Siapa tu?" Fakrul bertanya. Sedangkan dia dah tahu siapa yang menelefon Puteri Syasya, sahaja dia nak jawapan yang keluar dari mulut sahabatnya.

"Siapa lagi kalau bukan husband aku yang tercinta ni." Kata Puteri Syasya, kedengarannya seperti sindiran.

"Fuyoo... suami tercinta eh?" Fakrul cuba menceriakan keadaan, dia tak nak Puteri Syasya nampak kesedihan Fakrul apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut Puteri Syasya.

"Dahlah, malas nak layan awak." Puteri Syasya mengambil barang yang dibeli lalu terus ke kaunter bayaran.

Selesai membayar Puteri Syasya menunggu Ahmad Daniel di luar kedai runcit itu.

"Puteri, saya balik dululah. Assalammualaikum." Fakrul berlalu pergi sambil melambai tangan.

"Waalaikummusalam." Puteri Syasya melambai semula ke arah Fakrul sehingga bayang-bayang Fakrul tidak lagi kelihatan tetapi Puteri Syasya masih lagi melambai.

"Pinn!!!!!" Bunyi hon yang kuat kedengaran di tepinya.

Puteri Syasya tersedar dari lamunanya, cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta ferrari milik Ahmad Daniel. Ferrari bhai.. kereta idaman tu.. hahhaha

"Angau ke?" Ahmad Danielemerli Puteri Syasya di sebelahnya.

"Kalau ye pun, kenapa? Jealous?" Puteri Syasya melemparkan senyum sinis kepada Ahmad Daniel dia memandang telefonnya.

"Cup!" Ahmad Daniel mencium pipi Puteri Syasya. Muka Puteri syasya kemerahan menahan malu.

"Daniel! Awak dah kenapa?!" Puteri Syasya mengelap pipinya menggunakan tangan kanannya berulang kali.

"Tunggu malam nanti. Bukan setakat cium je, erhmm erhmm pun saya berani buat." Ahmad Daniel berkata selamba. Puteri Syasya macam tak tahu apa yang dimaksudkan oleh Ahmad Daniel tu.

"Gatal!!!!" Puteri Syasya memukul bahu Ahmad Daniel berulang kali. Dahlah Ahmad Daniel tengah memandu tak pasal pasal ada juga yang accident.

"Sakitlah." Ahmad Daniel mengadu, Puteri Syasya berhenti memukul Ahmad Daniel, di memandang ke arah cermin tingkap di sebelah.

Ahmad Daniel memandang sekilas ke arah Puteri Syasya yang sedang pandang ke arah luar tingkap.



Cinta awak selamanya√Where stories live. Discover now