Bab 20

3.7K 88 0
                                    

"Assalammualaikum." Datin Adawiyah memberi salam di muka pintu yang tersedia terbuka semasa mereka sampai.

Beberapa minit kemudian, seseorang menjawab salam itu. "Waalaikummusalam, Yah. Masuklah.

Datin Adawiyah dan Dato Kassim masuk ke dalam rumah teres mewah milik Puan Mariah dan Tuan Kamarul.

"Mana Daniel?" Puan Mariah bertanya setelah tidak terlihat kelibat Ahmad Daniel. Tak akanlah tak datang kut.

"Daniel pergi beli barang dekat kedai. Kejap lagi dia sampailah tu." Kata Dato Kamarul. Mereka pergi ke ruang tamu.

"Mana Puteri Syasya?" Datin Adawiyah bertanya kepada Puan Mariah.

"Dekat bilik. Kejap saya suruh Farah tolong panggilkan." Puan Mariah memanggil Farah yang ada di dapur.

"Kenapa ibu?" Tanya Farah berlari ke arah Puan Mariah setelah mendengar namanya dipanggil.

"Tolong panggilkan Puteri dekat bilik dia."

"Ok."

Farah menaiki tangga untuk ke bilik Puteri Syasya. Setelah tiba di hadapan bilik Puteri Syasya. Dia terus membuka pintu tanpa mengetuk dahulu.

"Woi, kalau ye pun nak masuk bagilah salam. Aku ingat perompak betudung mana datang nak merompak tadi." Puteri Syasya terkejut dengan kelakuan Farah. Nasib baik masa tu dia sedang memakai tudung, bukan berkemban. Kalau tak, ada juga makan kaki dia kejap lagi.

"Sorry. Ibu suruh kau turun. Bapa mertua dan mak mertua kau dah sampai." Farah tersengih apabila Puteri Syasya menjeling ke arahnya.

"Banyaklah kau punya mertua. Cakap dengan ibu kejap lagi aku turun." Puteri Syasya masih memandang ke cermin. Membetul-betulkan tudungnya.

Farah terus keluar dari bilik itu. Beberapa minit kemudian, Puteri Syasya keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu. Puteri Syasya menuju ke  Datin Adawiyah dan Dato Kassim. Dia menyalam tangan Datin Adawiyah. Manakala dengan Dato Kamarul dia hanya memberi salam. Belum sah jadi bapa mertua, jadi tak boleh bersentuh walaupun nak bersalam.

"Puteri sihat?" Tanya Puteri Syasya yang kini duduk berhadapan dengannya.

"Sihat alhamdulillah. Aunty dengan uncle apa khabar?" Tanya Puteri Syasya. Dia terasa sedikit kekok berhadapan dengan orang yang baru dikenali.

"Uncle dengan aunty sihat je. Pasal Daniel tak nak tanya ke?" Dato Kassim menaikkan keningnya sambil tersenyum. Puteri Syasya hanya mampu tersenyum.

'Mana ibu ni, sampai hati dia tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini.' Puteri Syasya merungut di dalam hatinya. Tiba-tiba kedengaran seseorang yang amat dikenalinya memberi salam.

"Assalammualaikum." Daniel kini berada di hadapan pintu.

"Waalaikummusalam. Masuklah." Farah yang menyambut kehadiran Ahmad Daniel.

'Kau datang rupanya! Aku ingatkan ada date ke, emergency ke tak dapat datang.' Puteri Syasya mengerut mukanya tanda tidak berpuas hati.

Datin Adawiyah yang terlihat muka Puteri Syasya bertanya. "Kenapa Puteri? Sakit ke?"

"Hah? Tak adalah."

Ahmad Daniel terpandang Puteri Syasya di ruang tamu dia terus ke sana. Ahmad Daniel duduk di sebelah Datin Adawiyah.

"Beli apa tadi?" Datin Adawiyah bertanya kepada anaknya. Selepas sahaja menghantar Datin Adawiyah dan Dato Kamarul Ahmad Daniel memberitahu dia ingin ke kedai membeli sesuatu.

"Beli coklat untuk Puteri. Nah." Ahmad Daniel menghulurkan plastik yang dipenuhi pelbagai jenis coklat kepada Puteri Syasya. Ahmad Daniel tahu Puteri Syasya amat menyukai coklat.

'Mak ai! Banyaknya. Ini boleh buat stok sebulan ni.' Puteri Syasya berkata dalam hati.

"Terima kasih." Ucap Puteri Syasya. Ahmad Daniel hanya tersenyum memandang Puteri Syasya.

"Amboi, romantiknya anak mama ni." Datin Adawiyah tersenyum melihat gelagat anaknya.

"Demi orang tercinta." Selamba Ahmad Daniel berkata begitu, muka Puteri Syasya bertukar merah akibat malu.

Tiba-tiba Tuan Kamarul menyampuk. "Biasalah tu, cinta orang muda. Macam kita dulu-dululah. Betul tak Kassim?"

"Ye ye.. betul tu." Dato Kassim tergelak kecil.

"Rancaknya berborak, jomlah kita menjamu selera, makanan dah siap terhidang tu." Puan Mariah muncul di ruang tamu untuk mengajak mereka ke meja makan yang sudah terhidang pelbagai hidangan.

Kini mereka semua berada di meja makan. Ahmad Daniel duduk berhadapan dengan Puteri Syasya. Kadang-kala dia memandang Puteri Syasya yang cantik memakai baju kurung moden berwarna biru dan bertudung shawl yang berwarna biru cair. Kelihatan amat sesuai dengan warna kulit Puteri Syasya yang keputih-putihan itu.

Mereka menikmati makanan sambil berborak kecil. Puteri Syasya hanya membisu kerana tidak tahu apa yang ingin dibualkan.

"Puteri, kenapa diam je?" Tuan Kamarul menegur setelah melihat anaknya hanya membisu tidak bersuara.

"Tak tahu nak cakap pasal apa." Suara Puteri Syasya yang tidak terlalu kuat dapat didengari oleh semua yang ada di situ.

"Patutlah diam je, kalau macam tu apa kata kita bincang pasal Puteri dengan Daniel." Datin Adawiyah bersuara memberi pendapat.

"Betul kata mama Daniel. Puteri dah terima pinangan Daniel, jadi bila nak bertunang? Ibu dah tak sabar nak dapatkan cucu ni." Puan Mariah membuat aksi seperti sedang menggendong bayi kecil.

'Aduh! Ibu!! Kenapa nak kena masuk topik ni juga?! Tak ada topik lain ke?!' Puteri Syasya berkata di dalam hati.

"Daniel? Macam mana?" Datin Adawiyah meminta pendapat daripada anaknya yang dari tadi hanya tersengih.

"Tak payah tunang mama. Kahwin je terus. Lagi cepat lagi bagus." Ahmad Daniel tersengih apabila memberi jawapan sebegitu. Puteri Syasya memandang Ahmad Daniel tidak berpuas hati.

"Gatal betullah anak papa ni. Tapi ada betul juga. Lagi cepat lagi bagus." Dato Kassim juga bersetuju dengan Ahmad Daniel. Semua ketawa kecuali Puteri Syasya, dia memandang tajam ke arah Ahmad Daniel yang turut ketawa.

'Mamat tak makan saman betul. Kau fikir kau kacak sangat. Heh, please.. aku tak tergoda langsung. Okay!! Mamat perasan handsome! Kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni!'

Hi semua!! Kepada pembaca CINTA AWAK SELAMANYA.. thanks sebab selama ni sudi baca cerita yang tak seberapa ni. Saya harap korang semua teruskan membaca cerita ni.. jangan lupa.. vote... komen.... hahah... ok lah bye.. jumpe di bab yang seterusnya.

Cinta awak selamanya√Where stories live. Discover now