Apabila jam sudah berganjak ke pukul 2:30 petang, bunyi loceng pulang sudah kedengaran. Semua pelajar berlumba-lumba untuk pulang. Seperti biasa, Puteri Syasya berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya. Jarak antara sekolah dan rumahnya tak adalah terlalu jauh tetapi mengambil masa 10 minit untuk sampai.
Akhirnya, 10 minit berada dibawah pancaran cahaya matahari, Puteri Syasya pun tiba dipintu utama rumah teres milik ibubapanya. Dengan langkah yang longlai dan kepenatan Puteri Syasya memasuki rumah dengan memberi salam.
"Assalammualaikum". Apabila puteri Syasya sudah masuk didalam rumah milik ibubapanya, dia menutup pintu dengan perlahan-lahan.
"Waalaikummusalam. Baru balik?" Tanya Puan Mariah kepada anaknya yang baru pulang dari sekolah. Puteri Syasya bukan lah dari keturunan yang kaya-raya, ayahnya hanya bekerja sebagai Pegawai Pemasaran ibunya pula hanya menjadi surirumah . Tetapi mereka sekeluarga tetap bersyukur dengan pemberian yang Allah berikan.
"Ye ibu". Balas Puteri Syasya lalu menyalam tangan ibunya.
"Pergi lah naik atas, lepas habis mandi nanti tolong ibu apa yang patut". Kata ibunya. Puteri Syasya suka menolong ibunya lagi-lagi didapur.
"Ok ibu". Balas Puteri Syasya ringkas. Puteri Syasya bergegas naik ke biliknya.
Apabila Puteri Syasya Sudah selesai mandi, dia meneruni tangga dan menuju ke dapur.
Kelihatan Puan Mariah sedang membasuh pinggan."ibu, apa yang Puteri boleh tolong?". Tanya Puteri Syasya kepada ibunya yang ralit membasuh pinggan.
"Puteri tolong kemaskan ruang tamu, boleh?" Balas Puan Maria kepada anaknya.
"Boleh je, no problem." Kata Puteri Syasya dengan tanganya membuat gaya peace.
Semasa Puteri Syasya sedang leka mengemas ruang tamu, kedengaran pintu utama diketuk. "Siapa yang datang eh?" Tanya Puteri Syasya kepada dirinya sendiri. Puteri Syasya menuju ke pintu utama dan membuka pintu.
"Eh Farah, masuk lah". Pelawa Puteri Syasya kepada kawan karibnya sejak kecil lagi.
Mereka menuju ke ruang tamu dan duduk di sofa yang disediakan. "Asal kau tak datang sekolah? Kesian aku jalan kaki sorang-sorang". Rajuk Puteri Syasya.
"Sorry lah, aku bukan sengaja pun. Ada hal kecemasan". Balas Farah.
"Eleh, macam lah aku tak tahu, kau bangun lambat kan?". Tanya Puteri Syasya sambil menunding jari telunjuk ke muka Farah.
Farah hanya membalas dengan sengihan sahaja." Tadi dekat sekolah ada cikgu cakap apa-apa tak pasal aku?" Tanya Farah.
"Kau tu bukannya artis, buat apa cikgu nak ambil tahu pasal kau, yang cikgu ambil tahu ialah MC. Ada MC?" Balas Puteri Syasya dengan menjongket keningnya.
"Wah, kalau cakap dengan aku, tak ada langsung sifat pemalu kau tu, tapi kalau dengan orang yang kau tak kenal, terus mulut tu bisu, macam dah kena gam gajah". Balas Farah kepada rakannya itu.
"Biarlah. Mulut aku". Balas Puteri Syasya dengan membuat muka.
"Tapi, tadi ada pelajar baru masuk kelas kita". Kata Puteri Syasya kepada Farah. Puteri Syasya tak sabar nak ceritakan perkara ini kepada kawan karibnya.
"Sapa? Lelaki ke perempuan?" Tanya Farah tanpa berkelip matanya. Macam baru dapat berita yang mengerikan je gayanya.
"Lelaki". Itu sahaja yang keluar dari mulut Puteri Syasya.
"Mesti handsome kan?". Kata Farah dengan membuat muka teruja.
"Yelah kot. Aku pergi dapur dulu buatkan air untuk kau". Kata Puteri Syasya dan menuju ke dapur.
"Ok". Farah tidak sabar untuk ke sekolah besok, dia ingin melihat jejaka yang dikatakan oleh Puteri Syasya. Kawan dia ni kadang-kadang tak boleh percaya juga, saja nak menyakat katakan.

YOU ARE READING
Cinta awak selamanya√
RomanceHanya dengan satu salah faham, Puan Mariah menyangka Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang mabuk bercinta. Ahmad Daniel! Puteri Syasya amat membenci jejaka itu kerana lelaki itu telah memalukannya di hadapan semua pelajar di dalam kelas mereka. wal...