Bab 34

3.9K 69 0
                                    

Puteri Syasya masuk ke dalam hotel dengan wajah yang muram. Dia memandang tajam ke arah Ahmad Daniel. Manakala Ahmad Daniel hanya membuat tidak tahu dengan renungan itu. Mereka menuju ke kaunter untuk menempah bilik.

'Nak datang sini bukan nak bagitahu, baju dahlah aku tak bawa, kau nak suruh aku pakai baju apa?' Puteri Syasya mengomel di dalam hati.

Mereka berjalan beriringan menuju ke lif. Setelah beberapa minit menunggu mereka masuk ke dalam lif.

"Awak kenapa tak bagitahu saya dulu? Awak nak suruh saya pakai apa nak tidur nanti? Kain pelekat?" Puteri Syasya akhirnya bersuara setelah lama menahan marah.

"Kalau saya bagitahu awak, belum tentu awak nak ikut, so i don't have any choice." Ahmad Daniel memberi senyuman yang lebar ke arah Puteri Syasya.

"Awak ni jahat!" Puteri Syasya memukul bahu Ahmad Daniel berulang kali dengan beg tangannya.

"Sayang! Stop! Sakitlah! Saya cium juga awak dekat sini." Puteri Syasya berhenti dari memukul Ahmad Daniel. Pintu lif terbuka luas Puteri Syasya terus keluar dari lif.

Ahmad Daniel menuju ke bilik mereka. Puteri Syasya terus membaringkan diri dia atas katil bersaiz king itu. Ahmad Daniel turut baring di sebelah Puteri Syasya. Ahmad Daniel hanya memerhati wajah gadis disebelahnya yang sedang menikmati katil yang empuk itu.

Puteri Syasya membuka matanya perlahan-lahan. Kelihatan Ahmad Daniel sedag ralit memerhatikan wajahnya. "Kenapa awak tengok saya macam tu?"

"Awak tahu tak, yang awak adalah gadis yang sangat cantik bagi saya. Awak seorang sahaja gadis yang mampu menarik perhatian saya. Awak, adalah first love saya." Ahmad Daniel mengusap lembut kepala Puteri Syasya yang masih bertudung.

Jantung Puteri Syasya berdegup pantas. Mukanya sudah merah bagaikan dibakar. Dia dapat merasakan kata-kata yang diucapkan oleh Ahmad Daniel ikhlas dari hati, tetapi dia masih lagi ragu-ragu, Puteri Syasya teringat dengan perkara yang pernah terjadi antara Ahmad Daniel dan Zeti di bilik stor sukan. Perlukah dia bertanya tentang itu kepada Ahmad Daniel?

"Awak, waktu sekolah menengah dulu, saya pernah nampak awak dengan Zeti berpelukan dalam bilik stor." Puteri Syasya tidak berani bertentang mata dengan Ahmad Daniel.

Ahmad Daniel terkejut dengan penyataan yang keluar dari mulut Puteri Syasya. "Bila? Kenapa awak tak pernah bagitahu saya? Apa yang awak nampak semuanya tak betul, Zeti tu yang tiba-tiba peluk saya."

"Yeke? Ke awak tipu? Awak sukalah dia peluk awak?" Puteri Syasya mengecilkan matanya.

"Mana ada sayang, tak akan abang nak tipu bidadari abang ni?" Ahmad Daniel memandang Puteri Syasya dan memberi senyuman yang lebar.

Puteri Syasya malu akibat digelar 'sayang' oleh Ahmad Daniel. "Saya nak pergi mandi."

"Nak abang ikut?" Ahmad Daniel bergurau.

"Nak makan kaki? Ikutlah kalau berani." Puteri Syasya terus bangun dari pembaringannya. Ahmad Daniel sudah ketawa terbahak-bahak.

Semasa Puteri Syasya hendak melangkah ke bilik air, dia berhenti kerana teringat sesuatu perkara. "Awak." Puteri Syasya memanggil Ahmad Daniel.

"Kenapa?" Ahmad Daniel memandang Puteri Syasya pelik.

"Saya mana ada baju lain." Puteri Syasya memandang wajah Ahmad Daniel, dia membuat muka comelnya.

"Kejap." Ahmad Daniel mengambil sehelai tuala, baju dan seluar pendek yang ada di dalam begnya. Ahmad Daniel menyerahkan pakaian itu kepada Puteri Syasya.

"Awak pakai baju saya tu, saya nak pergi beli makanan. Awak jangan pergi mana-mana tau."

"Ye, saya tahulah." Puteri Syasya terus masuk ke dalam bilik air.

Cinta awak selamanya√Where stories live. Discover now