Bab 30

3.9K 81 11
                                    

Hi pembaca cinta awak selamanya, maaf sbb sy dh lama sgd x update.. Maklumlah budak sekola.. Ini pun baru je lepas habis exam.. Susahnya xD btw harini sy update bab 30 . Klau bnyk typo tu, maaf lah ye... Bdk bru nk belajar...

°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

Pukul 9 malam, Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang leka menonton televisyen. Ahmad Daniel duduk di sebelah Puteri Syasya, kepala Ahmad Daniel masih lagi dipenuhi dengan pelbagai tanda tanya tentang kejadian tengah hari tadi.

"Awak ada apa-apa nak tanya ke?" Puteri Syasya bersuara setelah melihat Ahmad Daniel seperti berfikir sesuatu.

"Macam mana awak tahu?" Ahmad Daniel memandang muka Puteri Syasya pelik. Macam tahu-tahu je apa yang aku fikir.

"Tengok muka pun dah tahu." Puteri Syasya memandang tepat ke arah televisyen. Cerita best tu jangan terlepas walaupun satu sebutan.

"Saya nak tanya pasal benda yang jadi tengah hari tadi." Ahmad Daniel memandang tepat ke arah muka Puteri Syasya.

"Apa yang jadi?" Puteri Syasya berpura-pura tidak tahu, dia tidak berani memandang wajah Ahmad Daniel.

Ahmad Daniel geram dengan perangai Puteri Syasya lebih pentingkan televisyen dada Ahmad Daniel. "Puteri, pandamg sini kejap."

"Kenapa? Saya tengah syok tengok cerita best ni."

"Alah, pandanglah sini kejap." Ahmad Daniel memujuk.

Puteri Syasya memandang wajah Ahmad Daniel. "Hah! Apa dia?"

Sepantas kilat Ahmad Daniel mencium bibir Puteri Syasya. Puteri Syasya terkedu dengan apa yang dilakukan oleh Ahmad Daniel. Dah dua kali Ahmad Daniel mencium bibirnya. Haish memang nak kena betul budak ni! Haha...

"Awak ni kenapa? Gatal sangat!" Puteri Syasya meletakkan tapak tangan ke mulutnya.

"Saya tengah cakap, mata awak asyik pandang tv je. Saya geram saya ciumlah bibir awak." Ahmad Daniel mendekatkan mukanya dengan muka Puteri Syasya, dia sengaja ingin menakutkan Puteri Syasya.

"Awak tak payah nak menggatal eh! Saya nak tengok cerita saya ni, jangan kacau." Puteri Syasya menolak badan Ahmad Daniel dari terus mendekatinya.

"Isteri sendiri tak apa, bukan dengan orang lain." Ahmad Daniel meneliti muka Puteri Syasya yang kemerahan akibat malu dengan situasi tadi. 'Haish bini aku ni, comel bebenor.'

Puteri Syasya terasa rimas apabila diperhatikan terus oleh Ahmad Daniel. 'Mamat ni tak ada kerja ke? Asyik tenung muka aku, muka aku ni ada tayang cerita bola ke?'

'Puteri, tak akan tak ada langsung perasaan cinta awak pada saya?'

Keesokan harinya, Puteri Syasya membuat sarapan untuk Ahmad Daniel, dia hanya menyediakan mihun goreng dan teh o panas di atas meja. Ahmad Daniel yang sudah lengkap berpakaian kerja sudah terpacak di hadapan Puteri Syasya.

"Awak saya ada siapkan mihun." Ahmad Daniel terua duduk di hadapan Puteri Syasya. Kelihatan Puteri Syasya menuangkan air ke dalam cawan Ahmad Daniel.

"Awak, hari ni saya mungkin balik lambat sikit tau. So nanti awak tak payah masak dinner, nanti kita dinner dekat luar je." Ahmad Daniel menghirup dengan perlahan air teh yang disediakan oleh isteri tercinta.

"Ok." Itu sahaja yang keluar dari mulut Puteri Syasya. Selepas bersarapan mereka ke tempat kerja dengan menaiki kereta masing-masing.

Beberapa minit di dalam kereta akhirnya Puteri Syasya sampai juga di tempat kerja. "Alamak, lewat dah aku! Kalau tak jem tadi confirm aku tak lewat."

Puteri Syasya berlari menuju ke arah lif tiba-tiba tidak semena-mena dia terlanggar seseorang dan hampir sahaja jatuh tetapi orang yang dilanggar oleh Puteri Syasya cepat-cepat memegang pinggang Puteri Syasya daripada tercium lantai yang licin itu. Patutlah licin lantai basah rupanya, cleaner mana yang tak reti buat kerja betul-betul ni.

Puteri Syasya terkejut apabila melihat jejaka yang menolongnya adalah Ahmad Daniel. Muka mereka begitu hampir. Ahmad Daniel meleraikan pelukan dipinggang Puteri Syasya. Nasib baik dekat sini tak ada sesiapa, kalau tak...

"Sayang. Kenapa sayang lari? Kalau jatuh siapa nak tolong? Nasib baik abang yang tolong kalau lelaki lain, mahunya menangis abang." Ahmad Daniel memegang pipi Puteri Syasya lembut.

"Awak kenapa? Anmesia ke? Tiba-tiba bersayang bagai. Saya dah lambat nak masuk pejabat. Awak bos kalau tak masuk pun tak ada orang nak marah." Puteri Syasya memperbetulkan bajunya yang tidak kemas.

"Sayangkan isteri bos, kalau sayang kena marah abang marah orang tu balik." Ahmad Daniel tidak puas lagi mengusik Puteri Syasya.

"Awak ni dilahirkan dekat pokok buluh ke? Miang semacam je. Boleh cair otak saya dengan perangai awak." Puteri Syasya terua masuk ke dalam perut lif, Ahmad Daniel juga memasuki lif tersebut.

"Mana adalah sayang." Ahmad Daniel duduk di sebelah Puteri Syasya begitu rapat sekali.

"Tolong ja..." Tiba-tiba sahaja lampu lif terpadam dan lif tidak bergerak. Puteri Syasya sudah mula ketakutan tetapi di nerani juga.

"Awak, kenapa lampu lif terpadam?" Puteri Syasya cuba mengawal suaranya dari bergetar.

Soalan yang diajukan oleh Puteri Syasya tidak disambut oleh Ahmad Daniel. "Daniel? Daniel? Saya tanya awal ni jawablah."

Tiba-tiba Puteri Syasya terasa ada orang menyentuh bahunya dia berpaling dan terlihat wajah Ahmad Daniel dengan lampu yang disuluh dari bawah(faham kan).

Puteri Syasya ketakutan terus menjerit sekuat yang mungkin, dia terduduk dilantai sambil tangannya ditekup ketelinga dan mata dipejam rapat. Puteri Syasya sudah menangis teresak-esak. Ahmad Daniel yang dari tadi ketawa berhenti apabila mendengar tangisan Puteri Syasya.

"Awak, awak okay?" Ahmad Daniel mula panik.

"Awak jahat!" Puteri Syasya menjerit sekuatnya. Ahmad Daniel terkejut dengan jeritan Puteri Syasya yang begitu kuat.
Dia terus memeluk Puteri Syasya

"Saya ada jangan takut." Ahmad Daniel menenangkan Puteri Syasya.

Beberapa minit kemudian, lif mula berfungsi seperti biasa. Puteri Syasya terus bangun, Ahmad Daniel mula membuka mulut untuk berbicara malangnya pintu lif sudah terbuka luas, Puteri Syasya terus meluru keluar tanpa mempedulikan Ahmad Daniel.

'Alamak, apa yang aku dah buat ni.' Ahmad Daniel mengeluh sebelum keluar dari perut lif.

Bersambung....

Cinta awak selamanya√Where stories live. Discover now