Puteri Syasya dan Ahmad Daniel kini berada di Pasar Raya. Mereka berdua pergi bersama-sama.
"Awak, pergilah tempat lain, saya nak pergi beli barang dapur dekat sana." Puteri Syasya menolak troli dengan agak laju kerana rimas dengan Ahmad Daniel yang berada di sisinya sejak mereka masuk ke dalam Pasar Raya itu. Haish.. rimas..
"Saya nak ikut!" Ahmad Daniel menguatkan suaranya kerana Puteri Syasya sudah agak jauh darinya. Manalah nak lari minah ni.
"Kenapa nak ikut?" Puteri Syasya membuat muka pelik.
"Saja. Nak ada disamping isteri cinta." Ahmad Daniel tersengeh ke arah Puteri Syasya.
"Suka hati awak. Kalau nak ikut, bawa troli ni." Puteri Syasya menyerahkan troli itu kepada Ahmad Daniel.
"Ok sayang." Ahmad Daniel mengambil troli yang dipegang oleh Puteri Syasya. Puteri Syasya menjeling ke arah Ahmad Daniel apabila mendengar panggilan yang diberikan oleh Ahmad Daniel untuknya.
"Jangan jeling, nanti abang tergoda." Ahmad Daniel membuat muka tergoda.
Puteri Syasya memukul bahu Ahmad Daniel. "Hish! Gatallah awak ni!"
"Dengan isteri sendiri tak apa." Ahmad Daniel mengenyetkan mata ke arah Puteri Syasya. Muka Puteri Syasya sudah merah akibat malu.
Akhirnya semua barang dapur telah dibeli, Puteri Syasya ke kaunter bayaran untuk membayar semua barangan yang diambil. Selepas selesai membayar, Ahmad Daniel dan Puteri Syasya ke kereta Ahmad Daniel untuk pulang.
Tiba-tiba seseorang menegur mereka berdua. "Hi Daniel."
"Zeti?! You buat apa dekat sini?" Ahmad Daniel memandang sekujur tubuh yang agak seksi di hadapannya. Buat sakit mata aku je tengok minah tak cukup kain ni. Tambah dosa.
"I nak pergi makan. Jom teman I?" Zeti cuba memegang tangan Ahmad Daniel tapi ditepis oleh Ahmad Daniel.
'Nak buat aku jealous ah tu. Tolonglah, buang masa aku je.' Puteri Syasya berpeluk tubuh dan menyandarkan dirinya di pintu kereta, dia hanya melihat drama yang berlaku di depannya.
"Sorry. Saya nak balik, jom sayang." Ahmad Daniel memasukkan semua barangan ke dalam bonet sedangkan Puteri Syasya terlebih dahulu masuk ke dalam kereta. Malas nak tengok Zeti menggedik. 'Menggedik dengan laki aku pulak tu! Tak ada orang lain ke?!'
"You. Temanlah I makan. You tak kesian dekat I ke?" Zeti cuba memaut lengan sasa Ahmad Daniel.
"Apa ni?! Lepaskan I lah! Kalau You kebulur sangat nak makan ajaklah mamat bangla teman You makan! I tak ada masa untuk You, masa I hanya untuk isteri I! Dah ke tepi!" Zeti yang sedang menghalang Ahmad Daniel dari masuk ke dalam kereta di tolak kasar.
Ahmad Daniel masuk ke dalam kereta dan meninggal tempat tersebut. Zeti sudah menghentak kaki menunjukkan kemarahannya.
"Puteri! Kau tunggu hari aku! Aku akan pastikan Ahmad Daniel akan jadi milik aku! Hanya milik aku!"
Ahmad Daniel dan Puteri Syasya hanya diam di dalam kereta. Hanya lagu-lagu dari radio kedengaran di dalam kereta.
"Awak, kejap lagi awak nak masak apa?" Ahmad Daniel bersuara. Tak akanlah nak berdiam sampai esok kut.
"Masak awak!" Puteri Syasya memandang tajam ke arah Ahmad Daniel.
"Jealous ke?" Ahmad Daniel tersengeh apabila mendengar kata-kata Puteri Syasya. Cemburu ke isteri aku ni?
"Tolonglah, tak ada masa nak jealous dengan awak. Awak dengan dia memang sesuai sangat. Macam penukul dengan paku." Puteri Syasya berpeluk tubuh, dia menutup matanya. Malas nak tengok orang sebelah.
YOU ARE READING
Cinta awak selamanya√
RomanceHanya dengan satu salah faham, Puan Mariah menyangka Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang mabuk bercinta. Ahmad Daniel! Puteri Syasya amat membenci jejaka itu kerana lelaki itu telah memalukannya di hadapan semua pelajar di dalam kelas mereka. wal...