Bab 38(Tamat)

6.7K 103 2
                                    

3 tahun kemudian..

Pukul 1:00 pagi. Ahmad Daniel yang sedang nyenyak tidur terganggu apabila terasa badannya digoncang oleh seseorang. Sudah pasti Putrri Syasya.

"Sayang? Kenapa ni? Abang ngantuklah." Ahmad Daniel berkata dengan suara seraknya. Matanya masih lagi belun terbuka. Penat sangat ni..

"Abang!! Saya nak bersalin!!! Bangunlah!!" Puteri Syasya menjerit sambol tangannya memegang perutnya yang besar.

"Hah!" Ahmad Daniel terus bangun dari tidurnya setelah mendengar kata-kata Puteri Syasya. Dia terus memendang ke sebelah katil kelihatan Puteri Syasya sedang menahan kesakitan.

"Abang bawa sayang pergi hospital." Ahmad Daniel terus mencempung Puteri Syasya.

Di hospital~

Beberapa minit kemudian, keluarga Ahmad Daniel dan Puteri Syasya sudah berada di hospital. Kini mereka berada di depan bilik pembedahan. Ahmad Daniel berada di dalam untuk menemani Puteri Syasya.

2 jam telah berlalu, akhirnya Ahmad Daniel keluar dari bilik pembedahan. Semua ahli keluarga meluru ke arah Ahmad Daniel.

"Macam mana? Baby boy or girl?" Tuan Kamarul bertanya.

"Puteri macam mana? Dia okey?" Datin Adawiyah pula bersuara.

"Puteri okey." Ahmad Daniel membalas soalan dengan jawapan disertakan dengan senyuman lebar.

"Yang kau senyum macam orang tak betul ni kenapa? Macam mana dengan baby?" Farah bertanya. Pelik bila tengok wajah Ahmad Daniel yang sedang tersenyum penuh makna.

"Baby boy okey, baby girl pun okey."

Semua orang menayangkan wajah tidak mengerti dengan apa yang dikatakan oleh Ahmad Daniel sebentar tadi

"Maksudnya kembar?" Dato Kassim meneka.

"Ye papa, kembar." Semua yang ada di situ gembira apabila mendapat tahu bahawa mereka akan mendapat ahli keluarga baharu, kembar pula tu!

Beberapa hari kemudian..

Puteri Syasya dipindahkan ke dalam wad biasa setelah keadaannya stabil. Sudah 2 hari dia berada di hospital. Selama itu jugalah Ahmad Daniel sentiasa menemankannya di situ. Semua ahli keluarganya sudah pulang hanya tinggal dia dan Ahmad Daniel sahaja.

"Abang tak nak balik ke? Dah dua hari abang tidur dekat sofa tu." Puteri Syasya bertanya kepada Ahmad Daniel yang sedanv berbaring di sofa yang ada di dalam bilik itu.

"Tak nak. Abang nak temankan sayang."

"Kesian abang, tak selesa nak tidur. Sayang okeylah."

Ahmad Daniel terus bangun dan duduk di kerusi yang ada di sebelah katil.

"Abang lagi kesian dekat sayang sebab sanggup menanggung sakit. Thanks sayang. Sebab lahirkan baby kita dan sentiasa ada disamping abang." Ahmad Daniel menggenggam tangan Puteri Syasya. Dia mencium tangan Puteri Syasya.

"Sama-sama. Sayang akan sentiasa ada disamping abang sampai ke jannah."

Mereka salin membalas pandangan. Inilah kisah hidup mereka. Tidak semestinya semuanya akan terbongkar. Inilah takdir untuk mereka.

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•

Tamat!! Akhirnya!! Cinta awak selamanya dah tamat!! Maaf cerita ni makin lama makin boring. Kalau nk baca bacalah. Rushing!!! Busy gilaaa!! Bosan? Maaf...ahahahah bye bye..

Cinta awak selamanya√Where stories live. Discover now