Keesokan harinya.
Apabila tamat perhimpunan mereka menuju ke kelas masing-masing begitu juga Puteri Syasya dan Farah. Apabila mereka duduk di tempat mereka Farah mula bertanya.
"Mana budak baru tu?". Tanya Farah kepada kawan karibnya. Asal disebut je pasal budak baru tu, mulalah Puteri Syasya buat muka menyampah dia tu.
"Kau ni, dari tadi tanya aku pasal budak baru tu je kan? Jap lagi dia sampailah". Kata Puteri Syasya sambil membuat muka ingin marah, tapi dia hanya bergurau.
Beberapa minit kemudian, Ahmad Daniel masuk ke kelas dengan muka tenang. Puteri Syasya menoleh ke sisinya, kelihatan Farah sudah terlopong dengan kekacakan yang dimiliki oleh Ahmad Daniel.
'Dah mula dah buat muka terkejut tahap beruk dia tu'. Bisik hati Puteri Syasya. Apalah yang handsome sangat mamat tu sampai satu sekolah tergila-gilakan dia.
"Dah-dah lah tu buat muka terkejut tahap beruk tu. Bukannya cantik pun." Kata Puteri Syasya kepada kawannya yang sejak dari tadi ternganga je. Farah tersengih. Aku sumbat dengan plastik sampah tu, baru tahu.
"Cuba kau tengok si Zeti tu, dari tadi asyik nak goda budak baru tu." Kata Farah kepada Puteri Syasya. Meluat pun ada.
"Lantak dia lah nak ngorat Daniel pun. Ada aku kesah?" Balas Puteri Syasya sambil membuka buku mata pelajaran sejarah.
"Daniel.. sedap juga nama dia kan?" Kata Farah. Teruja sangat dapat jumpa dengan pujaan hati katakan.
"Suka hati kau lah. Malas nak layan." Puteri Syasya membuka bukunya dan berpura-pura baca, tapi sebenarnya, dia berangan.
3 minit sudah pun berlalu, cikgu mata pelajaran sejarah masuk ke kelas 4 Amanah.
"Bangun, selamat pagi cikgu Adibah".
"Selamat bagi cikgu Adibah."
"Selamat pagi, kamu semua boleh duduk." Ucap cikgu Adibah.
Apabila mata pelajaran sejarah tamat, tibalah mata pelajaran matematik, tetapi cikgu tidak dapat hadir kerana ada mesyuarat. Setiap kelas akan ada dua orang pengawas menjaga kelas tersebut.
Pengawas yang menjaga kelas 4 Amanah antaranya ialah Fakrul.
"Hi Puteri". Tegur Fakrul. Mereka berkawan sejak dari darjah 1. Lagi pun rumah Fakrul dekat je dengan rumah Puteri Syasya. Fakrul je lah satu-satunya kawan lelaki yang dia tak berapa nak malu bila berbual, dah kawan dari darjah 1 katakan.
"Hi, awak bertugas dekat kelas 4 Amanah ke?" Tanya Puteri Syasya berpura-pura tidak tahu, sebenarnya Puteri Syasya tak tahu nak tanya apa.
"Haah". Balas Fakrul, itu sahaja yang dapat dikatakan.
"Kita datang sini bukan nak berborak, tapi bertugas." Tegas kawan Fakrul. Bad ialah kawan Fakrul, tetapi kalau waktu bertugas, memang berdisplin betul.
"Yelah, nak bertugas lah ni, jangan lah marah." Pujuk Fakrul.
"Yelah-yelah. Bertugas! Jangan borak je!" Kata Bad kepada kawannya yang sejak dari tadi berborak dengan Puteri Syasya je.
Ahmad Daniel hanya memerhati gelagat Puteri Syasya dari jauh. 'Kenapa lah aku boleh tertarik dengan kau? Apa yang ada dekat kau sampai aku boleh gila bayang? Aduh.. tenang lah wahai hati. Kalau dah jodoh tak kemana, betu tak?' Bisik hatinya.
'One day you will be mine'. Kata hati kecilnya lagi.

YOU ARE READING
Cinta awak selamanya√
RomanceHanya dengan satu salah faham, Puan Mariah menyangka Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang mabuk bercinta. Ahmad Daniel! Puteri Syasya amat membenci jejaka itu kerana lelaki itu telah memalukannya di hadapan semua pelajar di dalam kelas mereka. wal...