BAB 5

4.5K 130 0
                                    

9 Tahun kemudian...

Hari ahad, ini lah masanya, dia tidak bekerja. Apa lagi? Puteri Syasya dan Farah akan meluangkan masa bersama-sama pergi berjalan-jalan di bandar Kuala Lumpur. Sejak Farah kehilangan ibubapanya 4 tahun yang lepas, kini dia tinggal bersama keluarga Puteri Syasya, kerana dia tidak mempunyai saudara-mara lain. Ibubapa Farah juga ada meninggalkan sebuah syarikat. Ibubapa Farah dan ibubapanya adalah kawan baik, sebab itulah ibubapa Farah mempercayai ibubapanya. Apabila umur Farah sudah berganjak ke 25 tahun, Farah layak mendapat syarikat tersebut.

Esok, Farah akan menjadi bos di syarikat tersebut. Sebab itulah dia mengajak Farah membeli pakaian baru di pusat membeli-belah.

Dan ibu Puteri Syasya pula ada membuka sebuah restoran. Kini keluarga mereka agak dikenali ramai orang atasan. Mungkin tak lama lagi ibubapa Puteri Syasya akan mendapat gelaran Dato dan Datin.

Puteri Syasya pula bekerja di syarikat milik kawan ayahnya. Dia bukan tak nak bekerja di syarikat yang bakal diwarisi oleh Farah, tetapi dia ingin mengambil pengalaman di syarikat lain.

"Hari ni kita pergi shopping nak?" Ajak Puteri Syasya sambil membuat muka teruja.

"Ala, malas lah." Farah menolak ajakkan Puteri Syasya dengan lembut .

"Ala, jom lah, lagi pun aku nak beli baju kau sekali. Esok kan hari pertama kau jadi bos. Please!!" Puteri Syasya memujuk Farah.

"Baju aku ada lagi lah." Farah memberi alasan yang agak munasabah.

Tetapi Puteri Syasya tetap mengajak Farah. "Ala, jom lah, jom lah!" Puteri Syasya menarik tangan kecil milik Farah.

"Yela, yela. Aku nak bersiap dulu." Farah akur dengan permintaan Puteri Syasya.

"Yeah! Aku tunggu kau dekat bawah. Cepat sikit. Jangan lari." Puteri Syasya bergurau dengan sahabat baiknya A.K.A kakak angkat.

"Tak ada maknanya aku nak lari, dah keluar aku nak tukar baju." Farah menolak badan Puteri Syasya sampai dipintu. Lalu ditutupnya dengan perlahan.

Puteri Syasya menuruni tangga rumah teres yang mempunyai 2 tingkat. Bilik Puteri Syasya berada ditingkat 2, bilik Farah bersebelahan dengan bilik Puteri Syasya.

Beberapa minit kemudian, Farah menuju ke arah Puteri Syasya yang ralit nenonton televisyen.

Farah mengejutkan Puteri Syasya dari arah belakang. "Oh mak kau! We jangan lah kejutkan aku. Kalau kena heart attack macam mana?" Puteri Syasya memberi ceramah ringkas kepada sahabat karibnya, Farah.

"Hehe, jangan lah marah. Aku gurau je." Farah tersengih seperti kerang terlebih busuk.

"Apa-apa je lah. Jom! Dah pukul 2:00 dah ni. Kau bersiap macam mak datin." Puteri Syasya membebel tanpa henti.

"Yela-yela. Jom." Farah menarik tangan Puteri Syasya, lalu mereka memasuki kereta milik Puteri Syasya yang berjenama BMW yang berwarna hitam. Puteri Syasya yang memandu kereta tersebut.

Apabila tiba di pusat membeli belah, Puteri Syasya meletakkan keretanya ditempat parking yang disediakan.

Mereka memasuki satu persatu butik yang ada didalam pusat membeli-belah itu. Semasa Puteri Syasya dan Farah leka memerhatikan satu persatu butik yang ada disitu, Puteri Syasya terlanggar seseorang.

"Maaf kan saya, saya tak sengaja. Salah saya. Maafkan saya". Puteri Syasya meminta maaf kepada jejaka itu. Lelaki itu memandang kearah Puteri Syasya.

Tiba-tiba Farah bersuara. "Eh, Daniel, Kamal. Korang buat apa dekat sini?"

"Farah? Kau dengan siapa ni?" Ahmad Daniel tidak pedulikan soalan yang diaju oleh Farah sebentar tadi.

"Ni lah puteri, takkan kau tak nampak?" Perli Farah.

Ahmad Daniel terkejut apabila memandang Puteri Syasya, kelihatan Puteri Syasya berubah 100%. Kini Puteri Syasya sudah pandai berfesyen,tak pakai cermin mata nerd dia, bermake up. Kelihatan sangat ayu. Jantung ku! Nak gugur..

"Oi, termenung nampak. Ok lah aku dengan Puteri pergi dulu. Bai!" Farah dan Puteri Syasya berlalu, Ahmad Daniel baru nak minta nombor telefon. Terlepas nak minta nombor telefon..

"We, Daniel! Jom lah kata nak pergi makan. Termenung pulak." Kamal dan Ahmad Daniel kini kawan baik.

"Yela, banyak bunyi lah kau". Ahmad Daniel sedar dari lamunannya, lalu mereka berlalu dari situ.

#maaf, sbb lambt update. Busy skt. Hope enjoy. Yang mne salah tu maafkan sy. Jgn lupa komen. Kalau suka vote laa :)

Cinta awak selamanya√Where stories live. Discover now