Ahmad Daniel memesan makanan begitu banyak, macam lah larat nak habiskan. Kalau dia tak habiskan, siap lah dia!
"Encik Daniel, dah berapa tahun Encik Daniel tak makan? Kebulur betul Encik Daniel saya tengok." Sindir Puteri Syasya kepada Ahmad Daniel. Ahmad Daniel memandangnya tajam. Terus Puteri Syasya kecut perut.
"Suka hati sayalah, ini perut saya, bukannya perut awak." Kata Ahmad Daniel.
"Suka hati Encik Daniel lah, saya tak boleh halang." Kata Puteri Syasya dengan selambanya, matanya liar memandang sekeliling restoran milik ibunya.
"Lagi satu, tolong jangan panggil saya dengan gelaran 'Encik' boleh tak?" Kata Ahmad Daniel dengan keningnya dinaikkan sedikit.
"Tak apalah, apa salahnya saya panggil Encik Daniel encik kan?" Soal Puteri Syasya kepada Ahmad Daniel.
"Memanglah tak salah, tapi saya tak selesa, awak faham tak?"
"Orang lain ok je? Kenapa pula saya tak ok?" Puteri cuba mempertahankan dirinya.
"Eee! Awak ni banyak tanya kan? Kalau awak ni isteri saya, dah lama saya cium-cium bibir awak tu." Kata Ahmad Daniel. Jari telunjuknya menunjuk ke arah bibir Puteri Syasya. Dia cepat-cepat menutup bibirnya.
"Encik Daniel, tak payahlah nak usya bibir saya! Saya tak sukalah!" Ahmad Daniel tidak peduli dengan kata-kata yang dilempatkan oleh Puteri Syasya, dia terus memerhati wajah Puteri Syasya yang putih-putih kemerahan .
Tiba-tiba telefon milik Puteri Syasya berbunyi. Dia mengambil telefonnya lalu menjawab panggilan tersebut.
"Assalammualaikum. Kenapa ibu call Puteri ni?"
"Waalaikummusalam, puteri dekat mana ni? Ibu dah nak sampai restoran ni." Kata Puan Mariah.
'Alamak! Mampus aku, kalau ibu nampak aku dengan Daniel, confirm ibu fikir dia boyfriend aku. Argh!! Taknak! Aku kena buat sesuatu.'
"Ibu, nanti Puteri call balik. Ok? Assalammualaikum." Puteri terus menutup panggilan. Dia memandang Ahmad Daniel dengan mata tajam.

YOU ARE READING
Cinta awak selamanya√
RomanceHanya dengan satu salah faham, Puan Mariah menyangka Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang mabuk bercinta. Ahmad Daniel! Puteri Syasya amat membenci jejaka itu kerana lelaki itu telah memalukannya di hadapan semua pelajar di dalam kelas mereka. wal...