Bab 24

3.6K 71 1
                                    

Puteri Syasya dan Ahmad Daniel turun tangga sambil berpegang tangan. Ini semua idea Daniellah! Paksa-paksa suruh pegang tangan kata takut rahsia bocorlah, diaorang curigalah, itulah, inilah. Membebel pulak aku. Hahaha...

"Lambatnya turun, projek malam semalam belum siap lagi ke?" Dato Kassim menaikkan keningnya. Tiba-tiba terasa seperti kaki seseorang sedang memijak kaki Dato Kassim.

"Awak, kenapa pijak kaki saya. Sakit tahu tak? Tak kesian dekat suami sendiri ke?" Dato Kassim mengadu pada isterinya. Sesedap rasa je pijak kaki kita.

"Mulut tu, jaga sikit. Awak ni pun, kalau ye pun nak tanya soalan tu, janganlah dekat sini, nanti tak pasal-pasal pasangan depan kita ni jadi buah strawberry pulak. Merah padam muka tu sebab tahan malu." Datin Adawiyah memberi amaran kepada suaminya. Semuanya tergelak apabila mendengar gelaran yang diberikan. Buah strawberry? Yeke? Hentam jelah. Haha.

"Papa, bagus punya soalan. Soalan KBAT tu." Ahmad Daniel menayangkan simbol 'good' pada Dato Kassim. Bapa borek ofcouse anak rintik. Haha

Puteri Syasya memandang tajam ke arah Ahmad Daniel. Mukanya kini merah akibat menahan malu.

"Hish anak-beranak ni, dah moh le kite menjamu selera. Karang satu family tak makan sebab layan anak-beranak ni." Datin Adawiyah mencelah.

Kini semuanya sudah ada di depan meja makan. Setelah selesai membaca doa makan, semuanya sibuk menjamu selera.
Tiba-tiba kedengaran suara Tuan Kamarul. "Daniel, Puteri. Bila kamu berdua nak pergi berbulan madu?"

"Ermm.... nanti-nantilah ayah. Lagi pun Puteri tengah sibuk, Daniel pun busy. Betul kan?" Puteri Syasya memandang tajam ke arah Ahmad Daniel. Kalau kau kata setuju, siap kau! Aku cincang kau hidup-hidup.

Ahmad Daniel tidak menghiraukan pandangan tu. 'Lagi kau buat macam tu, lagi tergodalah encik suami awak ni.'

"Eh, bila masa abang cakap abang busy? For you, anytime abang free." Ahmad Daniel memandang Puteri Syasya dengan sengihan yang lebar.

'Haish! Mamat sewel ni, kau memang nak tempah lubang kubur siap-siap ke apa? Nasib baiklah kau manusia, kalau lipas, dah lama aku pijak-pijak bagi lumat.' Macamlah berani sangat nak pijak lipas. Baru tengok anak lipas pun dah menjerit macam nampak hantu. Hahaha.

Puteri Syasya hanya berdiam malas nak menyampuk. Tetapi kadang-kala Puteri Syasya tersenyum dan tergelak jika situasi tersebut membuat dia terasa geli hati.

Pukul 2:00 petang...
Di kondominium milik Zeti..

"Kenapa! Kenapa bukan aku? Kenapa Daniel mesti pilih perempuan tu?! Aku benci kau Puteri Syasya! Dari sekolah menengah kerja kau hanya nak merampas semua benda yang sepatutnya aku miliki! Kau memang perempuan tak guna. Selagi kau bersama dengan Daniel! Aku akan pastikan hidup kau tak akan aman walaupun aku terpaksa bunuh kau untuk memiliki Daniel!" Zeti meraung sendirian di dalam bilik. Dia mencampak semua barang miliknya ke lantai sehingga keadaan bilik tersebut kelihatan bersepah dengan kaca-kaca dari pasu bunga dan bingkai gambar yang dibaling oleh Zeti.

"Aku akan pastikan kau tak akan tenang Puteri!" Zeti tergelak jahat sendirian. Dia sudah memikirkan pelbagai rancangan untuk menghancurkan rumah tangga Puteri Syasya dan Ahmad Daniel.

4 hari Puteri Syasya dan Ahmad Daniel menginap di rumah Datin Adawiyah dan Dato Kassim, kini giliran Puan Mariah dan Tuan Kamarul untuk menyambut anak dan menantunya menginap di rumah mereka. Rumah ibubapa Puteri Syasya tak adalah sebesar mana, setakat rumah teres jelah.

"Assalammualaikum." Ahmad Daniel dan Puteri Syasya memberi salam serentak. Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Sibuk je." Puteri Syasya berkata perlahan.

"Eleh, dia yang sibuk, kata kita pulak. Cium karang."

Puteri Syasya memekakkan telinga. Sekali lagi dia memberi salam.

"Waalaikummusalam. Maaflah tadi ibu dekat dapur, jadi tak dengar. Marilah masuk." Puan Mariah mempelawa anak dan menantunya masuk ke rumah.

"Ibu, Puteri masuk bilik kejap, nak letak beg dalam bilik." Puteri Syasya mengangkat begnya menaiki tangga.

"Beg saya, awak tak nak tolong angkat kan?" Ahmad Daniel bersuara setelah terlihat Puteri Syasya menuju ke arah tangga.

"Beg awak, angkatlah sendiri. Lagi pun saya ni bukannya lelaki, tenaga saya dengan tenaga awak jauh beza, jadi awak angkatlah sendiri ye." Puteri Syasya menarik begnya perlahan-lahan mendaki tangga, kalau terlebih laju, tak pasal-pasal jatuh jadi buah nangka. Hahaha...

Puan Mariah menggeleng-geleng melihat gelagat suami isteri ni.

Akhirnya Puteri Syasya sampai pun ke biliknya. Semasa dia masuk ke bilik, dia berasa ada yang tak kena. "Alamak! Bilik aku! Nanti kalau Daniel nampak mesti dia kata aku ni budak-budak." Mana taknya, dinding penuh dengan poster-poster kartun dengan anime, rak buku penuh dengan komik dan novel. Atas katil pulak ada teddy bear besar, kecil, ketot, gemuk semuanya lengkap. Ya Allah! Macam mana ni. Puteri Syasya cepat-cepat keluar dari biliknya. Puteri Syasya menutup pintu perlahan-lahan.

"Kenapa tutup pintu?" Ahmad Daniel yang baru muncul pelik dengan kelakuan Puteri Syasya.

"Hah?! Err...bilik ni tak boleh guna." Puteri Syasya berasa gelisah.

"Kenapa pulak? Ini kan bilik awak. Bilik awak bilik saya juga."

"Tapi, tak boleh. Awak tak boleh masuk." Puteri Syasya bertegas.

"Tak nak. Saya nak masuk juga." Ahmad Daniel cuba memulas pintu itu, tetapi dihalang oleh Puteri Syasya.

"Apa kata kita tidur bilik tetamu je?"

"Kenapa pulak? Saya tak kira, saya nak tidur bilik ni juga."

Mereka berdua bergelut antara satu sama lain. Dah macam cerita runningman dah. Hahahaha.

"Woi laki bini, korang ni dah kenapa? Dah kahwin pun nak bergaduh lagi ke?" Farah yang baru balik dari kerja terus menegur mereka berdua.

"Kau tengoklah kawan kau seorang ni, entah kenapa dia tak bagi aku masuk bilik dia." Ahmad Daniel meneritahu perkara sebenar yang terjadi antara dia dan Puteri Syasya.

"We, tolonglah aku, kau mesti tahu juga kenapa aku tak bagi Daniel masuk bilik aku kan?" Puteri Syasya meminta bantuan daripada sahabatnya.

Setelah lama berfikir, Farah sedar apa yang ingin disampaikan oleh Puteri Syasya.

"We! Kau tak boleh masuk!" Farah menghampiri Puteri Syasya. Kalau dia tak bantu Puteri Syasya confirm confirm dia pun kena bahan juga sebab ada kawan tak cukup matang ni. Apalah nasib... huhu

"Kau ni pun dah kenapa? Apa yang ada dalam bilik tu sampai korang tak bagi aku masuk ni?" Ahmad Daniel pelik dengan diaorang berdua.

"Tak boleh masuk!" Puteri Syasya dan Farah cakap serentak.

"Tak kira, nak masuk juga. Ahmad Daniel menolak pintu itu dengan sepenuh tenaga. Betapa terkejutnya Ahmad Daniel apabila terlihat suasana bilik tersebut.

Farah dah melarikan diri ke bilinya, tak sanggup nak dengar ketawa yang bakal memenuhi satu rumah itu.

Ahmad Daniel memandang Puteri Syasya yang berada di belakangnya, Puteri Syasya hanya tersengih menahan malu. Beberapa minit kemudian, keluarlah ketawa Ahmad Daniel yang macam hantu tu. Puteri Syasya hanya memekakkan telinganya. Haishh.. malu siott...

Hi guyss... cehh.. haha.. saya cuma nak cakap selamat hari raya. Sorrylah klau bab ni ada tertypo ke ayat tunggang langgang ke, sorry sesangat ye... saya nk ckp sorry lama dah x update maklum busy raya :)) haha.. so nak tanya pendapat korang. Amacam? Ok x bab kali ni?? Bosan ke best? Hahaha... and saya nk ckp thanks siapa yang slalu vote cerita sy, and yg sudi letakkan cerita sy dlm reading list korang. Menghargai sgdd.... huhu....ok lah.. insyaallah sy akn cuba update bab yg seterusnya. Slmt membaca... cehhh.... hahahah

Cinta awak selamanya√Where stories live. Discover now