BAB 9

3.8K 121 0
                                    

Waktu lunch..
Puteri Syasya dan Ahmad Daniel keluar makan bersama, sepatutnya Puteri keluar makan bersama Fakrul tapi Ahmad Daniel memaksanya untuk makan bersama, jadi Puteri Syasya hanya akur. Dia memberi tahu Fakrul bahawa dia tidak dapat makan bersama kerana ada hal penting. Tipu sunat. Hehe

"Encik Daniel, kita nak makan dekat mana ni?" Soal Puteri Syasya, dari tadi Ahmad Daniel asyik berpusing-pusing membawa kereta untuk mencari restoran yang sesuai.

"Saya tengah cari restoran yang sesuai." Kata Ahmad Daniel sambil matanya melilau mecari restoran.

"Encik Daniel, kita nak pergi lunch, bukannya candle light. Saya tengah lapar ni Encik Daniel." Leter Puteri Syasya kepada Ahmad Daniel, perutnya dah mainkan rentak 'rock' dah.

"Hah! Saya dah jumpa." Jerit kecil Ahmad Daniel. Mengalahkan perempuan. Ahmad Daniel meletakkan keretanya berhadapan dengan restoran tersebut.

'Apa lah Daniel ni, ingatkan nak bawa aku pergi restoran mahal-mahal, rupanya restoran mak aku jer pun.'

Mereka memasuki restoran milik Puan Mariah.

"Encik Daniel, harini saya belanja." Kata Puteri Syasya dengan bangganya.

"Tak apa, saya gentleman. Jadi biar saya belanja." Jawab Ahmad Daniel.

"Tak apa Encik Daniel, biar saya belanja. Ok?" Kata Puteri Syasya sambil tangannya membuat gaya 'OK'.

"Kalau macam tu, saya tak boleh buat apa-apa lah. Tapi kalau tak cukup duit, pandai-pandailah cover sendiri." Kata Ahmad Daniel, dia mendahului Puteri Syasya.

'Kau ingat aku ni langsung tak ada duit ke? Heh! Restoran ni, mak aku yang punya lah!' Hati Puteri Syasya memberontak dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Ahmad Daniel sebentar tadi.

Cinta awak selamanya√Where stories live. Discover now