"Sebenarnya, saya sukakan Puteri Syasya."semua orang terkejut dengan ucapan yang diberikan oleh Ahmad Daniel. semua murid yang ada dalam kelas itu memerhatikan Puteri Syasya, terutama lagi pelajar perempuan.
Puteri syasya menutup mukanya dengan buku tulis.
*END OF FLASHBACK*
"Satu sekolah bahan aku kau tahu!". marah Puteri Syasya sambil menggenggam tangannya.
"Alah, kisah lama, tak payahlah diungkit." kata Farah sambil membelek majalah yang diambil dari meja kerjanya.
"Tak payah ungkit?! bukan kau yang kena boleh lah kau cakap macam tu. aku yang jadi mangsanya tahu tak!" Puteri Syasya bengang bila teringatkan kisah lamanya. Farah tidak mempedulikan apa yang dibebelkan oleh Puteri Syasya, dia hanya memandang sepenuhmya ke majalah yang dibaca.
"We, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?!" Bengang Puteri Syasya melihat Farah yang tidak mengambil serius apa yg dikatakan.
"Yee,aku dengarlah." Farah memandang ke arah Puteri Syasya.
"Jadi? Macam mana? Aku tak nak kahwin dengan mamat poyo + annoying tu."
"Kau kahwin jer lah dengan dia, aku tengok korang bagaikan pinang dibelah dua." Kata Farah sambil tersengeh.
"Tolong bagi idea yang bernas sikit boleh tak?" Puteri Syasya memandang tepat ke arah mata Farah, sampai Farah sendiri takut dengan renungan itu.
"Manalah aku tahu. Lain kali jangan nak berjanji dengan ibu bukan-bukan. Kau tengok sekarang apa dah jadi? Memang padah kau lah."
"Aku tak nak!!!!" Puteri Syasya menjerit sekuat hati.
YOU ARE READING
Cinta awak selamanya√
RomanceHanya dengan satu salah faham, Puan Mariah menyangka Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang mabuk bercinta. Ahmad Daniel! Puteri Syasya amat membenci jejaka itu kerana lelaki itu telah memalukannya di hadapan semua pelajar di dalam kelas mereka. wal...