Puteri Syasya berbaring di atas katil setelah sehari menjadi pengantin.
Tiba-tiba Ahmad Daniel masuk ke dalam bilik tanpa sebarang bunyi. Dia menuju ke arah Puteri syasya perlahan-lahan. Lalu Ahmad Daniel berbaring di sebelah Puteri Syasya, dia terus merangkul pinggang Puteri Syasya.
"Encik Daniel?! Apa ni?! Janganlah peluk-peluk saya. Rimaslah." Puteri Syasya cuba menolak tangan Ahmad Daniel.
"Biarlah. Awak dah halal untuk saya, jadi apa salahnya." Ahmad Daniel membenamkan mukanya ke bantal.
"Encik Daniel. Lepaslah! Saya belum mandi lagi."
"Boleh tak awak jangan panggil saya Encik? Panggillah saya Daniel. Kalau lebih manja lagi. Abang ke? Ayang ke?"
"Saya panggil Daniel je. Lebih-lebih pulak." Puteri Syasya memandang tajam ke arah Ahmad Daniel.
"Yelah-yelah." Ahmad Daniel mengeratkan pelukan terhadap Puteri Syasya.
"Ahmad Daniel!" Kali ini Puteri Syasya betul-betul marah dengan Ahmad Daniel.
"Yelah-yelah." Ahmad Daniel melepaskan pelukan itu secara terpaksa. Puteri Syasya terus bangun dati katil dan meluru masuk ke dalam tandas.
Ahmad Daniel tersenyum gembira apabila memikirkan Puteri Syasya sudah dah menjadi isterinya.
Pukul 8:00 malam.
Ahmad Daniel menuruni tangga dan pergi ke meja makan. Kelihatan semua ahli keluarga sudah berada di sana. Ibubapa Puteri Syasya menginap di rumah Dato Kassim dan Datin Adawiyah. Puas jugalah dipujuk oleh Datin Adawiyah suruh ibubapa Puteri Syasya tidur dekat rumah dia.
Di meja makan. Semua memandang Ahmad Daniel pelik. "Daniel, mana Puteri?" Datin Adawiyah bertanya.
"Dia dah tidur mama. Daniel kesian nak kejutkan." Ahmad Daniel menjawab pertanyaan Datin Adawiyah lalu tersenyum.
"Hmm. Tak apalah, biarlah Puteri berehat. Tadi papa tengok Puteri lesu semacam je." Dato Kassim menyelah.
Pukul 12:30 malam.
Puteri Syasya terjaga dari tidurnya. Dia melihat jam di sebelah katil. "Mak aii! Isyak aku."
Puteri Syasya terus ke bilik air untuk solat isyak. Selepas solat isyak, Puteri Syasya duduk di atas katil. "Aduhh, laparnya." Puteri Syasya cuba untuk menyambung tidur tetapi perutnya yang kosong itu menghalang Puteri Syasya dari terus menyambung tidurnya. Puteri Syasya melihat sekeliling bilik, terlihat Ahmad Daniel yang sedang nyenyak tidur di sofa.
Puteri Syasya keluar dari bilik itu, lalu terus ke ruang dapur. Dia membuka peti ais. "Tak ada makanan ke?" Puteri Syasya menutup semula peti ais. Dia duduk di belakang peti ais.
"Awak lapar ke?" Tiba-tiba sahaja Ahmad Daniel muncul. Nasib baik Puteri Syasya tak ada sakit jantung, kalau tak mahunya mati kejung dekat depan peti ais.
Puteri Syasya hanya mengangguk. "Bukan tadi awak tidur ke?"
"Saya terjaga masa awak tutup pintu bilik tadi." Jawab Ahmad Daniel.
"Oh."
"Saya pergi beli kuetiaw basah. Awak kan suka makan kuetiaw basah." Ahmad Daniel memberi senyuman yang ikhlas kepada Puteri Syasya.
"Macam mana awak tahu makanan kegemaran saya?" Puteri Syasya pelik dengan Ahmad Daniel. Banyak sangat ke yang dia tahu pasal aku ni?
"Adalah. Saya pergi dulu, awak tunggu tau." Ahmad Daniel bangun dari terus mencangkung di hadapan Puteri Syasya. Tiba-tiba Ahmad Daniel terasa tangannya ditarik oleh seseorang.
"Ada je kedai yang buka malam-malam ni?" Puteri Syasya melepaskan dari terus memegang tangan Ahmad Daniel. Malu..
"Mesti ada punya. Awak jangan risau. Awak tunggu. Okay?" Ahmad Daniel menuju ke arah pintu utama diikuti oleh Puteri Syasya dari belakang.
"Awak, tak payahlah. Menyusahkan awak je." Puteri Syasya cuba mwnghalang Ahmad Daniel dari pergi.
"Tak apa. Kejap je." Ahmad Daniel menutup pintu. Kedengaran enjin kereta Ahmad Daniel meluru keluar dari garaj rumah itu.
'Adakah awak betul-betul mencintai saya? Tapi kenapa awak melukakan hati saya.' Tiba-tiba bayangan silam berlayar di pemikirannya.
*flashback*
Semasa Puteri Syasya lalu di hadapan bilik stor sukan, dia terlihat dua orang yang dikenali berada di dalam stor sukan. Untuk lebih jelas Puteri Syasya membuka pintu perlahan-lahan supaya orang yang ada di dalam bilik stor sukan itu tidak menyedari kehadirannya.
Puteri Syasya amat terkejut sekali. Kelihatan Ahmad Daniel dan Zeti sedang berpelukan. Puteri Syasya menahan air mata dari terus mengalir, dia terus berlalu dari situ. Tiada seorang pun yang menyedari kehadirannya disitu.
Situasi Ahmad Daniel~
"Zeti! Lepaskan saya!" Ahmad Daniel menolak Zeti sehingga Zeti terdorong ke belakang.
"Awak ni tak ingat dosa ke?! Awak tahu tak perbuatan awak ni akan membawa fitnah dan maksiat?! Awak tak takut neraka ke?" Ahmad Daniel sudah mengeluarkan ceramah untuk diceramahkan kepada insan yang layak. Huhu~
"Saya just peluk je." Zeti membuat muka tak bersalah.
"Awak tahu tak perbuatan awak ni dibenci oleh Allah? Awak tahu tak haram?!"
"Ye saya tahulah. Lagi pun saya bukannya buat benda yang tak elok pun."
"Malaslah aku nak cakap dekat orang yang tak tahu dosa pahala ni. Dah! Kau angkatlah barang ni semua sendiri!" Ahmad Daniel berlalu meninggalkan Zeti yang tersenyum sinis di dalam bilik stor sukan.
"I akan anggap ini cara untuk I lebih kenal tentang you.
*end of flasback*
Sorry sebab saya lama tak update. Sepatutnya bab 22 ni semalam saya update tetapi disebabkan fon kesayangan saya ni, nak bermanja, jadi saya terpaksa format. Jd semua Apps saya ilang. Kenalah install balik. Tgk² bab22 ilang. Haish.. maaf klau bab 22 ni ada bnyk keslahan. Maklumalah stress sbb sepatutnya bab 22 yg dulu.. terpaksa digantikan yg baru.. semua hancur... bab 22 yang terdelete lagi best dr yg bab 22 skrg. Tp harap² korang semua sudi membaca... vote...and komen... bye... selamat berpuasa.
YOU ARE READING
Cinta awak selamanya√
RomanceHanya dengan satu salah faham, Puan Mariah menyangka Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang mabuk bercinta. Ahmad Daniel! Puteri Syasya amat membenci jejaka itu kerana lelaki itu telah memalukannya di hadapan semua pelajar di dalam kelas mereka. wal...