Bab 37

4.8K 85 3
                                    

Ahmad Daniel yang selesai memakai baju terus turun ke ruang tamu. Semasa Ahmad Daniel tiba di ruang tamu kelihatan Puteri Syasya sudah terlena di sofa.

Ahmad Daniel duduk di bawah sofa menghadap Puteri Syasya. 'Sayang, tolonglah percaya abang.' Ahmad Daniel mengeluh apabila mengenangkan kejadian yang berlaku sebentar tadi, dalam masa yang sama Ahmad Daniel marah dengan apa yang dilakukan oleh Zeti.

Keesokan harinya, pukul 6:30 pagi.

Puteri Syasya yang baru bangun dari tidur berasa aneh. Semalam dia berada di sofa, bila bangun terus dah ada atas katil. 'Daniel angkat aku kut? Nak pujuk aku lah tu. Kita tengok setakat mana dia mampu.' Puteri Syasya menuju ke tandas untuk mengambil wuduk.

Selepas selesai solat subuh, Puteri Syasya membuka pintu bilik. Di fikiran Puteri Syasya pasti Ahmad Daniel sedang tidur di sofa. Puteri Syasya menuruni tangga perlahan-lahan supaya tidak didengari oleh Ahmad Daniel.

Betul sangkaan Puteri Syasya. Ahmad Daniel sedang nyenyak tidur di sofa ruang tamu. Biar dirasakan tidur dekat atas sofa. Puteri Syasya tersenyum sinis, dia terus masuk ke dalam bilik untuk sambung tidurnya. Ngantuk!

Sinaran matahari yang masuk melalui tingkap telah menjagakan Ahmad Daniel yang sedang nyenyak tidur.

"Dah pukul berapa ni?" Ahmad Daniel mencapai telefonnya yang berada di atas meja kopi bersebelahan sofa.

"9?! Mak! Aku dah lambat nak masuk pejabat. Aduh! Dahlah ada meeting."

Tiba-tiba dia mendapat panggilan dari setiausahanya.

"Encik Daniel, kenapa tak masuk pejabat lagi? Dato Rashid kata lagi 30 minit dia sampai."

Belum sempat dia memberi jawapan, dia teringat kejadian semalam. Pasti Puteri Syasya tengah merajuk. Demi isteri, saya sanggup batalkan meeting saya!

"Awak cakap dekat Dato Rashid yang saya ada emergency, jadi saya nak awak tangguhkan meeting tu ke hari lain."

"Kalau macam tu, baiklah Encik Daniel, nanti saya sampaikan."

"Terima kasih." Ahmad Daniel terus mematikan panggilan itu.

Ahmad Daniel terus menaiki tangga untuk ke biliknya, sebelum dia membuka pintu bilik dia sempat membaca doa supaya isterinya tidak mengamuk pagi-pagi. Takut!

Ahmad Daniel memulas tombol pintu perlahan-lahan. Dia memasukkan kepalanya ke dalam bilik untuk meninjau keadaan sekeliling. Dah macam spy pulak. Haha

Kelihatan Puteri Syasya masih lagi terbaring dia atas katil. Ahmad Daniel terus mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Selesai sahaja Ahmad Daniel membersihkan diri dan memakai pakaiannya, dia terus menuju ke arah katil.

"Sayang, bangun. Dah pagi ni."

Puteri Syasya masih tidak bergerak, matanya masih terpejam rapat.

'Merajuk lagi ke?' Ahmad Daniel menggaru kepalanya. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.

"Sayang. Bangunlah. Abang lapar ni."

"Masak sendiri!" Puteri Syasya menjawab dengan mata yang tertutup. Malas nak layan.

"Sampai hati, sayang tak kesian dekat abang ke?"

"Habistu? Awak tak kesian dekat saya?" Puteri Syasya terus bangun dari tidurnya. Tubir mata Puteri Syasya kelihatan sudah berair menahan dari air mata itu tertumpah.

Ahmad Daniel terus memegang kedua belah pipi Puteri Syasya. "Sayang, abang tak pernah ada hati pun dekat Zeti. Sayang sendiri tahu perangai Zeti macam mana? Abang cuma cintakan sayang seorang je."

"Habistu? Kenapa awak bagi di masuk? Saya tak suka!" Puteti Syasya tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir. Lama kelamaan kedengaran esakan dari Puteri Syasya.

Ahmad Daniel terus memeluk Puteri Syasya. "Abang tak pernah bagu dia masuk, abang sendiri tak tahu macam mana dia masuk. Seingat abang, masa tu ada orang ketuk pintu, bila abang buka pintu tiba-tiba ada seorang lelaki terus tekup hidung abang guna kain, lepastu abang terus tak ingat apa-apa."

Puteri Syasya mendengar setiap keterangan yang diberikan oleh Ahmad Daniel. Puteri Syasya memeluk Ahmad Daniel dengan erat. "Betul? Awak tak tipu?"

"Betul sayang,abang tak tipu." Ahmad Daniel mencium dahi Puteri Syasya.

Kalau macam tu, saya maafkan awak tapi dengan syarat. Saya nak awak yang masak." Puteri Syasya mendongakkan kepalanya memandang Ahmad Daniel.

"Hmm, boleh. Tapi kalau tak sedap sayang tetap kena makan."

"Wush. Kejamnya." Puteri Syasya melepaskan pelukan di pinggang Ahmad Daniel begitu juga dengan Ahmad Daniel.

"Tak adalah, abang gurau je. Dah jom." Mereka berdua bangun dan terus keluar dari bilik tersebut. Mereka ke dapur sambil berpegang tangan. Romantiknya...

2 hari kemudian, Ahmad Daniel berjumpa dengan Zeti di sebuah restoran.

"Hai sayang." Zeti duduk berhadapan dengan Ahmad Daniel. Dia memberikan senyuman yang cukup manis untuk lelaki di hadapannya

"Kau nak apa lagu? Disebabkan kau, hampir-hampir hubungan aku dengan Puteri rosak." Ahmad Daniel meninggikan suaranya. Nasib baik pelanggan yang ada di dalam restoran tidak mendengar suara Ahmad Daniel.
"Simple answer. I want you. You tak faham lagi? You milik I!"

"Kau tak boleh terima takdir ke? Kau dam aku, tak ada jodoh." Ahmad Daniel tidak faham dengan gadis di hadapannya. Psycho!!

"You tetap milik I! I tetap akan berusaha untuk memiliki you!"

"I tak kisah, apa yang penting jangan ganggu hidup I lagi!" Ahmad Daniel terus bangun dan keluar dari restoran itu.

Zeti berlari untuk mengejar Ahmad Daniel. Dengan kasut tunit tingginya amat sukar untuk dia berlari dengan pantas. Semasa Zeti sedang melintas jalan, tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju ke arah Zeti.

"Daniel!!" Zeti sempat menjerit nama Ahmad Daniel sebelum dilanggar. Tetapi Ahmad Daniel sudah jauh dan akhirnya Ahmad Daniel hilang dari pandangan Zeti. Zeti akhirnya tidak sedarkan diri. Ramai orang mendekati Zeti yang sudah pengsan di tengah jalan raya.

Ahmad Daniel tidak menghiraukan jeritan Zeti, dia terus pergi dari situ dan terus masuk ke dalam keretanya dan pergi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hai... Sorry lama x update. Huh... Busy.. Nk nangis.. Aha.
. Btw.. Bab 38 adalah bab akhir. Maaf, sy terpaksa rushing sbb busy. Oke bye.. Busyy

Cinta awak selamanya√Where stories live. Discover now