Setelah 30 minit menunggu, akhirnya pintu utama dibuka dari luar oleh Ahmad Daniel. Puteri Syasya yang tadi berbaring di sofa terus bangun lalu menuju ke arah Ahmad Daniel.
"Lamanya." Puteri Syasya kini berhadapan dengan Ahmad Daniel.
"Nah, awak punya kuetiaw basah." Ahmad Daniel memberi bungkusan plastik yamg dipegang tadi.
"Terima kasih." Puteri Syasya terus ke dapur untuk mengambil tempat di meja makan. Ahmad Daniel duduk berhadapan dengan Puteri Syasya. Dia hanya melihat wajah insan yang berada dihadapannya, Puteri Syasya.
"Kenapa awak tengok saya macam tu." Puteri Syasya menyuapkan sesudu kuetiaw di mulutnya.
"Saja, sebab awak ni comel bila tengah makan." Ahmad Daniel tersenyum.
Puteri Syasya tersedak apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya. "Air!! Air!!"
Ahmad Daniel mengambil air untuk Puteri Syasya. "Nah".
Puteri Syasya mengambil air yang diberi oleh Ahmad Daniel lalu Puteri Syasya meneguk air itu dengan rakus. 'Nasib baik tak mati, kalau tak ada juga esok keluar 'Paper' tajuk utama 'seorang gadis mati gara-gara tercekik kuetiaw basah'.
"Sorry kalau kata-kata saya buat awak tercekik." Ahmad Daniel tergelak kecil melihat gelagat Puteri Syasya. "Saya naik bilik dulu, awak makanlah." Ahmad Daniel bangun dari situ.
Puteri Syasya menghalang Ahmad Daniel dari pergi dengan memegang lengan suaminya. "Janganlah pergi, temanlah saya dekat sini. Takutlah seorang-seorang."
Ahmad Daniel memandang wajah comel milik isterinya lama. 'Alamak, dia buat muka comel dia pulak, ini yang tak sampai hati ni.' Akhirnya Ahmad Daniel duduk semula di hadapan Puteri Syasya.
Ketika itu mereka berborak-borak tentang macam-macam perkara. Tetapi bila masuk bab zaman remaja. Muka Puteri Syasya bertukar menjadi masam mencuka macam asam jawa extra. Heheh~
Keesokan harinya~
Selepas solat subuh bersama Ahmad Daniel, Puteri Syasya membantu Datin Adawiyah dan Puan Mariah menyediakan sarapan pagi. Maklumlah perempuan, bertandang dekat dapurlah.
"Puteri, mama nak tanya, nanti Puteri bila nak pergi honeymoon?" Tanya Datin Adawiyah dengan terujanya.
"Hah?! Err. Entahlah mama. Tak tahu lagi." Puteri Syasya tergagap menjawab soalan tadi. Soalan maut!
"Puteri kan pengantin baru? Kenalah pergi honeymoon merasai kenikmatan rumah tangga." Jawab Puan Mariah.
'Nikmat? Nikmat hati yang terluka adalah.' Jawab Puteri Syasya di dalam hati. Dia hanya menfokuskan pada sayur yang ada di dalam genggamannya.
Dimeja makan semua ahli keluarga sudah tidak sabar untuk mengisi perut. Tetapi Ahmad Daniel masih belum lagi kelihatan di meja makan.
"Puteri, mana Daniel?" Datin Adawiyah bertanya.
"Tidur lagi kot. Tak apalah biar Puteri panggilkan." Puteri Syasya terus bergegas ke biliknya yang berada di tingkat dua dengan mendaki tangga. Maklumah rumah banglow bertingkat-tingkatlah.
Sesampai sahaja di depan pintu bilik dia terus membuka pintu, kelihatan Ahmad Daniel sedang nyenyak tidur di atas katil.
"Awak, bangun! Sarapan dah siap." Puteri Syasya menggoncang tubuh Ahmad Daniel tetapi masih kaku tidak bergerak.
"Awak bangunlah. Mama suruh turun sarapan." Sekali lagi Puteri Syasya menggoncang tubuh Ahmad Daniel.
Beberapa minit tanpa sahutan akhirnya kedengaran suara Ahmad Daniel. "Ngantuk."
"Bangunlah! Nanti mama marahlah."
Beberapa minit kemudian, masih tiada sepatah pun jawapan dari Ahmad Daniel.
"Suka hati awaklah, saya turun bawah dulu." Puteri Syasya bangun dari kedudukannya di sebelah Ahmad Daniel. Tiba-tiba tangan Puteri Syasya ditarik agak kuat sehingga Puteri Syasya terdorong kebelakang dan terbaring ke atas katil, kini muka Ahmad Daniel berada betul-berul dihadapan muka Puteri Syasya. Jantung Puteri Syasya berdegup laju begitu juga dengan Ahmad Daniel.
Makin lama muka Ahmad Daniel makin dekat dengan wajah Puteri Syasya. Tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu bilik mengganggu suasana romantik mereka. Ceh..... haha
"Alamak, siapalah yang kacau." Ahmad Daniel mengeluh.
"Puteri, Daniel. Buat apa lama sangat dalam bilik tu? Kita orang semua dah lama tunggu dekat bawah, tak nak makan ke?" Puan Mariah bersuara dari luar.
"Ye ibu. Kejap. Ibu makanlah dulu nanti Daniel dengan Puteri turun." Kata Ahmad Daniel.
"Yelah. Pengantin baru." Puan Mariah berlalu pergi.
"So. Jom sambung." Ahmad Daniel senyum menggoda ke arah Puteri Syasya.
"Saya laparlah, dah jom turun." puteri Syasya menolak tubuh sasa milik Ahmad Daniel, dia terus turun dari katil dan membuka pintu bilik.
"Cepatlah, awak tak nak makan ke?" Puteri syasya bersuara di depan pintu.
"Yelah-yelah. Nak bermanja sikit pun tak boleh." Ahmad Daniel laju melangkah keluar dari bilik.
"Merajuklah tu." Puteri Syasya tersenyum dengan gelagat Ahmad Daniel. Manja!
Assalammualaikum. Maaf sbb sy dh lama x update. Maklumlah busy, busy dengan kerja khusus. Dan sy minta maaflah klau bab ni tk berapa nk menarik sbb kepala skrg mmg agak tengah kusut. Dan insyaallah klau sy ada masa terluang sy akan cuba update bab bru. Mianhae!
And satu benda lagi, klau ada yg tertypo ke. Sorry.. see in next bab. Ceh.... hahaha
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
YOU ARE READING
Cinta awak selamanya√
RomanceHanya dengan satu salah faham, Puan Mariah menyangka Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang mabuk bercinta. Ahmad Daniel! Puteri Syasya amat membenci jejaka itu kerana lelaki itu telah memalukannya di hadapan semua pelajar di dalam kelas mereka. wal...