"Kau?!" Puteri Syasya tekejut.
"Puteri, tak sangka kita akan jumpa dekat sini?" Zeti berkata dengan nada yang sinis.
"Kau buat apa dekat sini?" Puteri Syasya memandang wanita itu. Cara pemakaian wanita itu masih lagi seksi walaupun sudah menutup badannya, baju yang ketat sehingga dapat melihat dengan jelas bentuk tubuh gadis itu dan seluar jeans yang ketat. Sesiapa sahaja kaum adam yang mata keranjang pasti akan tertarik dengan Zeti.
"I ada meeting dengan klien dekat sini? And you? I tahu. Mesti you lari dari rumah kan?" Zeti memandang Puteri Syasya dengan senyuman sinis.
"Kenapa kau cakap macam tu?" Puteri Syasya menahan marahnya dengan berkata dengan suara yang dikawal.
"You mesti tak tahan dengan perangai Daniel kan? I nak cerita satu benda dekat you. You nak tahu masa sekolah dulu, I pernahlah goda Daniel dekat bilik stor sukan, tapi You know masa tu dia sombong jadi dia tak layan I. But last, I dengan dia bercinta. Semalam baru je I pergi dating dengan dia." Zeti menipu Puteri Syasya.
'Kau nak menipu pun agak-agaklah, semalam dia dengan aku, tang mana pulak tiba-tiba kau dating dengan dia? Sah kaki gebang lebih perempuan ni.' Puteri Syasya terus mempermainkan Puteri Syasya dengan membuat muka sedih.
"You sedih? Tak apa, banyakkan bersabar, I tahu You bukannya cintakan Daniel kan? Okeylah I have to go, bye." Zeti berlalu pergi meninggalkan Puteri Syasya yang berlakon sedih. Bila Zeti sudah tidak kelihatan Puteri Syasya gelak terbahak-bahak.
"Puteri, awak okey ke? Kenapa gelak seorang-seorang?" Ahmad Daniel yang terlihat Puteri Syasya gelak seorang-seorang pelik. Dah gila ke isteri aku ni?
"Hah? Tak ada apa-apalah. Dah jom makan, saya lapar." Puteri Syasya menggengam tangan Ahmad Daniel.
'Tadi, aku nak pegang tangan dia, rimaslah itulah inilah.' Ahmad Daniel hanya mampu membiarkan sahaja kelakuan Puteri Syasya.
Ahmad Daniel berasa aneh dengan kelakuan Puteri Syasya. Kenapa tiba-tiba gadis itu berubah secara mendadak? Tapi dia suka Puteri Syasya seperti itu. Manja!
"Awak, nanti lepas makan kita nak pergi mana?" Puteri Syasya memandang wajah Ahmad Daniel.
"Nanti kita pergi makan strawberi?" Ahmad Daniel memandang Puteri Syasya yang mengangguk tanda setuju.
Puteri Syasya bersedia untuk membuka pintu hatinya untuk Ahmad Daniel. Terima kasih juga pada Zeti kerana mengaku tentang kejadian yang pernah berlaku di sekolah menengah dahulu.
Seharian mereka pusing-pusing Cameron Highland sehingga tidak perasan sudah hampir waktu maghrib. Mereka kembali ke hotel.
"Penatnya.." Puteri Syasya terus merebahkan diri di atas katil.
"Awak, saya mandi dulu tau." Ahmad Daniel mengambil tuala dan masuk je dalam bilik air.
Selesai sahaja Ahmad Daniel mandi, Puteri Syasya pula masuk ke dalam bilik air. Selepas itu, mereka solat maghrib bersama-sama.
Puteri Syasya termenung di balkoni bilik mereka. Dia memikirkan tentang kata-kata Zeti. Puteri Syasya bersedia untuk membuka pintu hatinya untuk Ahmad Daniel tetapi bagaimana dia ingin beritahu pada Ahmad Daniel tentang perkara itu. Tiba-tiba seseorang memeluknya dari belakang.
"Awak fikirkan apa tu?" Ahmad Daniel memandang wajah Puteri Syasya dari tepi, dia mengeratkan lagi pelukan di pinggang Puteri Syasya.
"Masa depan kita." Puteri Syasya tidak memandang wajah Ahmad Daniel. Jantungnya sudah berdegup kencang saat itu.
"Masa depan kita? Awak bokeh terima saya dalam hati awak?" Ahmad Daniel melepaskan pelukan di pinggang Puteri Syasya, Ahmad Daniel memusingkan badan Puteri Syasya menghadapanya. Puteri Syasya memandang wajah Ahmad Daniel.
Secara tiba-tiba Puteri Syasya mendekatkan wajahnya dengan wajah Ahmad Daniel, dengan berani Puteri Syasya mencium bibir Ahmad Daniel. "Saya cintakan awak, dan saya harap awak tak mainkan perasaan saya."
"Saya janji saya akan sayang dan cintakan awak, macam mana awak sayang dan cintakan saya. Saya janji." Ahmad Daniel tersenyum bahagia lalu memeluk Puteri Syasya seerat-erat yang boleh.
Malam ini adalah malam mereka meluahkan perasaan cinta yang dipendam dan malam ini juga adalah malam mereka menjalankan tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri.
Ahmad Daniel mengusap pipi Puteri Syasya yang sedang lena dalam tidurnya. Ahmad Daniel tersenyum bahagia apabila Puteri Syasya dapat menerimanya sebagai suami. Setelah sekian lama dia mencintai gadis itu, akhirnya perasaanya dibalas.
"Sayang, bangun." Ahmad Daniel menggoncang badan Puteri Syasya dengan perlahan.
"Awak pergilah mandi dulu, nanti saya bangun." Puteri Syasya tidak membuka matanya, muka Puteri Syasya sudah merah menahan malu. Ahmad Daniel tersenyum akibat muka merah Puteri Syasya, dia faham mengapa isterinya malu.
"Okey sayang, lepas abang mandi abang nak tengok sayang dah bangun. Kalau tak abang yang mandikan sayang. Okey?"
"Ye...ye...dah..pergilah mandi." Puteri Syasya menarik selimut hingga ke kepala. Ahmad Daniel tergelak kecil melihat kelakuan Puteri Syasya.Ahmad Daniel terus masuk ke dalam bilik mandi.
Selesai solat subuh bersama, Puteri Syasya merebahkan dirinya di atas katil. Ahmad Daniel turut menyertai Puteri Syasya, dia sedang bermain telefon sambil berbaring.
"Awak, bila kita boleh balik rumah?" Puteri Syasya bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri dan matanya memandang ke arah Ahmad Daniel.
"Esoklah sayang, harini kita jalan-jalan. Okey?" Ahmad Daniel mengusapa pipi Puteri Syasya. Comel!
"Hmm.. Okey." Ahmad Daniel memeluk Puteri Syasya. Akhirnya mereka terlena dalam pelukan.
Mereka bersarapan di hotel. Semasa Puteri Syasya sedang menikmati makanannya, tiba-tiba Ahmad Daniel bersuara.
"Sayang, boleh tak panggil abang 'abang'?" Ahmad Daniel membuat muka comelnya.
"Err.. Sekarang ke?" Puteri Syasya berhenti makan untuk seketika. Puteri Syasya memandang muka Ahmad Daniel ragu-ragu.
"Yelah sayang, cepatlah." Ahmad Daniel merengek seperti budak kecil. Budak-budak betullah suami aku ni.
"Err, abang?" Puteri Syasya memperlahankan suaranya. Macam suara kucing.
"Kuatlah sikit, abang tak dengarlah sayang."
"Hish. Pekak ke?" Puteri Syasya menahan marah. Ahmad Daniel sudah menarik muka, merajuk.
"Hish! Yelah-yelah. Abang yang ku sayang." Puteri Syasya menguatkan suaranya. Beberapa orang yang ada di situ memerhatikan mereka berdua. Ahmad Daniel memberi senyuman paling manis buat isteri tercinta.
Suasana mereka yang romantik itu rupa-rupanya diperhatikan oleh seseorang.
"Aku tak akan biarkan kau bahagia! Tak akan!"
Bersambung...
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•
Assalammualaikum. Hi. Sorry lama tak update.. Maaf klau bab kali ni pendek dan bnyk typo atau tatabahasa tunggang langgang. Meremang bulu roma bila buat bab ni, maklumlah budak x cukup matang, bila buat bab² meluahkan perasaan ni x pandai, haha! Maaf klau sy banyak bebel..hahah... Btw hope korang suka.
YOU ARE READING
Cinta awak selamanya√
RomanceHanya dengan satu salah faham, Puan Mariah menyangka Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang mabuk bercinta. Ahmad Daniel! Puteri Syasya amat membenci jejaka itu kerana lelaki itu telah memalukannya di hadapan semua pelajar di dalam kelas mereka. wal...