Bab 32

3.8K 70 0
                                    

"Puteri akan tersentuh bila ada orang jaga dia masa dia demam, so mana tahu terjadinya kejadian ni korang dua boleh jadi rapat ke? Kan?" Berlegar-legar di kepala Ahmad Daniel dengan kata-kata Farah, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Ahmad Daniel menemani Puteri Syasya di hospital, dia tidur di sofa yang ada di hujung bilik itu. Dia tidak sampai hati meninggalkan Puteri Syasya tidur seorang diri di hospital. Lama dia menatap wajah Puteri Syasya dari arah sofa lalu dia tertidur.

Puteri Syasya terjaga dari tidurnya, dia memerhati di sekeliling bilik itu. "Aku dekat hospital ke?" Puteri Syasya terlihat Ahmad Daniel yang sedang nyenyak tidur di sofa.

'Dia yang hantar aku pergi hospital ke? Patut ke aku buka hati aku untuk dia semula?' Puteri Syasya memerhati wajah Ahmad Daniel dari jauh. Terus-terus memerhati sehingga terlelap sendiri.

Keesokan harinya, Ahmad Daniel bangun dari tidurnya, kelihatan Puteri Syasya tiada di dalam biliknya. "Mana dia pergi ni? Belum sihat dah merayau-rayau." Ahmad Daniel mencari seluruh hospital itu tetapi masih lagi belum jumpa. Ahmad Daniel masuk semula ke dalam bilik Puteri Syasya.

Beberapa minit kemudian, Puteri Syasya masuk ke dalam biliknya. Kelihatan Ahmad Daniel memandang Puteri Syasya dengan tajam. Mak ai! Seram aku.

"Awak pergi mana? Awak tahu tak saya risau. Kalau jadi apa-apa dekat awak? Awak nak suruh saya jadi duda muda?" Ahmad Daniel sudah mula membebel. Puteri Syasya perlahan-lahan melangkah ke arah katilnya.

"Saya jalan-jalan je, bosan duduk dekat dalam bilik ni."

"Lain kali kalau nak pergi mana-mana bagitahu saya dulu. Jangan buat saya macam orang gila." Ahmad Daniel meninggikan suaranya sedikit.

Puteri Syasya terasa dengan cara percakapan Ahmad Daniel terhadapnya. "Awak ni kenapa?! Sikit-sikit nak marah!" Puteri Syasya mula mengalirkan air matanya.

Ahmad Daniel berasa serba salah kerana dia meninggikan suara terhadap Puteri Syasya. "Saya cuma risaukan awak, kalau apa-apa jadi dekat awak, siapa nak bermanja-manja dengan saya?" Ahmad Daniel memberi senyuman yang mempunyai penuh makna.

"Saya malas nak layan sifat gatal awak, saya nak tidur." Puteri Syasya membaringkan diri di atas katil lalu menarik selimut sehingga menutup mukanya. Ahmad Daniel tersenyum lagi. Haish angau betul si Daniel ni.. Hahaha..

1 hari kemudian, Puteri Syasya sudah boleh pulang ke rumahnya. Kini mereka berada di dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah. "Esok, awak ambil mc je, tak payah masuk ofis." Ahmad Daniel memandang sekilas ke arah Puteri Syasya yang sedang memandang ke arah luar kereta.

"Kenapa pula? Saya dah sihatlah, lagipun banyak kerja yang saya kena bereskan, nanti menimbun." Puteri Syasya berkata dengan lembutnya.

"Tapi.." Belum sempat Ahmad Daniel menghabiskan ayatnya Puteri Syasya telah memotong.

"Awak jangan risau, kalau saya sakit awak kan ada? Awak boleh jaga saya. Betul tak? Awak sayang saya kan? Kalau awak sayang saya awak tak akan biar bahaya mendekati saya, jadi awak tak perlu risau sebab kalau awak sentiasa disamping saya insyaallah saya akan selamat. Ok hero?" Puteri Syasya memejamkan matanya. Ahmad Daniel terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Puteri Syasya. Inikah yang dikatakan oleh Farah? Ahmad Daniel tersenyum.

Pukul 8:00 malam. Puteri Syasya menyediakan makan malam untuk mereka berdua. Puteri Syasya sudah siap menghidangkan makan malam mereka, dia meneliti jam di ruang tamu. "Mana dia ni? Selalunya masa ni dia dah turun. Tak apa, biar aku panggil dia." Puteri Syasya bergegas menaiki tangga lalu dia berdiri di hadapan pintu bilik Ahmad Daniel.

"Awak, jomlah turun makan, saya dah siapkan makan malam." Puteri Syasya pelik kerana tiada suara langsung. Dia merapatkan telinganya ke pintu bilik itu. Secara tiba-tiba seseorang membuka pintu bilik itu dari dalam, Puteri Syasya yang tidak dapat seimbangkan badannya terpeluk badan Ahmad Daniel.

"Err... Sorry. Saya tak sengaja, saya nak ajak awak makan." Puteri Syasya melepaskan pelukannya terhadapa Ahmad Daniel. Wajah Puteri Syasya begitu dekat dengan badan Ahmad Daniel.

Ahmad Daniel membongkok sedikit badannya dan wajah Ahmad Daniel dan Puteri Syasya sangat-sangat rapat. Wajah Puteri Syasya bertukar merah. "Awak masak apa?"

"Masak..masak..ayam." Puteri Syasya mula panik kerana keadaan yang mengundangkan debaran di hatinya. Cewah...

Ahmad Daniel menahan daripada ketawa apabila melihat Puteri Syasya mula berpeluh. Dia mendekati wajahnya dengan wajah Puteri Syasya. "Ayam masak?"

'Kau sengaja kan?' Puteri Syasya menolak muka Ahmad Daniel dari terus rapat dengan wajahnya dia menahan marah.

"Awak tengoklah sendiri. Jomlah turun nanti makanan sejuk." Puteri Syasya terus lari menuju ke ruang tamu, Ahmad Daniel ketawa apabila teringat tindakan Puteri Syasya.

'Hai cinta hati, bilalah saya boleh cubit pipi awak yang comel tu? Haha.'

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•

Sorry, sbb sy dah lama x update. Bab ni mungkin bnyk typo dan mungkin membosankan. Sy rase utk beberapa bln ni, sy x dpt nk update bab yg seterusnya. So mungkin bln 11/12. Lama kan? Sy harap pembaca semua dpt fhm situasi bdk belajar.. Haha.. Sy nk minta maaf sgd²....... 

Cinta awak selamanya√Where stories live. Discover now