BAB 7

4.1K 113 0
                                    

Keesokan harinya.

Puteri Syasya sudah bersiap untuk ke tempat kerjanya. Dan hari ini Dato Kassim akan membuat satu mesyuarat bagi staf-staf syarikat tersebut.

"Kamu tak nak makan dulu ke?" Tanya Puan Mariah, dia melihat anaknya yang kelam-kabut. Puteri Syasya menghampiri Puan Mariah dan Tuan Kamal lalu menyalam tangan mereka.

"Tak apa lah ibu, Puteri dah lambat ni, bye. Assalammualaikum. Bai Farah." Puteri Syasya melambaikan tangan kepada Farah.

"Waalaikummusalam. Bye. Pergi kerja tu jangan nak menggatal dengan bos baru." Kata Farah sambil menaikkan keningnya.

Hari ni, Dato Kassim akan mengadakan mesyuarat bagi anaknya yang akan memegang jawatan CEO di Syarikat Public Holdings milik Dato Kassim dan tempat Puteri Syasya bekerja.

"Eee. Tolong sikit eh. Dia tu yang menggatal. Ayah, nak tahu tak? Farah dah tangkap cintan dengan Kamal." Kata Puteri Syasya kepada Tuan Kamarul.

"La.. yeke? Kenapa tak bagi tahu. Nanti bawa jejaka idaman kamu datang rumah kita." Kata Tuan Kamarul sambil tersenyum.

"Eh? Ayah.. mana ada lah. Puteri! Memandai je kau kan? Aku siku kang!" Kata Farah.

Puteri Syasya menjelir lidah ke arah Farah. "Tak takut!!" Puteri Syasya terus berlari menuju ke pintu utama.

"Tadi kata tak takut? Kenapa lari?" Farah bertanya.

"Aku dah lambat lah. Bye!" Kata Puteri Syasya lalu terus memasuki perut kereta BMW nya yang berwarna hitam dan terus berlalu dari situ.

Cinta awak selamanya√Where stories live. Discover now