Selesai solat isyak, Puteri Syasya terus ke bilik Farah, manakala Ahmad Daniel sedang kusyuk bermain telefon sambil berbaring di atas katil.
"Assalammualaikum. Boleh aku masuk." Puteri Syasya membuka pintu bilik Farah sedikit dan memasukkan kepalanya ke dalam.
"Boleh, masuklah. Lagi pun kerja aku dah beres." Farah meletakkan semula majalah yang dibeleknya di sisi katil.
"Kesian aku tengok kau, stress semacam je. Penat jugakan jadi bos." Puteri Syasya duduk di sisi katil sambil memerhati wajah Farah yang kelihatan sedikit lesu dan kepenatan.
"Tahu tak apa, kalau kau ada boleh tolong aku." Farah menarik muncungnya. Dahulu puas juga Farah ajak Puteri Syasya bekerja dengannya. Tapi tetap tak nak.
"Aku bukannya tak nak kerja dengan kau, tapi kau sendiri tahu aku dah kerja dekat Syarikat Public Holdings dah lama, tak akan aku nak berhenti tanpa alasan yang munasabah."
"Suka hati kaulah Puteri. Eh! Jap. Aku nak tanya kau, kau still tak boleh mencintai Ahmad Daniel ke?" Farah mula menanya.
"Entah, tak boleh." Puteri Syasya berkata sambil tertunduk.
"Tak akan sebab satu kejadian yang belum pasti kebenarannya, kau dah tak ada rasa cinta dekat dia, tak akan rasa cinta kau yang dulu dah tak ada langsung?" Farah bertanya lagi.
Puteri Syasya terdiam.
*Flasback*
Puteri Syasya terus masuk ke kelas dengan mata yang bengkak akibat menangis, di dalam kelas hanya ada mereka berdua sedangkan yang lain sedang pergi ke kantin, waktu rehat. Farah yang terkejut terus bertanya.
"Puteri, kenapa dengan mata kau ni? Kau menangis ke?"
"We. Ta...di... aku... nampak Daniel.... de...de...de....ngan Zeti dekat stor sukan... berpelukan..." Semakin kuat air mata Puteri Syasya yang mengalir.
"Kau pasti ke? Kau sendiri tahu perangai Zeti macam mana kan?" Farah cuba memujuk Puteri Syasya.
"We... aku nak balik." Puteri Syasya menunduk kepalanya.
"Hah? Aku nak cakap apa dengan cikgu?"
"Kau cakaplah yang aku sakit kepala, kau minta Fakrul hantar aku pergi pejabat. Tolonglah." Puteri Syasya menangis teresak-esak.
"Yelah, nanti aku minta tolong Fakrul." Farah mengusap-usap belakang Puteri Syasya. Sebenarnya Farah dah tahu lama bahawa Puteri Syasya ada perasaan terhadap Ahmad Daniel walaupun dia tidak pernah sesekali meluahkan perasaanya dekat Farah.
*End of Flasback*
"Entah, dah tak ada langsung. Siapa suruh dia sakitkan hati aku, kalau dia tak buat benda terkutuk tu, aku rasa aku dengan dia dah lama kahwin entah-entah dah ada anak pun." Puteri Syasya berkata tanpa ragu-ragu. Habislah aku! Kejap lagi confirm aku kena perli dengan Farah! Haishh.. mulut! Kenapa main lepas je, lain kali fikir sebelum cakap."Ohh... jadi betullah kau suka Daniel kan?" Farah memandang Puteri Syasya sambil mengangkat keningnya berulang kali.
"Mana adalah, itu dulu. Cinta monyet." Puteri Syasya menafikannya.
"Yeke? Sekarang? Mesti ada lagi kan?"
"Tak adalah! Dah!! Aku malas layan kau, aku nak tidur." Puteri Syasya terus keluar dari bilik itu, semasa Puteri Syasya membuka pintu, tiba-tiba Ahmad Daniel sudah terpacak di situ.
'Alamak?! Dia dengar ke apa aku cakap? Bocorlah rahsia yang aku pendam selama ni?' Puteri Syasya sudah berkata di dalam hati.
"Bila awak ada dekat sini? Puteri Syasya memandang Ahmad Daniel, cuba menyembunyikan ketakutan yang dia rasa.
"Baru je. Masa saya datang depan pintu bilik Farah,awak terus je buka pintu." Ahmad Daniel berkata dengan senyuman, sebenarannya waktu Puteri Syasya masuk bilik Farah dia dah duduk depan pintu bilik Farah, Ahmad Daniel turut dengar apa yang dibualkan oleh mereka berdua.
"Ouh. Yeke?" Puteri Syasya tersengih.
"Jomlah sayang. Abang ngantuk ni." Ahmad Daniel merangkul pinggang Puteri Syasya. Tetapi ditepis oleh Puteri Syasya sendiri.
"Jom." Puteri Syasya terus berlari masuk ke dalam bilik diikuti Ahmad Daniel dari belakang. Dia hanya menggeleng dengan Puteri Syasya.
'Apa yang aku buat? Jadi betullah waktu sekolah dulu dia ada feeling dekat aku? Aku kena tanya Farah esok.'
YOU ARE READING
Cinta awak selamanya√
RomanceHanya dengan satu salah faham, Puan Mariah menyangka Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang mabuk bercinta. Ahmad Daniel! Puteri Syasya amat membenci jejaka itu kerana lelaki itu telah memalukannya di hadapan semua pelajar di dalam kelas mereka. wal...