BAB 11

3.8K 98 1
                                    

"Encik Daniel jom kita pergi?" Pujuk Puteri Syasya.

"Hah?! Kenapa pulak? Saya belum habis makan lagi, tadi awak juga yang membebel suruh saya habiskan makanan ni." Ahmad Daniel melihat perangai Puteri Syasya yang kelam-kabut. Apa yang ditakutkan sangat.

"Encik Daniel, nanti saya bungkuskan makanan Encik Daniel, yang penting sekarang ni, Encik Daniel tunggu saya dalam kereta. Please Encik Daniel!!" Puteri Syasya bengang dengan kedegilan Ahmad Daniel.

"Kalau saya tak nak?" Ugut Ahmad Daniel. Kelihatan wajah Puteri Syasysa sungguh pucat apabila Ahmad Daniel cakap sedemikian.

"Encik Daniel kena juga pergi. Tolong lah."

"Kalau saya pergi, apa awak nak kasi?" Tanya Ahmad Daniel.

"Apa sahaja yang Encik Daniel minta. Tapi sekarang Encik Daniel kena pergi." Ahmad Daniel setuju. Apabila Puteri Syasya bangun dari tempat duduknya kelihatan Puan Mariah berada dibelakang Puteri Syasya, dia sungguh terkejut sekali.

"I... Ibu.. bila ibu sampai?" Tanya Puteri Syasya dengan gelabahnya, serentak itu dia terkenang masa lampaunya.

*flash back*
Seminggu yang lalu

"Puteri, umur kamu dah berapa?" Tanya Puan Mariah kepada anaknya. Dia merenung anaknya yang tengah menonton televisyen.

"24, kenapa ibu tanya?" Soal Puteri Syasya ganjil.

"Tak akan kamu tak ada boyfriend nak tunjuk dekat ibu dengan ayah?" Tanya Puan Mariah lagi. Soalan itu cukup membuat Puteri Syasya rasa gementar yang teramat sangat.

"Ibu, Puteri tak ready lagilah nak ada boyfriend." Balas Puteri Syasya, dia terus menutup televisyen. Terlepas cerita korea dia, nasib baik ada ulangan dalam internet.

"Habis tu, sampai bila Puteri nak ready? Farah sekurang-kurangnya ibu dengan ayah dah tahu yang dia dah berpunya, kamu? Tak akan tak ada?" Balas Puan Mariah. Dia cukup kenal dengan anaknya, susah sangat nak bercinta.

"Puteri bukan tak ada yang minat, cuma Puteri tak sedia nak terima cinta yang belum tentu kekal." Balas Puteri Syasya, dia merenung muka milik ibunya, kelihatan sungguh ayu.

"Puteri, belum cuba belum tahu." Balas Puan Mariah lalu menepuk bahu anaknya.

"Ibu, kalau susah sangat. Bila ibu nampak je Puteri dengan lelaki, maknanya itu bakal menantu ibu. Ok?" Itu sahaja yang dapat difikir oleh Puteri Syasya untuk melepaskan diri dari pertanyaan ibunya.

"Betul ni?" Tanya Puan Mariah riang.

"Yer, betul. Ok lah ibu. Puteri nak naik bilik." Puteri Syasya bangkit dari sofa lalu terus menuju ke tangga untuk naik kebiliknya.

*End of flashback*

Cinta awak selamanya√Where stories live. Discover now