Waktu lunch
Syarikat Public Holdings kini tiada sesiapa kecuali Ahmad Daniel maklumlah waktu lunch, dia menuju ke bilik pejabat Puteri Syasya, dia ingin memohon maaf dengan apa yang dilakukan. Niatnya hanyalah ingin bergurau tapi tak sangka pulak Puteri Syasya begitu takut sampai begitu sekali.
Ahmad Daniel mengetuk pintu bilik pejabat Puteri Syasya tetapi tiada sahutan. Ahmad Daniel memulas tombol tersebut, kepalanya kini berada di dalam bilik tersebut, Ahmad Daniel mencari kelibat Puteri Syasya tetapi kelihatan tiada sesiapa di dalam ruang bilik tersebut.
Tiba-tiba seseorang memeluk Ahmad Daniel dari belakang. Ahmad Daniel memusingkan kepalanya untuk melihat gerangan yang memeluknya, rupa-rupanya Puteri Syasya yang memeluknya.
"Awak, saya nak balik." Puteri Syasya berkata dengan suara yang manja lalu mengeratkan lagi pelukannya.
Ahmad Daniel meleraikan pelukan dipinggangnya lalu memusingkan badannya untuk melihat wajah Puteri Syasya dengan jelas. Dia memegang wajah Puteri Syasya dengan tangannya dia dapat merasakan kehangat pada wajah tersebut. 'Demam ke isteri aku ni?'
"Awak demam ke? Macam mana awak boleh demam? Jom saya hantar awak pergi klinik."
"Tak nak, saya nak balik."
"Mana boleh, badan awak panas sangat ni." Ahmad Daniel meletakkan tangannya ke dahi Puteri Syasya.
"Tak nak! Saya nak balik! Saya nak balik!" Puteri Syasya sudah menangis teresak-esak seperti budak tadika kehilangan ibunya.
"Ok ok. Saya hantar awak balik. Jangan nangis, nanti tak comel isteri saya ni." Padahal lagi comel bila isteri dia nangis xD
Puteri Syasya berhenti daripada terua mengalirkan air mata. Dia sudah memeluk lengan milik Ahmad Daniel lalu menarik suaminya untuk pulang.
'Kenapa dengan isteri aku ni? Tadi bukan main marah, sekarang manja pulak?'
Ahmad Daniel dan Puteri Syasya pulang ke rumah, mereka menaiki kereta milik Ahmad Daniel disebabkan Puteri Syasya tidak larat untuk memandu jadi Puteri Syasya menumpang kereta Ahmad Daniel.
Beberapa minit di dalam kereta, akhirnya mereka sudah tiba di rumah mereka. Ahmad Daniel memarking kereta di garaj, dia mematikan enjin kereta, kelihatan Puteri Syasya sudah terlena, dia keluar dari kereta lalu dia membuka pintu kereta untuk mengeluarkan Puteri Syasya. Ahmad Daniel mencempung Puteri Syasya sehingga ke bilik wanita itu lalu diletakkan Puteri Syasya perlahan-lahan ke atas katil, dia meletakkan telapak tangannya ke dahi Puteri Syasya, masih lagi panas seperti tadi. Ahmad Daniel mengambil kain lalu dibasahkan kain tersebut dan meletakkan kain basah itu ke dahi Puteri Syasya.
Sedang leka Ahmad Daniel memerhatikan wajah Puteri Syasya yang lesu kedengaran telefonnya berbunyi tanda panggilan daripada seseorang. Ahmad Daniel mengangkat panggilan tersebut.
"Alina, kenapa awak call saya?"
"Encik Daniel, Encik Daniel dekat mana? Dato Mazlan akan sampai tak lama lagi." Ahmad Daniel hampir terlupa bahawa dia ada mesyuarat dengan Dato Mazlan tentang projek mereka di Bali.
"Awak tak boleh cancel ke?" Aad Daniel bertanya kepada setiausahanya.
"Maaf Encik Daniel, saya tak boleh nak cancel sebab Dato Mazlan dalam perjalanan datang ke sini." Alina sudah menggaru kepalanya tanda aneh. Kenapa tiba-tiba je nak cancel?
"Ermm..... Tak apalah, bila Dato Mazlan dah sampai pejabat suruh dia tunggu dekat ruang menunggu dulu. Ok"
"Baik Encik Daniel." Alina mematikan panggilan tersebut.
"Awak, sorry saya kena masuk pejabat, nanti saya belikan awak makanan." Ahmad Daniel mengusap kepala Puteri Syasya lalu dia mencium pipi Puteri Syasya. Dia terus keluar dari bilik itu lalu terus ke keretanya untuk ke pejabat semula.
Pukul 8:00 malam
Puteri Syasya terjaga dari lenanya, kepalanya masih lagi berpusing. Dia menuju ke dapur untuk meminum air, sampai sahaja di peti ais dia membuka lalu mencapai air sejuk, dia menutup semula peti ais tersebut dan berlalu ke ruang tamu dan membaringkan dirinya di atas sofa.
Beberapa minit kemudian, Ahmad Daniel pulang dari tempat kerjanya, dia terlihat Puteri Syasya terbaring lesu di atas sofa. "Awak, saya ada beli makanan, awak kena makan nanti tambah sakit kalau perut awak kosong." Puteri Syasya tidak membalas apa-apa.
Ahmad Daniel merasakan dahi Puteri Syasya. "Ya Allah! Sayang badan awak panas sangat ni, saya hantar awak pergi hospital." Ahmad Daniel mencempung Puteri Syasya lalu dia meletakkan Puteri Syasya di tempat duduk sebelah pemandu.
Puteri Syasya kini dimasukkan ke dalam wad kerana badan Puteri Syasya begitu panas. Ahmad Daniel berada di dalam bilik dimana Puteri Syasya ditempatkan.
"Assalammualaikum." Farah memberi salam. Kelihatan Puan Mariah dan Tuan Kamarul turut berada bersama Farah.
"Waalaikummusalam." Ahmad Daniel menjawab salam. Mereka terus mendekati Puteri Syasya yang terbaring lesu dan masih belum menyedarkan diri.
"Dah lama ke Puteri demam?" Tuan Kamarulemandanh wajah Ahmad Daniel.
"Baru je ayah." Ahmad Daniel berkata perlahan sambil menunduk.
"Macam mana Puteri boleh demam." Puan Mariah pula mencelah.
Belum sempat Ahmad Daniel menjawab Farah membuka bicara. "Ayah, ibu Farah ada benda nak bincang dengan Daniel."
"Hmm... Yelah." Tuan Kamarul memberi mereka kebenaran untuk keluar.
Farah dan Ahmad Daniel kini berada di luar bilik Puteri Syasya.
"Macam mana Puteri boleh demam? Sampai masuk wad? Ini mesti kau punya kerjakan?" Farah menunding jari ke muka Ahmad Daniel.
"Aku bukannya sengaja pun."
"Sah! Kerja kau ni! Apa kau buat?!" Siapa tak marah kalau adik dia kena buli. Untung kalau ada kakak yang penyanyang ni. Hahaha
Ahmad Daniel menceritakan dari awal hingga akhir apa yang berlaku. Farah begitu tekun mendengar apa yang diceritakan oleh adik iparnya(lah sangat). XD
"Kau ni pun satu. Kejutkan dia sampai macam tu sekali." Farah mencekak pinggangnya.
"Manalah aku tahu dia takut."
"Haish.. Benda dah jadi, tapi kau kena get ready." Farah berkata sambil mengangkat keningmya lalu dia memberi senyuman yang pelik jepada Ahmad Daniel.
"Get ready for?" Ahmad Daniel memandang Farah dengan pelik. Tidak faham dengan kata yang ingin disampaikan oleh Farah.
Bersambung...
Hi pembaca Cinta Awak Selamanya, mcm mne bab kali ni.. Maaf bnyk typo x'D.. Kesilapan yg mungkin x dpt dielakkan.. Utk bab yg seterusnya sy akan 'CUBA' update secepat mungkin..

YOU ARE READING
Cinta awak selamanya√
RomanceHanya dengan satu salah faham, Puan Mariah menyangka Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang mabuk bercinta. Ahmad Daniel! Puteri Syasya amat membenci jejaka itu kerana lelaki itu telah memalukannya di hadapan semua pelajar di dalam kelas mereka. wal...